54 : Awake
"Dah sebulan dah ni. Kau tak nak balik Malaysia ke, Isyraf?" soal Jimin sambil melabuhkan punggung di sofa dalam rumah Puan Soojin.
Jungkook meletakkan kunci kereta di atas meja kaca dan mengambil tempat di hadapan Jimin. Maklumlah dia dah dapat berjalan seperti sediakala memandangkan sudah sebulan berlalu. Jungkook tersenyum kecil.
"Aku tak nak balik lagi."
"Kenapa? Tak lama lagi Hanah dah nak bersalin kan?"
"I know it. Tapi aku nak selesaikan semua masalah kat sini dulu. Masalah penjagaan I'Rylie'z. Aku kena cari Junghyun lagi. Hantar Yeonra balik pada Jin. Lagipun Taehyung pun belum sedar koma lagi."
Jimin mengangguk faham. Betul juga. Kalau masalah di sini pun belum dia selesai lagi, takkan dia dah nak balik Malaysia. Tak pepasal pula nanti bertindih-tindih masalah dia. Kan tak memasal Jungkook buat hal macam dulu lagi.
"Lepas tu Hanah macam mana?"
"Nanti aku uruskan."
"Okay, good! Yang penting sekarang kau kena pujuk mummy kau tu biar dia dapat terima kenyataan. Kesian pula aku tengok dia terperap dalam bilik tu je," kata Jimin.
Nasib baiklah Puan Soojin juga sudah dapat dibawa balik ke rumah. Dan sekarang, dia hanya terperap di dalam bilik memandangkan tidak mampu untuk berjalan seperti dulu lagi. Ditambah lagi dia sendiri pun tidak mahu melihat muka Jungkook, apa lagi nak keluar bilik menggunakan kerusi roda?
"Kesian tu memanglah kesian. Tapi sebenarnya dia tu yang tak kesiankan diri dia sendiri," kata Jungkook. Jimin menaikkan sebelah keningnya tidak faham.
"Ye lah. Kalau dia betul-betul kesiankan diri dia sendiri, dia kena terima apa yang aku buat. Pengislaman aku dan juga Hanah. Biar dia dalam bilik sana. Lama-lama okaylah tu. Nak tak nak dia kena terima juga. Penat aku ni selalu duduk turut kata-kata dia."
Jungkook menyandarkan badan di sofa sambil melelapkan mata manakala Jimin sudahpun tergelak.
"Jangan jadi anak derhaka, Kook. Haha!"
"Macamlah kau tu tak derhaka kat mummy kau dulu."
"Aish tu cerita lama jangan diungkit! Lagipun mummy aku dah berubah. Sebab dia jugalah aku peluk Islam tau?"
Jungkook tersenyum lagi. Kali ini matanya sudahpun terpejam rapat. Mengantuk kerana semalaman dia menjaga Taehyung semalam. Entah manalah keluarga lelaki itu. Langsung tak ada yang jenguk sepanjang dia berada dekat sini. Kesian betul Taehyung.
"Mummy kau memang baik. Mummy aku aje yang tak baik. Tak reti ke tengok kebahagiaan anak? Fikir diri dia je. Tak hairanlah Junghyun lari dulu pun. Aku sendiri pun kadang-kadang berasa nak ikut lari macam dia juga!"
Jimin sudahpun tergelak besar sambil menepuk pahanya berkali-kali. Amboi kau sekarang Jungkook! Dah berani mengumpat pasal Puan Soojin ye? Mentang-mentanglah orang tua tu tengah sakit sekarang.
Nasib baiklah juga mereka berdua telah mengupah seorang perisik dua minggu lepas untuk mencari jejak Junghyun. Walau apa jua pun, dia tetap kena jumpa Junghyun juga bagi mengambil alih syarikat I'Rylie'z memandangkan Jungkook berhasrat untuk terus tinggal di Malaysia bila dia balik nanti.
***
•
•
•
"Isyraf tak balik lagi ke, Hanah?" soal Dhia sambil menghirup air di hadapannya memandangkan sekarang waktu rehat.
"Tak. Hanah tak kisah pun dia nak balik ke tak. Biarlah dia bahagia kat sana," kata Hanah. Air green tea dan nasi lemak di hadapannya langsung tidak menjadi tarikan.
Walaupun sudah sebulan berlalu, fikirannya masih tetap melayan. Terutama sekali saat Jungkook yang meninggalkan dia semata-mata untuk berkahwin dengan Hyuri hari itu. Sudah terang lagikan bersuluh yang lelaki itu lebih memilih Hyuri berbanding isterinya sendiri.
"Masa Hanah kat Korea, dia selalu pulau Hanah ke?" soal Dhia lagi.
"Dhia.. Bukan setakat pulau, marah Hanah pun tak pernah. Dia baik sangat. Tapi tu lah. Baik-baik pun depan saja. Belakang? Entah apalah nak jadi. Teruk sangat!"
"Hmnn.. Hanah tak rasa apa-apa ke?"
"Rasa apa-apa macam mana?"
