42 : Isyraf or Jungkook?
Badan Jungkook diletakkan di atas katil oleh Taehyung setibanya mereka berdua tiba di kondominium Taehyung.
"Tae.." panggil Jungkook sambil menarik-narik tangan Taehyung untuk tidur di sebelahnya.
"Hey gila!" terus tangan Jungkook ditepis kasar. Jungkook tergelak seketika lalu matanya mula terpejam rapat.
"Haih! Gelak-gelak lepas tu tidur?" Taehyung mengeluh. Badan Jungkook dia selimut. Kesian pula kalau Jungkook tidur dalam kesejukkan malam ni nanti.
Baru sahaja Taehyung hendak keluar dari bilik itu, tiba-tiba telefon yang berada dalam poket seluar Jungkook berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Taehyung menyeluk tangannya ke dalam poket seluar Jungkook dan mengambil telefon itu tanpa menganggu tidur Jungkook.
"Sayang?" Taehyung mengerutkan dahi sewaktu membaca nama yang tertera di skrin telefon Jungkook. Walaupun ianya dalam Bahasa Melayu, tetapi Taehyung sedikit sebanyak dapat memahami lagi-lagi maksud perkataan 'sayang'.
Taehyung menarik butang berwarna hijau di skrin telefon. Telefon itu didekatkan di telinga.
"Hello?" soal Taehyung.
"Abang? Eh tapi ni bukan suara abang," kata Hanah melalui talian.
"What?" soal Taehyung kerana tidak faham apa yang dikata Hanah memandangkan gadis itu lebih menggunakan Bahasa Melayu.
"Who is this? Where's my husband, Isyraf?"
Taehyung terdiam. Isyraf?
Matanya beralih pada Jungkook yang sudahpun tertidur di atas katilnya. Telefon tadi perlahan-lahan diturunkan, membiarkan sahaja panggilan tadi tergantung.
Beberapa minit selepas itu, panggilan tadi akhirnya terputus kerana Taehyung yang tidak bersuara. Oleh kerana rasa tertanya dengan diri Jungkook, Taehyung mula menekan galeri dalam telefon itu. Dia terkejut melihat gambar-gambar yang pernah diambil Jungkook sebelum ini.
Di dalam telefon itu, tiada satu pun gambar Jungkook bersama Hyuri. Malahan gambar-gambar Jungkook dengan seorang wanita muslim yang tidak dikenalinya saja memenuhi galeri.
Tangan yang memegang telefon itu dijatuhkan.
"Kau sebenarnya siapa, Jungkook?"
***
•
•
•
Jungkook perlahan-lahan membuka mata. Dia dekat mana ni? Bukan rumah dia, bukan rumah Puan Soojin, bukan apartment Hanah mahupun juga hotel.
Tiba-tiba, tekaknya terasa loya. Loya yang teramat. Baru dia teringat semalam dia minum terlalu banyak. Terus saja dia berlari menuju ke tandas. Seperti biasa, sinki tempat dia tuju lalu memuntahkan segala isi perutnya. Setelah pili air dibuka dan berkumur beberapa kali, dia memicit dahinya. Pening!
"Aku kat mana ni?" soalnya hairan.
Dia keluar dari tandas sambil bertahan pada dinding. Pening yang teramat masih lagi terasa.
Tiba-tiba, pintu bilik itu dikuak perlahan dari luar. Wajah Taehyung terpancul di hadapannya.
"Ha dah bangun pun kau! Nanti pergi makan aku, dah belikan kau makanan," kata Taehyung sambil memegang bungkusan makanan di tangannya.
"Taehyung? Kenapa aku ada kat rumah kau?" soal Jungkook sambil mengerutkan dahi. Pelik. Kenapa dia boleh berada dalam rumah Taehyung pula sekarang?
Taehyung tersenyum. "Bro, kita breakfast dulu jangan banyak cakap," kata Taehyung lalu menutup pintu bilik.
Jungkook melepaskan keluhan berat. Dia memandang jam di dinding. Sudah pukul 9.30 pagi. Semalaman dia tidak balik ke rumahnya dengan Hanah. Begitu juga dengan rumah Puan Soojin.
Telefon yang berada di meja kecil bersebelahan dengan katil itu dia ambil. Terdapat 20 panggilan yang tidak dijawab. 15 panggilan daripada Hanah dan selebihnya ialah daripada Hyuri. Jungkook membaling telefonnya itu di atas katil lalu menyembankan tubuhnya di situ. Rambutnya digenggam erat.
"Argh serabutnya!"
