57 : Arrived


"Kau pasti ke tak nak balik sini lagi?" soal Jimin kepada Jungkook bila mereka tiba di Lapangan Terbang Incheon.

"Kalau aku balik pun untuk jenguk mummy."

Jimin mengangguk faham. Taehyung yang turut berada bersama mereka itu hanya mendiamkan diri.

"Tae, asal senyap ni?" Jimin tersengih lalu meletakkan tangannya di bahu Taehyung.

"Takut sunat ke?"

"Tak lah!" protes Taehyung. Maklumlah dia baru saja google pasal sunat semalam. Jungkook pula tergelak kecil. Lucu pula Taehyung ni bila dia dianggap budak takut sunat.

Tidak lama selepas itu, kedengaran suara yang memberitahu bahawa kapal terbang milik mereka hendak berlepas. Mereka mula menarik bagasi masing-masing menuju ke tempat letak bagasi.

"Jungkook!"

Terdengar jeritan seseorang yang amat dia kenali dari belakang. Jungkook terus berpaling ke belakang.

"Hyung?"

Dia ternampak Jungyun berdiri di hujung sana sambil menolak kerusi roda Puan Soojin. Jungkook terdiam seketika.

"Mummy.." Terus dia mendekati mereka berdua lalu melutut di hadapan Puan Soojin. Tangan Puan Soojin dia genggam erat.

"Isyraf tahu mummy akan datang.."

Puan Soojin mengusap lembut belakang kepala anaknya itu sambil tersenyum kelat. Air mata mula mencurah perlahan. Kalau boleh, dia tidak mahu berpisah dengan anaknya seorang ini. Dia amat sayangkan Jungkook. Sejak kecil lagi lelaki itu tidak pernah melawan kata-katanya. Meninggikan suara pun tidak. Apa lagi kalau nak jadi anak derhaka? Budak ni baik sangat.

Jungkook tersenyum kecil.

"Raf doakan mummy bahagia walaupun tanpa Raf. Raf pergi dulu, mummy.."

Jungkook mula bangun dari terus melutut. Dia menghadiahkan senyuman manis buat kali terakhir sebelum menuju ke arah Jimin dan Taehyung yang berada di sana.

Puan Soojin hanya melambai-lambai tangannya dengan lemah bila melihat mereka bertiga perlahan-lahan berjalan pergi tinggalkan dia. Hanya senyuman kelat dia mampu berikan. Dia dan Jungkook sudah tidak sehaluan lagi. Walau apa jua yang terjadi sekalipun, Jungkook terpaksa pergi juga.

"Kita balik ye, mummy?" soal Junghyun. Puan Soojin hanya mengangguk perlahan. Sekurang-kurangnya, dia dapat jumpa juga dengan Jungkook sebelum anaknya itu pulang ke Malaysia.

Akhirnya Puan Soojin dapat juga terima kepulangan Junghyun ke rumahnya. Semuanya kerana Jungkook. Jungkook sanggup cari Junghyun untuk mengeratkan semula pertalian abangnya itu dengan ibunya serta penjagaan I'Rylie'z. Kini, keseluruhan penjagaan syarikat itu diserahkan kepada Junghyun.

***

"Akak dah minggu depan kan?" soal Wardha sambil mengusap lembut kandungan Hanah. Hanah tersenyum sambil mengangguk.

"Tak sabar pula nak tengok Naura.."

Hanah termenung di atas sofa. Senyuman tadi perlahan-lahan pudar. Mungkin janji dia sebelum ini dengan bakal anaknya itu adalah Isyraf akan ada di sisi dia semasa bersalin nanti. Tapi sayangnya, dia tidak dapat memenuhi janji itu.

Kadang-kadang dia terfikir juga, adakah Isyraf akan balik pada pangkuannya? Rindu pula dia dengan semua kisah manis yang diberikan Jungkook sebelum ini. Entah ikhlas ke tidak dia sendiri pun tak tahu.