"Ye lah. Dia kan baik dengan Hanah. Sweet-sweet pula tu. Takkanlah dia nak menipu semua tu? Biasanya kalau suami yang ada orang lain selain isteri dia ni dia akan pulau isteri dia dan pergi kepada perempuan simpanan dia. Tapi sekarang ni Isyraf lebihkan Hanah daripada perempuan tu," kata Dhia sambil menyuakan nasi lemak ke dalam mulutnya.
"Kalau ye dia sayangkan Hanah, kenapa dia tinggalkan Hanah juga?" Hanah menggulingkan mata lalu menghirup air yang dari tadi tidak disentuh.
"Kan Hanah pernah bagitahu yang dia ada anak dengan.. apa perempuan tu nama? Hyuna? Hyura?"
"Hyuri lah!"
"Ha ha ye Hyuri. Dia kan pernah ada anak dengan Hyuri dulu sebelum dia kenal dengan Hanah. Manalah tahu yang Isyraf tu jenis yang social-social juga dulu sebab tu sampai dah terlanjur. Tapi bila dia nak berubah, Hyuri tu pula yang desak suruh dia bertanggungjawab ke apa."
Hanah terdiam seketika. Ada betulnya juga dengan kata-kata Dhia ni. Lagipun sewaktu kali pertama dia melihat Isyraf dulu pun lelaki itu berambut merah dan gayanya juga tak ubah seperti bad boy.
"Hey, Hanah!" Dhia melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Hanah bila melihat gadis itu sedang mengelamun.
"Jauh termenung?" Dhia tersengih.
***
•
•
•
Jungkook merebahkan badan di atas katil memandangkan Jimin baru saja balik tadi.
"Haih mummy mummy!" keluhnya perlahan lalu menyembankan wajah di atas katil. Penat pula dia bila fikir pasal Puan Soojin yang langsung tidak mahu dia menjenguknya. Sekarang ini pun harapkan maid saja yang menjaga dia.
"Susah sangat ke nak terima kenyataan.. Huh! Suka hati dialah!"
Tidak lama selepas itu, dia mengangkat semula wajah dan mencapai iphone X. Data dibuka. Banyak chats yang masuk melalui aplikasi Whatsapp. Sebahagian dari Darwisy dan sebahagian dari Jimin. Dia mula membuka chats yang dihantar oleh Darwisy dahulu.
Abang Darwisy:
Isyraf.. Keluarga abang dah penat pujuk Hanah
Abang Darwisy:
Dia kata Isyraf dah murtad sebab dah kahwin dengan Hyuri
Abang Darwisy:
Dia juga ingat yang perkahwinan korang berdua dah terfasakh
Abang Darwisy:
Isyraf dah sihat kan? Bila nak balik? Hanah ni dah sedaya upaya buang gambar-gambar Isyraf dan gambar kahwin dia sebab tak nak ingat Isyraf lagi
Jungkook yang setia berada di atas katil itu sudahpun berguling-guling tergelak. Nampaknya Hanah dah merajuk. Sampai gambar-gambar kahwin mereka pun dia dah buang. Teruk kali ni.
Tangannya lincah menekan keyboard di telefonnya dan menekan butang 'send'.
Me:
Isyraf nak selasaikan kerja kat sini dulu
Me:
Abang tak payah pujuklah dia. Nanti Isyraf balik tahulah macam mana pujuk dia
Dia menuju pula ke chats Jimin yang turut menyemak di notifications. Baru saja lelaki itu balik rumah tadi, tapi dah berjuta-juta chats yang dia hantar.
Park Jimin:
Jungkook!
Park Jimin:
Tak! Maksud aku Isyraf! HAHA
Park Jimin:
Aku ada berita gembira ni
Park Jimin:
Aku baru saja dapat info dari Mr. Lee yang dia dah dapat jejak hyung kau
Park Jimin:
Nanti kau datang rumah aku ye? Ada fail yang dia tinggal kat aku. Semuanya pasal Junghyun
Jungkook tersenyum kecil. Terkejut pun ada. Tak sangka orang upahan mereka berdua, Mr. Lee, mampu membuat kerja dalam tempoh yang sekejap.
Me:
Okay 👌
***
•
•
•
Hanah memegang gambar Isyraf yang berada di dalam frame. Sesekali air matanya menitis.
"Ya Allah kenapa dengan aku ni?" dia meletakkan semula gambar itu ke dalam kotak ungu, tempat dia menyimpan gambar-gambar Isyraf dulu.
"Tak tak! Isyraf bukan suami aku lagi! Buat apa aku nak ingat dia?"
Dia memasukkan kembali kotak ungu itu ke bawah katil dan berbaring di atas katil. Dia cuba melelapkan mata. Tapi pada waktu itu jugalah wajah-wajah Jungkook terbayang-bayang di fikirannya. Lagi-lagi bila teringatkan kata-kata Dhia siang tadi. Pantas dia mengeleng.
"Argh!" jeritnya lalu menutup kepala dengan bantal.
"Dia dah tak ingat kau Hanah! Chat pun tak, tanya khabar pun tak! Buat apa kau nak ingat dia lagi?"
