41 : Tears
Jungkook keluar dari kereta setibanya dia tiba di hadapan rumah Puan Soojin. Rasa berdebar semakin menjadi-jadi. Sudah hampir empat hari dia tidak balik ke sini kerana mahu menghabiskan masa bersama Hanah.
Hari ini dia betul-betul bersedia untuk memberitahu semuanya kepada Puan Soojin dan Hyuri. Dia juga bersedia untuk dihalau sekalipun asalkan dia tetap akan menjadi Isyraf buat selamanya. Semuanya demi tidak mahu memberi derita lagi kepada Hanah. Cukuplah dia meninggalkan perempuan itu dahulu dan merahsiakan tentang hubungannya dengan Hyuri.
Dengan berat Isyraf melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dalam hati, dia tidak berhenti-henti berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusannya.
Pintu rumah mula dibuka dengan perlahan tanpa diketuk. Hyuri dan Puan Soojin yang sedia ada di dalam terus memandang Jungkook yang berdiri di muka pintu.
"Jungkook!" jerit Hyuri lalu terus berlari ke arah Jungkook. Tubuh lelaki itu dia peluk sambil menangis-nangis.
"Hyuri.." dia cuba melepaskan pelukan dengan teragak-agak kerana tidak mahu menyentuh wanita ini lagi.
"Baru sekarang ke kau nak balik, Jeon Jungkook?" soal Puan Soojin dengan agak kasar. Matanya memandang tajam ke arah Jungkook. Geram pula dia memandang wajah Jungkook ni. Mana tak geramnya bila dah hampir empat hari Jungkook tidak balik rumah. Entah manalah lelaki ini pergi tidur.
"Mummy.."
"Jangan panggil aku mummy!"
Jungkook tergamam. Takkanlah Puan Soojin sudah tahu tentang diri dia yang sebenar? Jungkook menunduk memandang lantai apabila Hyuri sudahpun meleraikan pelukan. Dia redha.. Jika benar Puan Soojin sudah tahu tentang pengislamannya, dia sedia dimaki atau dibenci sekalipun. Asalkan dia tetap menjadi Isyraf iaitu suami yang sah kepada Hanah.
"Jungkook tahu tak pasal Yeonra? Dia menghidap penyakit jantung berlubang tahu tak?" kata Puan Soojin membuatkan Jungkook terus mengangkat wajahnya. Kening dikerutkan tidak percaya.
"A..apa?"
"Yeonra tu anak kandung Jungkook. Mummy dan Hyuri dah berkali-kali call Jungkook tapi tak jawab. Call office pun Namjoon tu cakap kamu busy. Sampai malam pun kerja lagi kononnya ada bahan barulah apalah. Mummy sendiri ke office kamu semalam dan tengok semua orang dah balik termasuk kamu sendiri. Kook pergi mana sebenarnya sampai tak balik dan abaikan anak sendiri?"
Jungkook menunduk ke bawah semula. Rasa bersalah mula menguasai dirinya. Oleh kerana dia mahu meluangkan masa dengan Hanah, Yeonra pula yang terabai.
"Oleh sebab Jungkook adalah ayah kepada Yeonra, mummy nak Jungkook jaga dia baik-baik. Dia anak kamu tahu tak?"
Jungkook hanya terdiam. Rasa bersalah kepada Yeonra semakin membuak-buak. Yeonra sakit, sedangkan dia? Sedang berseronok meluangkan masa dengan Hanah.
Niatnya datang ke sini untuk menjelaskan perkara sebenar kepada mereka terus lenyap. Dia tidak mampu untuk memberitahu perkara ini lagi bila tahu tentang Yeonra. Dia tak sepatutnya tinggalkan Yeonra pada waktu ini. Tapi bagaimana pula dengan Hanah yang akan lahirkan anak dia dua bulan lagi?
Ya Allah! Dugaan apa yang kau beri pada aku ni? Kenapa dugaan yang kau beri ini terlalu berat, Ya Allah. Aku.. tak kuat. Katanya dalam hati.
"Kalau Jungkook adalah anak mummy dan masih anggap Yeonra tu anak Kook, mummy nak Jungkook kahwin dengan Hyuri cepat-cepat supaya Kook dapat luangkan masa sepenuhnya dengan Yeonra," kata Puan Soojin lagi.
Jungkook mengangkat wajah dan memandang Puan Soojin sekali lagi dengan mata yang berkaca. Dia hanya mampu mengetap bibir. Tidak tahu apa perlu dia jawab lagi. Matanya juga sudahpun memerah menahan air mata daripada gugur.
