56 : Gone

"Mr. Jeon, kami sendiri pun tak tahu nak pujuk Puan Soojin macam mana lagi. Dia tak nak makan, tak nak keluar. Kami risau sangat..," kata ketua pembantu rumah.

"Tak apalah. Biar saya sendiri yang jumpa dia."

Beberapa orang pembantu rumah yang berada di situ mula memberi ruang kepada Jungkook untuk masuk ke dalam.

Pintu dikuak perlahan dan dia melihat Puan Soojin yang hanya berbaring di atas katil dan menghadap ke tingkap. Dia kelihatannya termenung ke luar tingkap itu.

"Mummy.."

Puan Soojin hanya terdiam tatkala tidak mampu untuk bercakap seperti dulu lagi. Jungkook mendekatinya. Sebelah tangan Puan Soojin dia gapai lalu melutut di lantai. Nasib baiklah orang tua itu tidak menepis tangannya kali ini.

"Mummy.. Isyraf tahu yang mummy masih marahkan Raf. Raf minta maaf sebab tak pernah jujur. Raf tahu Raf salah.."

Puan Soojin langsung tidak memandang Jungkook sebaliknya hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap. Semakin lama semakin sakit pula hati dia dengan anaknya seorang ini. Tengok muka Jungkook pun dia tak nak.

"Kalau mummy nak bencikan Isyraf sekalipun, Isyraf tak kisah. Tapi dalam hati Raf, mummy tetap ibu kandung Raf yang mengandungkan Raf selama sembilan bulan dan yang jaga Raf hingga besar. Raf tak pernah lupa semua pengorbanan mummy."

Tanpa dia sedar, Puan Soojin perlahan-lahan mengalirkan air mata. Tangannya masih digenggam erat oleh Isyraf.

"Dalam setiap doa dan setiap solat Raf, Raf mesti sebut nama mummy supaya mummy dapat terima Isyraf semula. Terima apa yang Isyraf buat. Isyraf peluk Islam bukan sebab cinta kepada manusia, tetapi sebab cinta kepada Allah.."

Dia menarik nafas seketika sebelum menyambung semula kata-katanya.

"Tujuan Isyraf balik ke sini dulu hanya untuk jelaskan semua ni, tapi Raf gagal bila lihat Hyuri mengaku yang Yeonra tu adalah anak Raf. Raf rasa bersalah kepada dia sampai lupakan niat sebenar Isyraf datang ke sini. Ditambah lagi mummy yang mahu Isyraf kahwin dengan Hyuri kerana Yeonra yang perlukan perhatian seorang ayah. Demi Allah, Isyraf tak ada niat pun untuk tipu semua ni.."

Perlahan-lahan Puan Soojin menarik tangannya dari terus digenggam Jungkook. Jungkook hanya menunduk bila terasa air matanya mula bergenang. Kali ini dia menangis bukan kerana lemah, tetapi menangis untuk menegakkan kekuatan.

"Yeonra sebenarnya bukan anak Isyraf. Dia anak Jin. Anak kandung Raf yang sebenar dah lama meninggal. Tapi Hyuri tipu mummy pasal kematian ni sebab nak jaga hati mummy. Semuanya sebab mummy. Sebab apa? Sebab semua orang sayangkan mummy. Semua orang dah tahu yang mummy ada masalah jantung dan semuanya tak nak mummy sakit sebab ni. Isyraf harap mummy pun dapat maafkan Hyuri. Arwah Hyuri juga sayangkan mummy."

Jungkook mengetap bibir lalu menyeka air mata yang mula mengalirkan perlahan. Puan Soojin juga sudahpun memejamkan mata bila air matanya turut mengalir juga namun ianya lebih laju.

"Walaupun Isyraf dah peluk Islam dan kita berdua juga berada di jalan berlainan, mummy tetap ibu Isyraf yang Isyraf anggap seperti ratu. Maaf atas segala kekurangan Jeon Jungkook mahupun Muhammad Isyraf Al-Firash, mummy. Mungkin hari ni hari terakhir kita berjumpa. Raf terpaksa pergi hari ni juga sebab.. Hanah, isteri Isyraf dah nak lahirkan cucu mummy kat Malaysia."