***
Taehyung memandang Jungkook pelik apabila lelaki itu sedang mengunyah makanan yang dia beli tadi tanpa henti. Sesekali dia meneguk air dengan gelojoh sekali. Taehyung nenongkatkan dagu dan memerhati tingkah laku Jungkook. Makanan miliknya pula langsung tidak disentuh.
Jungkook mendongakkan wajahnya dan melihat Taehyung yang sedang ralit memerhati dia.
"Kenapa pandang aku macam tu?"
"Kau nampak pelik."
"Pelik macam mana pula?" Jungkook menyambung kembali sarapannya.
"Kau nampak macam ada banyak masalah. Semalam kau datang kelab seorang diri. Lepas tu minum vodka dah nak habis sebotol dah aku tengok. Nasib baik waktu tu aku belum mabuk lagi. Tu pasal aku terus bawa kau ke kondo aku. Memang kau bahaya gila semalam. Siap ajak aku jadi kaum LGBT, partner kau lagi," jelas Taehyung. Jungkook membulatkan mata.
"Ha? Ye ke?"
"Ya lah! Nasib baik aku ni masih normal. Cepat-cepat aku tolak kau masuk bilik yang kau tidur tu semalam. Kalau tak memang kau dah ragut kesucian aku. Aish tak nak aku!"
Jungkook mempamerkan riak wajah jijik kepada Taehyung.
"Eh! Siapa nak dekat kau ha? Aku pun normal lah! Bukannya gay!"
"Tapi kau memang nak ragut kesucian aku pun semalam!"
"Tak payah nak merabanlah Taehyung! Macamlah aku tak kenal kau!"
"Kondo aku ni ada CCTV. Kau nak suruh aku tunjuk ke macam mana?" soal Taehyung. Kali ini Jungkook terdiam.
Jungkook mengetap gigi. Takkan sebab pengaruh vodka yang buat dia jadi tak waras macam tu? Bahaya betul minum minuman keras seperti vodka ini! Taehyung pun hampir dia tarik. Apa lagi kalau dia melihat perempuan-perempuan yang berada dekat dengannya?
"Kau tak nak share ke masalah kau dengan aku? Mana tahu aku boleh tolong. Kau tertekan sangat semalam. Lagipun aku ternampak.." kata-kata Taehyung terhenti.
"Nampak apa?"
"Aku nampak gambar kau dengan perempuan muslim dalam galeri phone kau," jawab Taehyung membuatkan Jungkook melepaskan keluhan berat.
"Banyak sangat masalah aku. Aku sendiri pun rasa dah macam orang gila sekarang."
"Kenapa?"
"The woman you see in my phone.. is my wife."
Taehyung membulatkan mata, terkejut.
"Bwoh? Jadi k..kau.." terus kata-kata Taehyung itu dipotong Jungkook.
"Yes.. I'm a muslim. Why? Terkejut?"
Mendengarkan pengakuan Jungkook itu membuatkan Taehyung mengerutkan kening Sungguh dia tidak percaya. Jungkook beragama Islam?
"My real name is Muhammad Isyraf Al-Firash. Tapi bila datang sini, aku terpaksa pegang dua sisi yang berbeza iaitu sebagai Isyraf, dan juga Jeon Jungkook, sisi yang aku tak pernah rela."
"Apa maksud kau?"
"Semasa aku hilang hari tu, kau dah tahu kan yang Hyuri mengandung anak aku?" soal Jungkook dan dibalas anggukan oleh Taehyung.
"Tapi sejak aku kemalangan kat Malaysia, aku mengalami amnesia. Waktu tu juga aku jumpa Hanah, isteri aku tadi. Dia yang jaga aku, bagi aku tempat tinggal sampailah aku peluk Islam dan bagitahu dia yang aku sebenarnya suka dia. Dan kami pun berkahwin. Tapi bila ingatan aku datang semula, aku datang sini untuk beritahu perkara sebenar dekat semua orang di sini. Tapi aku gagal bila tengok Hyuri yang dah lahirkan anak aku, Yeonra. Aku tak sanggup tinggalkan Hyuri lagi sebab Yeonra," jelas Jungkook panjang lebar.
Taehyung tertunduk. Dia tak sangka yang Jungkook sebenarnya terperangkap dalam masalah besar. Dia saja yang tidak tahu.
"Dan sejak aku datang ke sini juga, aku terpengaruh dengan kawan-kawan aku sampai aku hanyut tak timbul-timbul. Sampailah aku dah terbuat Deana pula yang mengandungkan anak aku," sambung Jungkook lagi.
Rasa bersalah mula menguasai diri Taehyung bila teringat kembali bahawa dia adalah salah seorang yang menarik Jungkook ke neraka. Apa dia telah buat?
