50 : Wedding


Kalau line okay, asilalaa dengar lagu di atas untuk lebih feel

——————————————

Wajah Hanah yang sudah terlena tidur itu Jungkook usap lembut. Dia sayangkan gadis itu. Tersangatlah sayang. Tapi dia terpaksa tinggalkan semua itu buat sementara waktu. Semuanya demi Yeonra.

"Maafkan abang, Hanah. Abang terpaksa buat semua ni. Semuanya demi Yeonra, anak abang dengan Hyuri. Hari ni abang balik untuk tengok sayang buat malam yang terakhir. Abang tahu Hanah dah nak balik esok, tarikh yang sama dengan majlis perkahwinan abang dengan Hyuri," kata Jungkook dengan sayu.

Hanah yang berpura-pura tidur itu sudahpun mengalirkan air mata perlahan tanpa disedari Jungkook. Sanggup dia balik semata-mata untuk memberitahu tentang perkahwinannya dengan perempuan itu?

"Abang minta maaf..."

***

Hanah hanya memerhati saja suaminya yang kini lengkap berpakaian tuxedo di sebalik pintu. Hari ini adalah hari perkahwinannya dengan Hyuri dan hari ini jugalah hari terakhir Hanah di sini sebelum dia pulang ke Malaysia.

Hanah juga sudah tersarung tudung bawal di kepalanya. Awal-awal lagi dia sudah bersiap kerana tidak sabar untuk balik ke Malaysia. Semakin lama dia di sini, semakin teruk pula dia menangis lagi-lagi dengan perangai Isyraf ini. Langkahnya diajukan mendekati lelaki itu.

"Isyraf.." panggil Hanah perlahan membuatkan Isyraf yang sedang menilik penampilannya di hadapan cermin itu memusingkan badan dan memandang Hanah.

"Awak pasti ke dengan keputusan awak, Muhammad Isyraf Al-Firash?" soal Hanah. Jungkook hanya terkebil-kebil memandang wajah Hanah yang terselit seribu tangisan itu.

"Awak tahu tak yang awak dah peluk agama Islam? Sampai bila-bila pun awak takkan sah menjadi suami kepada Hyuri sebab dia bukan Islam."

"Saya.. akan buat dia peluk Islam selepas kami kahwin," jawapan Jungkook kali ini membuatkan Hanah mengeleng perlahan tidak percaya.

"Ya Allah, Isyraf! Uztaz mana ajar awak ni? Awak ingat perkahwinan dengan pasangan yang berlainan agama ni boleh buat main ke? Awak Islam lagi ke Isyraf? Mana Isyraf yang saya kenal dulu?" Hanah menekup kedua-dua belah pipi Jungkook tidak percaya. Jungkook mula menurunkan tangan Hanah perlahan-lahan.

"Saya.. minta maaf.."

"Saya boleh tahan lagi kalau awak nak madukan saya sekalipun, tapi saya tak boleh terima bila awak nak madukan saya dengan orang yang bukan Islam. Awak nak kahwin dengan Hyuri ikut cara mana? Kahwin di masjid? Di gereja? Lepas ni dalam rumah awak nak sembahyang ikut agama mana? Kalau awak dah ada anak dengan dia nanti, anak awak tu agama apa?" soal Hanah bertubi-tubi. Sumpah dia geram!

"Hanah.. abang buat semua ni sebab Yeonra, anak abang dengan Hyuri. Abang terperangkap dalam masalah, Hanah.." kata Jungkook tanpa menjawab soalannya. Hanah mula mengalirkan air matanya, sebak!

"Abang.. sejauh mana terperangkapnya kita dalam masalah, kita sepatutnya berdoa biar Allah permudahkan semua tu. Bukan dengan macam ni caranya."

Jungkook menunduk. Dalam hati tak henti-henti dia menuturkan kata maaf. Semuanya sudah terlambat. Walau apa jua sekalipun, dia perlu berkahwin dengan Hyuri hari ini juga! Kakinya mula melangkah untuk pergi dari situ.