Rindu bila lelaki itu yang meletakkan nama Nur Naura Hayfa kepada bakal anaknya ini. Rindu dengan segala layanan baik lelaki itu. Isyraf langsung tidak pernah berkasar dengan dia sejak mereka mula-mula kenal lagi.

Walaupun pertemuan pertama dia dengan Jungkook dulu sedikit sebanyak meragu-ragukan dia kerana penampilan lelaki itu yang tak ubah seperti 'bad boy', Jungkook tetap lain dengan apa yang dia sangka. Dia melayan Hanah dengan penuh kasih sayang sehingga meninggikan suara pun tidak pernah. Apalagi kalau nak pukul dia dan sebagainya?

"Akak rindukan Abang Isyraf kan?" soal Wardha menghentikan lamunannya. Lantas Hanah mengelap air mata yang sudah mengalir tanpa dia sedar. Hanah mengeleng.

"Akak tak nak ganggu kebahagiaan dia. Lagipun dia kenal Hyuri sebelum akak. Dan dia juga cintakan Hyuri sebelum akak. Mungkin akak sebenarnya orang ketiga dalam hubungan mereka. Sebab itulah dia lebih memilih Hyuri daripada akak."

Tubuh Hanah ditarik ke dalam pelukan Wardha. Belakang gadis itu dia usap lembut. Dia faham perasaan Hanah. Wardha jauh berbeza dengan Dhia yang suka mengarut itu. Mungkin kerana Wardha pernah rasai apa itu kesakitan bila ditinggalkan.

"Akak.. Wardha faham perasaan akak. Jimin pun pernah tinggalkan Wardha juga dulu. Sejak dia pergi dulu, dia memang terus hanyut. Dia sama saja dengan Abang Isyraf. Tempat-tempat hiburan tu dah memang jadi tempat dia. Wardha pun macam akak juga sebab selalu fikir yang dia takkan balik sini lagi. Tapi selepas empat tahun dia tinggalkan Wardha, dia kembali semula."

Hanah hanya terdiam. Wardha menyambung semula kata-katanya,

"Tapi bila dia kembali semula, dia minta maaf. Lepas tu baru Wardha tahu yang Jimin sebenarnya bergelut dalam masalah. Ayah dia yang tak berkenan dengan Wardha sampai sanggup hantar Jimin balik semula kepada ibu dia di Korea. Ibu dia pula terlalu bebas sampai setiap malam bawa masuk lelaki asing ke rumah. Sampai Jimin pun tertarik sekali."

"Lagipun masa tu Jimin masih lemah. Tapi alhamdulillah, sebab Wardha nampak dia sekarang semakin berubah sejak dia jumpa Wardha hari tu. Mungkin Allah dah bagi dia hidayah. Ibu dia juga dah banyak berubah. Jadi betullah masalah-masalah yang kita lalui ini sebenarnya menguji kekuatan seseorang. Sebab kita sebenarnya lahir sebagai insan yang lemah, dan kita sendiri perlu mencari kekuatan itu."

Hanah memejamkan matanya bila air mata semakin kuat mengalir. Sejujurnya, dia masih cintakan Isyraf. Dia tidak dapat melupakan lelaki itu walaupun sudah berkali-kali dia cuba. Tapi.. perlu ke dia menunggu orang yang sudah tidak memandang dia lagi?

Andai diberi peluang, mahu saja dia berjumpa Isyraf. Dia mahu menangis dalam pelukan lelaki itu sepuas-puas hati sepertimana lelaki itu lakukan semasa pemergian arwah Tuan Idris dulu. Biarpun peluang ini hanya sekali.

***

"Wow! Kaya juga eh kau ni Jimin?" Taehyung terpesona melihat keseluruhan dalam rumah Jimin ini. Cantik dan mewah.

Akhirnya sampai juga mereka bertiga di Malaysia. Jungkook dan Taehyung hanya menumpang di rumah Jimin memandangkan dalam rumah itu, Jimin dan pembantu saja yang ada. Jadi lebih baik dia mengajak Taehyung dan Jungkook tinggal sekali dengan dia buat sementara.