Jungkook tersenyum sinis.
"Cuba kau berada dekat tempat aku sekarang. Apa kau rasa?" soal Jungkook.
Taehyung terus mendongakkan semula wajah dan memandang Jungkook.
"Jungkook, aku.. minta maaf. Aku tak patut cabar kau malam tu. Aku yang plan malam yang kau mula-mula minum vodka tu. Aku.. tak sepatutnya buat kau macam ni.. Aku..." kata-kata Taehyung dipotong lagi.
"Kau minta maaf untuk apa? Aku dah hancur,Tae! Lepas tu sekarang Yeonra pula yang sakit."
"Yeonra sakit apa?"
"Jantung berlubang. Mummy suruh aku kahwin dengan Hyuri cepat-cepat biar aku ada masa untuk Yeonra. Haha! Hanah pun tengah tunggu masa nak lahirkan anak aku. Deana pula tak habis-habis desak aku bertanggungjawab!" kata Jungkook sambil tergelak. Stress sangat sampai dia sendiri pun tergelak macam orang gila.
Taehyung memandang wajah Jungkook dengan simpati. Kenapa berat sangat dugaan dia?
"Lepas tu sekarang macam mana?"
Jungkook memejamkan matanya erat sebelum membuka semula.
"Dah tak ada cara lain lagi. Aku kena kahwin dengan Hyuri juga."
"Tapi Hanah?"
"Aku.. akan jadi Isyraf untuk Hanah dan aku juga akan jadi Jungkook untuk Hyuri.."
***
•
•
•
Hanah bermundar-mandir dalam biliknya sendirian. Dari tengah hari semalam lagi Isyraf tak balik-balik. Dia risau. Sudahlah panggilan dia semalam dijawab orang lain.
"Ya Allah.. mana pula dia pergi?"
Tiba-tiba, nama Jimin terlintas dalam minda. Tanpa berfikir dengan lebih lama, Hanah terus mencapai telefonnya dan mendail nombor telefon Jimin. Tidak lama selepas itu, panggilan itu diangkat.
"Assalamualaikum, Hanah. Kenapa call?"
"Waalaikummussalam, Raez. Erm saya nak tanya aje. Isyraf ada dengan awak ke tu sekarang?"
"Tak ada.. Kenapa pula ni?"
"Isyraf dari tengah hari semalam lagi tak balik-balik. Semalam saya call dia tapi orang lain yang jawab," jelas Hanah.
Jimin memicit kepalanya berkali-kali. Jangan kata yang lelaki itu buat hal lagi. Haih! Nak kena bagi penumbuk lagi Jungkook ni nampaknya.
"Siapa yang angkat call awak semalam?"
"Entahlah. Tapi suara tu macam-macam lelaki aje. Tak tahu laa pula siapa. Mungkin kawan dia kat sini kot. Awak rasa siapa?"
Jimin terdiam seketika. Siapa lagi kawan lelaki yang Jungkook ada kalau bukan dia, Jin dan Taehyung. Kalau Jungkook tidak ada dengan dia, mungkin saja dia ada dengan Jin atau Taehyung semalam. Mereka berdua tu sudahlah teruk, semakin teruk lagi kalau Jungkook ada sekali dengan mereka.
"Saya.. tak pastilah pasal tu. Tapi tak apa nanti saya cuba call dia lagi, okay? Jangan kuat sangat fikir pasal dia, dia ada kat sekitar ni aje pun. Awak just risau dekat kandungan awak saja," kata Jimin.
Hanah tersenyum manis. Jimin amat menitikberatkan tentang dia dan kandungan dia. Lelaki itu baik sangat. Tak hairanlah kalau Wardha sukakan dia sekalipun.
"Thanks, Jimin. Kalau ada apa-apa berita tentang Isyraf, don't forget to inform me."
"Haha okay! I'll inform you as soon as possible."
Setelah panggilan dimatikan, Jimin terus saja mendail nombor telefon Jungkook pula. Dia mengeluh berat. Betul dugaan dia. Jungkook hanya insaf buat sementara saja, bukan buat selama-lamanya. Apalah nak jadi dekat Jungkook ni. Dia pula yang jadi risau.
++++
Anda nak Taehyung masuk Islam ke tak dalam ff ni? Kalau ye, kenapa? [haa pilih pat!]
a.) Sebab nak tengok dia insaf
b.) Sebab nak tengok dia masuk syurga
c.) Sebab aku nak kahwin dengan Taehyung 😂
d.) Lain-lain jawapan (sila terangkan)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top