"Abang dah tak cintakan Hanah ke?" soal Hanah kali ini membuatkan Jungkook menghentikan langkahnya di muka pintu bilik. Dia hanya terkaku di situ.

"Mana Isyraf yang saya kenal dulu? Isyraf yang manis? Isyraf yang baik? Isyraf yang selalu solat dan berusaha untuk mendekati Allah?" terasa sebak semakin kuat di dadanya membuatkan Hanah mula mengalirkan air mata dengan laju.

Jungkook terkesima. Hatinya rapuh lagi-lagi melihat Hanah yang sudahpun menangis disebabkan kesalahan dia sendiri. Dia tak sepatutnya buat Hanah sebegini. Sudahlah Hanah tengah mengandungkan anaknya sekarang. Dia tahu dia salah. Tapi dia terpaksa. Dia terpaksa tinggalkan Hanah demi Yeonra.

"Dan.. mana lafaz ijab kabul awak yang buat kita sah jadi suami isteri?"

Terus sahaja Isyraf memalingkan wajahnya ke belakang. Air matanya juga mula bergenang.

"Hanah.." wajah Hanah ditariknya lalu bibir gadis itu terus diciumnya dengan seikhlas hati. Air mata Hanah yang turut mengalir laju itu dilap Jungkook dengan perlahan menggunakan jarinya. Tidak lama selepas itu, ciuman ikhlas itu terlerai.

"Dalam setiap doa abang selalu ada nama Hanah. Dalam fikiran abang selalu ada nama Hanah. Dalam hati abang juga selalu ada nama Hanah. Tapi kali ni.. abang minta maaf sangat. Abang gagal jadi suami yang terbaik untuk perempuan sebaik Hanah. Abang terpaksa buat begini.  Abang janji abang akan balik pada Hanah semula nanti. Maafkan abang.."

Jungkook mula mengatur langkah untuk pergi dari situ.

"Isyraf!" jerit Hanah sambil mengejar langkah lelaki itu tetapi sayangnya Isyraf langsung tidak memberhentikan perjalanannya. Dia terus berjalan keluar dari perkarangan rumah.

"Isyraf! Jangan buat saya macam ni!" jerit Hanah lagi bila dia tiba di muka pintu rumahnya. Langkahnya akhirnya terhenti di situ apabila ternampak dua buah kereta asing diparkir di luar perkarangan rumah. Satu berwarna merah dan satu lagi berwarna hitam.

Jungkook memilih kereta yang berwarna merah dan terus dinaiknya tanpa menghiraukan lagi Hanah di belakang.

"Isyraf!" Hanah mengatur lagi langkahnya untuk mengejar Isyraf sehingga ke pintu pagar rumah. Tetapi sayangnya bila kereta merah yang dinaiki lelaki itu tadi mula bergerak pergi dari situ. Hanah jatuh terduduk di pagar rumah itu.

"Isyraf.. ke..kenapa awak buat macam ni?" Hanah mula menangis teresak-esak. Hanya Allah saja yang tahu betapa terlukanya hati dia sekarang. Ya Allah kenapa engkau jadikan jalan hidup aku seperti ini? Siapa aku sekarang, ya Allah? Adakah aku masih isteri kepada Isyraf? Dia hanya mampu berdoa di dalam hati. Hatinya bagaikan dicarik teruk oleh orang yang amat dia cintai. Kejamnya suami dia.

"Ya Allah.. apa dosa aku sampai aku kena tanggung semua ini?" Air matanya semakin laju mengalir. Pintu pagar itu dipegangnya dan dilentokkan wajah di situ. Hanya Allah saja yang tahu betapa terlukanya hati dia sekarang.

Pintu kereta berwarna hitam yang diparkir di luar perkarangan rumahnya tadi dibuka. Dari situ Jimin dapat lihat betapa beratnya dugaan yang dihadapi Hanah sekarang. Ya Allah kesiannya Hanah. Dia terus mendekati Hanah yang sudah tersedu-sedu menangis.

"Hanah.. Sabar ye?" katanya membuatkan Hanah mula memandang dia.

"Raez.. saya tak sanggup lagi tengok semua ni.. Saya tak larat.."