Jungkook sedaya upaya mengukirkan senyuman kelat walaupun dalam hati dia hanya Allah saja yang tahu betapa beratnya semua ini.

"Raf janji akan bawa cucu mummy jumpa mummy nanti. Tapi bukan sekarang. Sebab Isyraf tahu mummy masih belum dapat terima lagi semua ni. Isyraf akan bagi mummy masa."

Entah mengapa, tangan Puan Soojin tiba-tiba menyentuh tangan Jungkook dan memandang wajah anak lelaki kesayangannya itu. Jungkook masih lagi menunduk walaupun dia tahu yang Puan Soojin sudahpun menggenggam tangannya erat.

"Isyraf tinggalkan mummy bukan sebab Isyraf dah tak sayangkan mummy. Tapi Isyraf terlalu sayangkan mummy. Doakan biar Raf dapat bawa mummy ke syurga nanti. Raf pergi dulu.."

Jungkook mula bangun dari terus melutut. Tangan Puan Soojin yang menggenggamnya itu dia cium lembut buat seketika sebelum memandang wajah Puan Soojin yang basah kuyup dek air mata.

"Maafkan segala dosa Isyraf, mummy.. Assalamualaikum.."

Jungkook mula berlalu pergi. Tangannya yang digenggam Puan Soojin itu perlahan-lahan melurut jatuh. Beratnya rasa hati dia untuk tinggalkan semua ini. Walau sekejam mana pun Puan Soojin, dia tetap ibu kandungnya. Tapi itulah bila mereka berdua berada di jalan yang berlainan. Mungkin persefahaman mereka berdua juga sudah banyak yang berbeza.

Seusai Jungkook tiba di pintu bilik, bahunya berselisih dengan abangnya, Junghyun, yang akhirnya balik juga ke sini setelah dijemput Jungkook tempoh hari. Jungkook menghentikan langkahnya buat seketika.

"Hyung.. Tolong jaga mummy baik-baik.." kata Jungkook sambil tersenyum kecil sebelum beredar pergi dari situ. Junghyun hanya mengangguk. Hatinya juga terasa sebak bila Jungkook akhirnya lebih memilih agama Islam berbanding agama asalnya.

Junghyun mengalihkan pandangan pula pada Puan Soojin yang sedang menangis teresak-esak dengan pemergian Jungkook. Puan Soojin tampak lain sekarang..

Kelihatan dia menyesal.

***

"Kau memang tinggal seorang saja ke, Tae?" soal Jimin lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa dalam kondominium Taehyung. Akhirnya dapat juga Taehyung keluar dari hospital memandangkan dia terpaksa ditahan oleh doktor buat beberapa hari kerana trauma tempoh hari.

"Yes.."

Taehyung melabuhkan punggung di sofa yang berada di hadapan Jimin sambil menyilangkan kakinya. Mentang-mentanglah dah sihat.

"Hmn.. Family kau mana? Tak pernah pula aku nampak diaorang? Oversea ke?"

Taehyung terdiam seketika. Baginya soal keluarga amat buat dia sensitif. Sebab itulah dia tidak pernah menceritakan apa-apa tentang keluarganya kepada semua orang tak kira serapat manapun orang itu. Rasa sakit hati dan juga sedih bila mendengar perkataan 'keluarga'.

"Aku tak ada family," jawabnya pendek. Jimin yang sedang bersandar di kusyen sofa itu menegakkan badannya.

"Maksud kau?"

Taehyung melepaskan keluhan berat.

"Aku hanya anak angkat dalam family aku. Ibu angkat aku tak pernah suka aku sebab sejak dia berkahwin, dia tak pernah teringin nak dapat anak. Ye lah, dia tu artis, yang dia tahu jaga kecantikan diri dia saja. Jadi suami dia sanggup ambil dan jaga aku untuk jadi anak dia. Aku ni anak yatim piatu saja, Jimin."

