53 : Behind All

Jungkook mengetap bibir dan berdiam. Geram pun ada. Jadi selama ini dia telah ditipu oleh Hyuri? Anak kandung mereka yang sebenar dah lama meninggal. Habistu Yeonra tu anak siapa? Hantu?

Jungkook membaca lagi diari itu pada helaian seterusnya. Matanya juga dicebikkan.

"Doktor cepat!" jerit Puan Soojin mengarahkan doktor yang sedang menolak katil Hyuri ke wad bersalin. Katil itu mula ditolak dengan laju oleh beberapa orang jururawat dan doktor. Hyuri sudah tidak menyedarkan diri lagi. Darah mengalir dengan banyak di pahanya.

"Puan sila tunggu di luar," arah seorang jururawat perempuan kepada Puan Soojin apabila mereka semua tiba di wad bersalin. Setelah pintu bilik itu ditutup semula, Puan Soojin jatuh terduduk di atas bangku hospital yang telah disediakan di situ.

"Tuhan.. kau selamatkanlah cucu aku.." kata Puan Soojin dengan sayu. Air matanya mula bergenang. Dia takut kalau kandungan Hyuri ada apa-apa. Sudahlah kandungan itu baru enam bulan, Hyuri pula yang terjatuh dari tangga. Jungkook pula entah kemana menghilang.

Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Puan Soojin melihat nama pemanggil yang tertera ialah Kim Namjoon. Panggilan itu diangkat.

"Hello, Namjoon? Ada apa?"

"Puan.. Ada ramai yang buat mogok perfume I'Rylie'z ni bau macam bau kambing lepas dari tiga jam. Saya rasa puan kena datang sekarang ni."

Terkejut Puan Soojin mendengarnya. Bau macam kambing?

"Ha? Perfume aku bau macam kambing? Diaorang hidung tersumbat ke macam mana? Perfume aku wangilah!" protes Puan Soojin.

"Saya pun tak tahulah. Saya rasa ada orang yang sabotage kilang kita."

"Agh tak ada tak ada! Awak kena handle juga, Namjoon. Hyuri nak beranak takkan saya nak tinggal?"

"Tapi ni teruk, puan. Diaorang nak jumpa founder juga kalau tak diaorang nak bakar company ni," kata Namjoon dengan cemas. Dia seakan terdesak supaya Puan Soojim datang ke sana juga.

Puan Soojin melepaskan keluhan berat. Macam mana ni? Hyuri tengah berperang dengan maut. Syarikat dia pula sedang kacau-bilau.

Tiba-tiba, ada sebuah katil lagi ditolak menuju ke dalam wad bersalin yang bersebelahan dengan wad Hyuri tadi, melintasi Puan Soojin. Dan yang paling terkejut lagi bila dia ternampak Jin, salah seorang dari kawan anaknya, berada sekali sambil menolak katil perempuan yang turut hendak bersalin tadi.

"Hmmnn.. Okaylah.." kata Puan Soojin, sejurus itu meletakkan panggilan bersama Namjoon tadi.

Setelah katil itu berjaya dibawa masuk oleh jururawat, Jin mula mengusutkan rambut, serabut! Puan Soojin pula mendekati Jin.

"Jin.." tegurnya.

Jin terus memandang ke belakang dan dia agak terperanjat bila melihat Puan Soojin berdiri tegak di hadapan dia.

"Eh auntie.."

"Kamu buat apa kat sini?" soal Puan Soojin.

"Sa..saya.. Ermm.." tergagap-gagap kata-katanya.

"Siapa perempuan tu? Wife ke girlfriend?" soal Puan Soojin lagi. Jin menunduk buat seketika sebelum mengangkat wajahnya dan memandang Puan Soojin.

"Girlfriend.."

Puan Soojin hanya mengangguk faham.

"It's okay. At least, kamu ambil berat tentang dia. Bukan macam Jungkook yang dah hilang entah kemana tu. Oh by the way, auntie nak minta tolong sikit boleh?"

Jin mengerutkan dahi hairan.

"Minta tolong apa, auntie?"

"Tolong tengok-tengokkan juga Hyuri kat bilik sebelah ni. Auntie terpaksa pergi sekarang sebab company auntie ada hal. Don't worry, dalam sejam lagi auntie akan datang sini balik."

"Okay, auntie," kata Jin sambil tersenyum manis. Berdebar pula dia bila bercakap dengan Puan Soojin ni. Bukan boleh bawa main orang tua ni, beliau tegas orangnya. Sebab itulah Junghyun lari daripada dia dulu. Mungkin Jungkook menghilang sekarang ni pun sebab tak suka dengan ibu dia sendiri.