***

"Cantik anak mummy," kata Puan Park Neia, ibu Hyuri. Bila mendengar berita yang Hyuri akan berkahwin, Puan Neia sanggup meninggalkan kerja-kerjanya di Malaysia dan datang ke sini.

Hyuri hanya tersenyum kelat di hadapan cermin meja solek. Wajahnya dihiasi mekap yang jelas terpapar bahawa dia adalah seorang pengantin pada hari ini.

"Mummy tinggalkan Hyuri sekejap boleh?" pinta Hyuri kepada Puan Neia. Puan Neia hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan. Puan Neia meninggalkan dia seorang diri bersama Yeonra di dalam bilik itu.

Gambar masa kecilnya bersama Jungkook yang berada di atas meja kecil diambil Hyuri. Gambar itu ditatap. Air matanya perlahan-lahan mengalir.

"Aku cintakan kau, Jungkook. Sejak kecil lagi kita bersama, sampailah sekarang pun kita masih bersama. Tapi.."

Air matanya diseka bersama esakan tangisan yang mula kedengaran. Dadanya terasa sebak. Sebak yang teramat!

"Tapi.. kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau tipu aku? Kenapa kau sanggup tinggalkan isteri kau sebab aku? Kenapa kau tak pernah jujur dalam hubungan kita? Kau bukan saja kecewakan hati Hanah, tapi kau juga kecewakan hati aku."

Hyuri menarik nafas dalam sebelum gambar tadi diletak semula di atas meja. Buku diari miliknya yang berada dalam laci meja dia ambil. Penutup pen dibuka dan dia mula menulis sesuatu di helaian yang terakhir.

"Maafkan aku, Jungkook. Mungkin perkahwinan kita hari itu tidak jadi ada sebab. Tuhan dah ciptakan yang terbaik untuk perjalanan hidup kita. Mungkin hari itu tuhan dah tunjukkan sesuatu tapi kita berdua saja yang tidak faham. Tuhan dah tunjuk yang kita sebenarnya tidak akan ditakdirkan bersama, sebab itulah hubungan kita banyak cabaran."

Air matanya semakin lebat mengalir. Mungkin dia dan Jungkook memang tidak akan pernah untuk ditakdirkan bersama. Dari awal sampai akhir cinta mereka umpama tenggelam begitu saja.

Mekap di wajahnya juga sudah hancur dek air mata yang tidak henti mencurah. Wajahnya dialihkan pada Yeonra yang sedang mengelip-ngelipkan mata comel di atas katil. Hyuri bangkit dari meja solek dengan diari tadi di tangan. Dahi Yeonra diciumnya lembut sambil tersenyum kelat. Air matanya menitis di dahi bayi comel itu tetapi lantas dilap.

"Ma..mama sa..sayang Yeonra," katanya dengan tangisan teresak-esak.

"Jungkook.. aku minta maaf. Sebenarnya Yeonra bukan anak kau. Dia juga bukan anak aku.. Anak kita dah lama tak ada, Jungkook."

Dia menangis di sisi Yeonra membuatkan bayi itu turut menangis sekali.

"Uwek! Uwek!"

"Maaf, Yeonra. Mama sebenarnya tak patut pisahkan Yeonra dengan mama dan papa Yeonra yang sebenar."

Hyuri mendekati laci meja tadi semula. Sebotol pil tidur diambilnya. Gambar Jungkook yang dewasa yang turut berada di atas meja itu ditatapnya buat seketika.

"Sampai bila-bila pun.. kita tak mungkin bersama, Jungkook... Aku tak nak sebab aku, ada hati yang terluka. Aku juga tak nak.. hidup bahagia di atas penderitaan orang lain. Hanah adalah orang yang lebih baik untuk kau, bukan aku.."

Sebotol pil tidur itu ditelannya sekali gus bersama air mata yang masih berlingan. Dia tak mampu untuk terus hidup lagi. Dia takut.. disebabkan dialah syurga yang diciptakan oleh Hanah dan Isyraf itu hancur. Dia tidak sanggup.