Jimin agak terkilan mendengar kisah sebenar Taehyung. Tak sangka dibalik wajah ceria lelaki ini terselit kedukaan.

"Bila appa pergi kerja, auntie selalu marah-marah dan pukul aku."

Jimin mengangguk faham. Nampaknya Taehyung lebih menggelarkan 'auntie' kepada ibu angkatnya. Mungkin wanita itu yang tak pernah menganggap dia seperti anak.

"Suatu hari.., appa meninggal dunia sebab kemalangan. Auntie pula salahkan aku sebab appa kemalangan semasa nak ambil aku sekolah. Sejak hari tu, auntie jadi semakin bencikan aku pula. Aku pun lari ke rumah halmeoni sebelah appa. Aku bersyukur sangat sebab dia sanggup jaga aku dengan penuh kasih sayang. Sampailah halmeoni dah tak ada dan kondomium yang aku tinggal ni juga arwah halmeoni yang punya. Dia sanggup wasiatkan semua harta dia kerana dah anggap aku ni dah macam cucu kandung dia."

Taehyung tertunduk bila terasa air matanya mula bergenang. Rindu pada arwah halmeoni semakin berleluasa.

"Sejak halmeoni meninggal, aku jadi kemurungan. Dan waktu tu juga aku beransur-ansur jadi liar sebab terlalu sunyi. Aku mula ke club dan berseronok sebab aku rasa ni sajalah satu-satunya cara untuk buat aku gembira semula. Walaupun aku tak pernah rasa kasih sayang keluarga kandung, tapi aku bahagia bila ada kawan-kawan di sisi aku."

Taehyung mengangkat wajah sambil memaparkan senyuman kelat kepada Jimin.

"Tapi selepas aku tahu pengislaman Jungkook, semua tu cukup buat aku sedar dan rasa nak berubah. Lagi-lagi bila aku nampak dia yang terpaksa handle banyak masalah sebab masa silam hitam dia. Sama juga macam kau. Kau pun ada masalah family juga dulu kan? Aku dapat rasa apa yang aku buat sebelum ni semuanya tak patut. Jadi lebih baik aku berubah sekarang sebelum aku jadi macam Jungkook," jelasnya.

Jimin yang hanya memberi pandangan simpati tadi perlahan-lahan tersenyum. Alhamdulillah. Baguslah kalau Taehyung dah betul-betul nak berubah.

"Raez, aku nak ikut kau dengan Isyraf balik Malaysia boleh? Aku rasa... aku dah sedia nak peluk agama Islam."

"Alhamdulillah.."

Kini Jimin pula yang terasa hendak menangis. Terharu dengan Taehyung. Jimin mula bangun dari duduknya dan mengambil tempat di sebelah Taehyung. Tangannya diletakkan di bahu Taehyung.

"Aku harap kau dengan Jungkook boleh bantu aku uruskan pengislaman ni di Malaysia nanti," kata Taehyung. Jimin mengangguk.

"Apapun keputusan kau, aku sokong, Tae. Tapi satu saja kau kena tahu, kau kena kuat untuk mengharungi semua kesakitan. Sebab semakin kita nak dekat dengan Allah, semakin banyak jugalah ujian yang Allah bagi supaya kita jadi lebih kuat."

Taehyung tersenyum kecil.

"Aku dah sedia.."

"Termasuk sunat?"

"Eh tolonglah! Tolonglah sangat bagitahu aku apa maksud sunat tu?" Jelas terpapar reaksi tak puas hati di wajah Taehyung.

Jimin tidak menjawab sebaliknya tergelak. Inilah yang buat dia sakit hati! Orang tanya dia gelak, orang tanya dia gelak! Samalah dia dengan Jungkook tu tahu gelak saja.








++++

Readers tolong explain kat Tae apa tu sunat. Kesian dia 🌚

Maap chapt ni tak de part Hanah. Sebab nak beri peluang kepada orang lain terutama sekali Taehyung 😂




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top