Setelah kelibat Puan Soojin hilang, Jin mengambil tempat di bangku menunggu. Risaunya dia tentang Yeoreum. Dia tak tahu untuk membayar kos bersalin ini dengan apa lagi. Sudah banyak dia keluarkan duit dari akaun dia. Kalau dia keluarkan duit lagi kali ini, Tuan Kim pasti akan syak sesuatu pula.

Hampir setengah jam dia menunggu, seorang doktor perempuan keluar dari bilik Yeoreum. Jin bergegas ke arahnya.

"Macam mana dengan isteri saya?" soal Jin dengan menyamar sebagai suami kepada Yeoreum.

"Bayi encik selamat.." kata seorang doktor sambil tersenyum manis. Seorang jururawat pula datang ke arah mereka sambil mendukung bayi comel di tangannya.

"Uwek uwek!" bayi kecil itu menangis.  Jin tersenyum lalu menyambut huluran bayi itu.

"Oe— Yeoreum macam mana, doktor?"

"Puan Yeoreum sedang berehat. Dia pengsan tadi, mungkin terlalu penat. Jangan risau dia juga selamat."

Jin melurut dada lega. Akhirnya dia berjaya juga menjadi seorang ayah.

"Uwek uwek!" bayi itu menangis lagi tetapi Jin hanya tahu mendodoikannya sahaja dalam dukungan.

"Kim Yeonra.." dia mengukirkan senyuman manis. Kim Yeonra nama diberi.

Tiba-tiba, pintu wad Hyuri yang berada di sebelah wad Yeoreum tadi terbuka luas. Beberapa orang jururawat dan doktor keluar dari situ.

Jin yang masih mendukung Yeonra itu terus mendekati mereka.

"Macam mana dengan Hyuri, doktor?" soal Jin. Seorang doktor itu mengetap bibir buat seketika sebelum mengeleng perlahan.

"Maaf, encik. Kami tak dapat selamatkan baby. Puan Hyuri mengalami kecederaan teruk selepas jatuh tangga. Semua tu begi effects kepada anaknya."

Jin terdiam seketika. Kesiannya Hyuri. Sudahlah Jungkook tinggalkan dia, anaknya pula yang meninggal.

"Boleh saya masuk?" pinta Jin. Yeonra masih lagi berada dalam dukungannya.

"Boleh.. Lagipun Puan Hyuri mungkin dah sedar," kata doktor itu lagi memberi keizinan kepada Jin untuk melawat Hyuri.

Sejurus itu, Jin menjejakkan kaki, melangkah masuk ke dalam bilik itu. Kelihatannya Hyuri berbaring lemah di atas katil hospital.

"Jin.. Jungkook mana?" soal Hyuri dengan suara yang sayu apabila Jin tiba di hadapannya.

Terdetik rasa kasihan yang teramat kepada Hyuri. Kesian betul perempuan ni.

"Jungkook tak ada.." jawab Jin sambil menunduk simpati. Hyuri hanya mengetap bibir. Dia tahu yang Jungkook takkan balik. Tangannya mula dihulurkan kepada Yeonra untuk mendukung bayi itu tetapi lantas dielak Jin.

"Kau kenapa, Jin? Itu bukan ke anak aku?"

Jin terdiam. Nampaknya Hyuri tidak tahu yang anaknya sudah meninggal.

"Anak kau dah tiada, Hyuri. Ini Kim Yeonra, anak aku dengan Yeoreum. Yeoreum pun baru saja bersalin tadi. Tu wad dia sebelah kau je." Jin mengangkat sebelah tangannya dan dituju ke wad sebelah.

"Apa? Anak aku dah tak ada?" soal Hyuri dan Jin hanya mengangguk. Hyuri menekup wajahnya lalu menangis teresak-esak. Semuanya salah dia! Kalau dia tak minum semalam, mesti dia tak jatuh tangga pagi tadi.

"Sabar ye, Hyuri?"

"Kenapa malang sangat hidup aku?"

Jin terdiam lagi. Sedikit sebanyak hati dia tersentuh dengan Hyuri. Malangnya hidup dia.

"Mana Auntie Soojin?" akhirnya Hyuri bersuara setelah agak lama menangis.

"Auntie Soojin ada emergency dekat company dia. Dia suruh aku tengok-tengokkan kau."

Bagaimana kalau Puan Soojin tahu yang anak dia dah meninggal? Mesti orang tua itu akan kecewa dengan dirinya yang cuai sangat. Semuanya salah dia sendiri sebab kuat sangat mabuk semalam sampai pagi tadi pun masih terasa peningnya. Lepas tu sekarang? Anaknya pula yang jadi mangsa.

"Jin tolong aku.."

"Tolong apa?"

"Biar aku jaga Kim Yeonra."

"Kau gila ke? Dia anak akulah!"