Tidak lama selepas itu, nafasnya mula terasa sesak. Dia umpama lemas dan berusaha mencari nafas. Tapi sayangnya tidak berjaya. Tubuh Hyuri akhirnya terbaring lemah di atas katil. Diari tadi erat berada dalam pelukannya. Pandangan yang terakhir dia lihat ialah Yeonra.

"Uwek! Uwek!" tangisan Yeonra semakin bergema.

***

"Jungkook.. kau yakin ke dengan keputusan kau ni?" soal Taehyung yang sedang memandu kereta berwarna merah tadi. Wajah Jungkook yang hanya menyepi sejak dari rumah Hanah tadi lagi dia pandang.

"Aku terpaksa.."

"Tapi wife kau tengah mengandung!"

Jungkook hanya terdiam. Matanya hanya memandang ke hadapan dengan pandangan kosong.

"Jungkook.. Sekejam-kejam aku, aku pun ada perasaan kesian juga tau? Lagi-lagi dengan orang yang tengah mengandung macam Hanah tu."

"Kau jangan nak tambah masalah aku, Taehyung."

"Aku bukan nak tambah masalah kau. Tapi kau kena ingat yang Hanah tu mengandungkan anak kau. Tapi kau? Nak pergi kahwin dengan perempuan lain pula."

Jungkook hanya mengetap bibir geram. Taehyung ni bukannya nak sokong dia kali ini tapi nak membebel pula.

"Dah lagi satu.. sejahat-jahat aku pun, aku tahu yang orang Islam haram disatukan dengan orang yang bukan Islam. Sampai bila-bila pun kau takkan sah kahwin dengan Hyuri kau tahu tak?"

"Taehyung.. please stop talking!" Jungkook meninggikan suara geram tetapi Taehyung hanya mengeleng perlahan.

"Sorry, Jungkook. Aku tak sanggup bila tengok kawan aku dah tersesat macam ni sekali. Kau tak patut tinggalkan Hanah. Dia perlukan perhatian kau.."

Kereta yang dipandunya itu terus dibuat u-turn oleh Taehyung bila tiba di jalan u-turn. Dia tidak sanggup. Seteruk-teruk perangai dia, dia juga ada perasaan kesian kepada wanita yang sedang hamil dan juga agama Islam seperti Hanah. Cukuplah kerana dia dulu Jungkook tersesat ke dalam neraka. Sekarang, dia sendiri akan membawa Jungkook untuk kembali ke jalan yang benar walaupun dia sendiri pun masih lagi dikategorikan lelaki yang lemah ilmu tentang Islam.

"Taehyung! Kau buat apa ni?" soal Jungkook dengan wajah yang diketatkan.

"I'm sorry, Jungkook. Aku tak sanggup tengok perempuan suci macam Hanah tu menangis sebab suami perangai macam kau ni!"

"Masalahnya sekarang.. Yeonra tu pun anak aku! Dia pun nakkan perhatian aku!" tengking Jungkook.

"Tapi Hanah isteri kau yang sah, Jungkook!" tengking Taehyung kembali.

Jungkook berdecit. Taehyung yang kini sama saja perangainya dengan Jimin, dua-dua tak puas hati dengan dia! Stereng yang digenggam Taehyung tadi dia pulas dengan kasar supaya kereta itu membuat u-turn kembali.

"Woi, Jungkook! Kau jangan buat kerja gila!" Taehyung menggenggam kuat pada stereng kereta supaya terus kekal pada jalan yang lurus. Jungkook perlu dibawa balik kepada Hanah semula.

"U-turn balik! Aku kena kahwin dengan Hyuri juga hari ni!" tengking Jungkook lagi lalu memulas lagi stereng kereta tadi.

"Wei Jungkook! Kau gila ke?"

"Aku tak kira kau kena u-turn balik!"

"Kau nak aku sembelih kau sekarang ke?"

Sedang mereka berdua bergaduh, tiba-tiba kereta yang dipandu mereka itu terkeluar dari laluan jalan raya dan,

BANG!









++++

Apa perasaan anda sekarang? 🌚









Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top