Jungkook yang berada di belakang mereka berdua itu hanya terdiam. Ruang rumah Jimin ini mengingatkan rumah dia dengan Hanah dulu. Bila masuk saja dalam rumah, mesti Hanah akan ada untuk menyambutnya. Tetapi sekarang sudah lain.

"Tak ada lah. Ini pun sebab aku sempat bodek daddy aku dulu sebelum dia buang aku ke Korea," kata Jimin.

"Teror juga kau kan? Tolong bodek daddy kau biar kasi aku Hyundai Palisade juga boleh?" Taehyung menaikkan keningnya berkali-kali.

"Kau nak aku mati ke? Dah lah setiap kali aku balik sini dia langsung tak tahu."

"Hahaha!" Taehyung tergelak. Entahlah tiba-tiba dia rasa bahagia bila berada di sini. Taehyung juga sudah tidak merasa sunyi seperti dulu lagi. Kemudian, mereka bertiga mula mengemas apa yang patut.

***

"Try lah makan ni, Tae. Aku pasti kau suka." Jimin menghulurkan Taehyung Nasi Goreng Daging Merah USA apabila mereka kini berada di dalam sebuah restoran.

"Sedap ke ni?"

"Kalau kau nak tinggal kat sini, kau kena cuba makanan orang sini. Sebab kat sini susah nak cari Kimchi kalau bukan kat Seoul Garden." Jungkook menepuk perlahan belakang Taehyung.

"Okay, aku makan ye?" baru saja Taehyung hendak menyuakan nasi goreng itu ke dalam mulutnya, tiba-tiba dia terpandang empat orang gadis bertudung di meja hujung sana yang sedang tersengih-sengih melihat mereka bertiga. Taehyung meletakkan semula sudu yang digunanya tadi.

"Tengok awek tu. Cun juga kan?" Taehyung sudahpun memeperbetulkan rambut belakangnya. Amboi amboi amboi!

Jimin dan Jungkook mula memandang empat orang gadis tadi itu di sana. Kelihatan mereka seperti budak baru belasan tahun. Mentang-mentanglah budak-budak perempuan itu jumpa orang handsome seperti mereka bertiga ni, mulalah nak usha-usha.

"Sorry, I'm loyal to my wife," kata Jungkook.

"Wardha tengah tunggu aku nak masuk pinang dia," kata Jimin pula. Pandai pula mereka nak berdalih. Biarpun semasa Taehyung koma di hospital hari itu, mereka sering bualkan tentang perempuan. Sampai empat jam berlalu pun tak sedar.

"Untunglah korang berdua dah ada yang kenen-kenen. Aku ni yang dari dulu lagi single-mingle." Taehyung mencebik.

"Tak payah nak fikir pasal tu! Pergi sunat dulu tu tak.. Lepas ni kau nak sauk empat-empat budak tu ha kau sauklah. Dah tak ada orang nak marah," kata Jimin sambil menghirup air di hadapannya.

Jungkook sudahpun tergelak. Wajah cuak Taehyung semasa trauma dengan mimpi ngeri dia hari tu berada di fikirannya. Sumpah lawak!

"Aku nak mengucap dulu. Sunat tu lain harilah," kata Taehyung pula sambil menyuakan nasi goreng tadi ke dalam mulutnya.

"Tapi kau kena sunat juga lepas mengucap. Kalau tak, pengislaman kau dianggap entah pape tau?"

Taehyung terdiam kaku. Mimpi yang Jungkook mengasah parang sehingga berkilat hari itu mula terbayang-bayang. Sunat memang kena guna parang ke?









++++

Sape nak jadi bini Taehyung angkat tangan! 🙋

Dan lagi satu, readers rasa ending cerita ni macam mana? Hahaha teringin juga nak tahu apa yang korang imagine 🌚

Ekceli, penpik ni dah nak tamat. Tapi aku sendiri pun tak sure chapt berapa akan tamat. Mungkin dalam chapt 63 – 65 atau lebih? Harap-harap tak lebih amin..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top