"Tolong, Jin.. Aku janji aku akan jaga Yeonra dengan baik. Asal kau bagi Yeonra dan jaga rahsia ni," desak Hyuri.

"Ani! Mana boleh! Yeonra anak kandung aku. Aku takkan bagi orang lain sesuka hati!" tegas Jin sambil mengelakkan Yeonra daripada disentuh Hyuri.

"Aku boleh bayar. Seberapa banyak yang kau minta pun aku tak kisah. Aku janji aku akan jaga anak kau dengan baik. Aku tak boleh biarkan Auntie Soojin tahu semua ni. Aku tak nak dia sedih sebab aku."

Jin terdiam seketika. Kos pembiayaian Yeoreum berada dalam fikiran. Duit dia sendiri pun sudah kosong sekarang. Lagipun kalau Yeonra berada dengannya, hidup budak itu mungkin takkan selamat. Lagi-lagi, kalau Tuan Kim tahu pasal ini? Tak ke mati mereka bertiga?

"Please Jin.. Aku sanggup bayar berapa banyak yang kau nak. Asalkan kau bagi Yeonra dan simpan rahsia ni," desak Hyuri lagi.

Jungkook memegang kemas diari itu di tangan kirinya. Geramnya, Ya Allah! Dia membelek lagi diari itu sehingga ke muka surat yang terakhir.


To: Jeon Jungkook

Mesti kau bengang sekarang kan, Jungkook? Maaf sebab menipu. Aku cuma tak nak Auntie Soojin kecewa dengan aku yang cuai ni. Kau pun sama kan? Aku tahu kau terpaksa tipu semua orang sebab Yeonra dan nak jaga hati Auntie Soojin kan?

Bila aku tahu semua ni, mungkin sebenarnya kita berdua yang salah. Tapi aku tak rasa kau patut buat macam ni pada isteri kau, Hanah. Mungkin tuhan dah takdirkan yang terbaik dan mempertemukan aku dengan Hanah.

Yes, dia jauh lebih baik dan jauh lebih layak dari aku. Mungkin aku yang terpaksa undur diri kali ini. Thanks for everything, Jungkook. Thanks sebab kau berjaya buat aku jatuh cinta pada kau buat kali kedua. Tapi sayangnya, kita mungkin tak akan pernah dapat bersama. Goodbye :')

Hyuri

Diari itu ditutup tatkala terasa air mata mula bergenang. Jungkook mengalihkan pula pandangannya pada Taehyung yang masih terlantar di atas katil hospital. Jungkook melepaskan keluhan berat.

Entahlah dia sendiri tidak tahu dengan perasaannya sekarang. Rasa kecewa dengan Hyuri pun ada. Rasa kecewa dengan dirinya sendiri pun ada. Tak sangka dia dan Hyuri itu sama saja. Hyuri menyorokkan perkara yang sebenar semata-mata untuk menjaga hati Puan Soojin.

Adakah hanya kerana mahu menjaga hati Puan Soojin saja yang menjadi punca semua masalah ini?

Tapi itulah, Hyuri tidak mahu cerita perkara sebenar pun ada sebab. Macamlah dia tidak tahu yang Puan Soojin itu sangatlah susah untuk terima kenyataan. Sedangkan pengislaman Jungkook pun dia tidak mahu terima, apa lagi kehilangan cucunya?

***

"Akak, kenapa Wardha nampak akak sedih saja lepas balik dari Korea. Mana Abang Isyraf? Kenapa dia tak balik sekali dengan akak?" soal Wardha sambil melabuhkan punggung di birai katil Hanah. Hanah tersenyum kelat.

"Abang Isyraf tak sama dengan yang akak kenal dulu dah, Wardha. Dia dah lain sekarang."

"Maksud akak?"

Hanah terdiam seketika. Sejak dia balik ke sini, dia langsung tidak menceritakan apa-apa kepada keluarganya di sini. Bukan apa, dirinya tak kuat. Langsung tak kuat untuk menadah air mata lagi.

"Isyraf dah tinggalkan akak, Wardha. Dia mungkin dah kahwin dengan orang lain dan murtad. Hubungan akak dengan dia pun mungkin dah terfasakh."

"Astagfirullahalazim! Kenapa boleh jadi macam ni?" terkejut Wardha mendengar penjelasannya.

"Wardha.." air mata Hanah mula mengalir lalu Wardha terus menariknya ke dalam pelukan.

"Sabar ye, akak? Kenapa boleh jadi sampai macam ni?"











++++

Masih ingat lagi ke scene yang Hyuri jatuh tangga tu? Semua tu sambungan dari chapt 24. Tu pun kalau ada yang ingat.

Btw, sorry lambat update and chapt ni agak membusankan. Tolong.. doakan aku jadi rajin macam dulu semula 😭😭😭

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top