Dia mengalihkan wajah dan memandang syiling rumah. Tolong lupakan dia, Hanah! Dia bukan suami kau lagi! Gumamnya dalam hati.
***
•
•
•
Jungkook keluar dari rumah Jimin sambil memegang fail di tangan. Tak sangka Junghyun sanggup melarikan diri hingga ke Daegu. Semuanya kerana tidak mahu dirinya dijejak Puan Soojin.
Tapi itulah. Sejauh mana pun dia lari, dia tidak dapat melarikan diri dari insan bernama Jeon Jungkook. Tak bukan! Tapi Muhammad Isyraf Al-Firash.
Jungkook tersenyum lalu menekan punat 'unlock' di kunci keretanya. Sekarang dia akan ke hospital untuk melawat Taehyung pula. Bukan melawat saja tapi menjaga. Dia sudah membahagi tugas dengan Jimin. Pada waktu petang Jimin yang datang, waktu malam pula Jungkook yang datang.
Sejak dia mengenali Taehyung dulu pun, lelaki itu tidak pernah membuka topik tentang keluarga dia. Jungkook juga pun tidak pernah terfikir untuk menanya Taehyung dulu. Tak pastilah samaada ibu bapa dia sudah tahu ke tidak tentang kemalangan Taehyung ini. Dah sebulan dah pun berlalu.
***
•
•
•
"Kau nak masuk Islam kan?" soal Jimin dengan senyuman yang paling menyeramkan. Begitu juga dengan Jungkook yang berada di hadapannya sambil mengasah parang dan tersenyum sinis.
"Wey kau nak buat apa ni, Jimin? Jungkook? Kalau aku nak peluk Islam sekali pun, kenapa dengan parang-parang ni? Kau nak bunuh aku ke?" soal Taehyung dengan gelabah. Pucat lesi wajahnya bila melihat dua makhluk tak diundang ini mengacah seperti mahu siat-siat dirinya.
"Kalau kau nak peluk Islam, kau kena sunat dulu.." kata Jimin lagi. Dia dan Jungkook sudahpun memaparkan senyuman yang tersangatlah menakutkan.
"Wey sunat tu apa? Wey apa ni agak-agaklah!" Taehyung sudahpun meronta-ronta ingin dilepaskan bila melihat Jungkook yang memegang dua bilah parang itu semakin mendekati dia.
Taehyung memandang pergelangan kaki dan tangannya pula. Dua-dua telah diikat rapi di tiang katil hospital membuatkan dia tidak dapat melarikan diri.
"Arghh!" jeritnya kuat bila Jungkook kini berada di betul-betul di hujung kakinya. Parang tadi diasah lagi sehingga dapat melihat kilauan dari parang yang tajam itu. Nampaknya ia lebih tajam dari pedang samurai!
"Kau Jungkook jangan melebih! Argh tolong!" jeritnya lagi tetapi tidak diendahkan mereka berdua.
"Sudah tiba masanya, Kim Taehyung.. Hahaha!" Jimin tergelak jahat. Jungkook pula menyelak kain yang dipakai Taehyung dengan kasar.
"Arghhhhhhh!! Aku tak nak sunat!!!!" jerit Taehyung dengan nyaring dan kuat sehingga seluruh ruang di hospital ini bergegar.
"Kau kenapa, Taehyung?" Jungkook yang hampir saja terlena di sofa dalam wad itu terus bergegas ke arah Taehyung. Kedua-dua belah pipi Taehyung dia tampar dengan kasar apabila lelaki itu menggelupur di atas katil hospital.
"Arghh tolong!!" jerit Taehyung lagi. Hah sudah!
Tidak lama selepas itu, beberapa orang jururawat dan doktor berlari masuk ke arah mereka berdua bila terdengar jeritan Taehyung.
"Encik sila tunggu di luar sekejap," kata salah seorang jururawat. Jungkook hanya mengangguk dan melangkah keluar dari wad itu.
"Mimpi apalah Taehyung ni sampai tak nak sunat pula." Jungkook tergelak kecil sambil mengeleng perlahan.
Jungkook mula mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya dan mendail nombor Jimin. Tidak lama selepas itu, panggilan itu diangkat.
"Haa ada apa, Isyraf?" soal Jimin melalui talian.
"Raez, Taehyung dah sedarlah. Tadi pun dia siap menggelupur atas katil and jerit tak nak sunat lah apalah. Hahaha! Entah mimpi apa budak tu," kata Jungkook sambil ketawa.
"Hahaha! Serious eh?" kini Jimin pula yang tergelak. Kenapa pula lah si Taehyung ni mimpi kena sunat. Biasanya tak rajin hayat pun.
"Ye dah sedar. Marilah sini cepat!"
"Ha ye okay.."
++++
Anda rasa Hanah akan terima Isyraf balik ke tak? 🌚
Dah penat aku tengok readers selalu comment nangis je baca cerita ni. Okay chapt ni kita santai santai sikit. Tak mo nanges nanges lagi. Insyaa Allah dah tak de chapt yang buat orang menangis lagi . Amin..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top