***
Jungkook menghantukkan kepala beberapa kali di stereng kereta.
"Arghh!!" jeritnya kuat bersama linangan air mata yang laju. Nasib baiklah kesemua cermin kereta ini bertutup rapat. Orang yang berada di luar pun tidak mampu mendengar suaranya.
"Aku sebenarnya tak patut dilahirkan kalau kehadiran aku ni buat semua orang kecewa!"
Dia tak mampu menutup lagi kelemahannya. Air mata semakin lebat mengalir mencurah pipi. Bibir diketap erat. Dia menangis teresak-esak.
"Ya Allah! Kejamnya dunia ni pada aku!" Dia mula memejam matanya erat. Dia sedaya upaya menghentikan tangisannya yang sudah tersedu-sedu. Dia cuba kuatkan lagi hatinya. Benar, hidup ini tidak menjadi sekiranya tidak mengharungi apa-apa dugaan.
Tapi dugaan ni terlalu berat?
Tiba-tiba, telefonnya berdering menandakan panggilan masuk.
Cepat-cepat Jungkook mengelap air matanya menggunakan jari. Panggilan tadi terus dia jawab tanpa melihat nama pemanggil yang tertera.
"Hello?"
"Jungkook! Aku tak kira kau kena bertanggungjawab juga dengan kandungan ni. Ni baby kita tau?"
Jungkook menjauhkan telefonnya dari telinganya dan memandang nama si pemanggil.
Deana Jung?
Jungkook melepaskan keluhan berat sebelum mendekatkan kembali telefon itu di telinganya.
"Deana.. aku.." belum sempat Jungkook bersuara, Deana terus memotong percakapannya,
"Aku tak kira apa kau nak cakap, yang penting kau tetap kena bertanggungjawab juga. Kalau tak, kau tengoklah apa terjadi lepas ni," kata Deana bersisa sinis dibalik talian.
"Deana!"
"Tut tut tut.." panggilan dimatikan oleh Deana.
"Woi Deana!" jerit Jungkook tetapi sayangnya tiada balasan lagi dari Deana.
"Argh!" Jungkook terus membaling telefonnya itu ke cermin hadapan kereta. Dia mencengkam rambutnya kuat. Sekali lagi matanya berkaca.
"Argh! Aku benci hidup aku!"
Dia mula menghantukkan lagi sekali kepalanya di stereng kereta. Sakit otak? Itulah yang dirasa Jungkook.
***
•
•
•
Jungkook menghentikan keretanya di hadapan sebuah bar. Kini dia datang ke sini dengan kerelaan hatinya, bukan atas sebarang paksaan. Matanya juga sudahpun memerah akibat tangisan petang tadi.
"Betul kata Jimin, aku memang syaitan. Sebab tu lah hidup aku selalu merana. Dan syaitan macam aku ni langsung tak layak ke syurga. Tempat aku di sini aje, neraka!"
Pintu kereta terus dia buka. Setelah pintu kereta ditutup rapat dan dikuncinya, dia berjalan masuk ke dalam kelab tanpa rasa segan silu.
Buat apa aku nak segan? Neraka kan tempat aku? Sampai bagi aku berjuta-juta masalah. Aku layak ke sini je bukan syurga. Baik aku mati dalam neraka terus. Katanya dalam hati.
Setibanya dia di dalam kelab malam itu, matanya melilau melihat adegan keji manusia yang sememangnya jauh dari sisi Allah. Jungkook memejam matanya erat.
"Yes.. Neraka yang panas.. memang layak untuk syaitan macam aku.." katanya perlahan lalu tersenyum sinis walaupun dalam dirinya terselit seribu satu kesedihan.
Dia mendekati kaunter dan mula memesan vodka. Dia tidak kuat lagi untuk bertahan sebagai Isyraf yang terpaksa mengharungi berjuta-juta dugaan. Semuanya hanya kerana kisah silamnya bersama Hyuri yang berlarutan sehingga Deana turut terbabit sekali. Begitu juga dengan pertemuannya dengan Hanah yang akhirnya memberi penderitaan kepada gadis itu.
Dia lemah. Ya memang, Jeon Jungkook memang lemah!
Taehyung yang berada dari jauh, memandang Jungkook yang keseorangan sedang meneguk vodka dengan rakus. Sesekali lelaki itu tergelak seperti orang gila. Kali ini dia kelihatan sangat tertekan jika nak dibandingkan dengan sebelum ini.
Taehyung berjalan mendekati dia.
"Jungkook, are you okay?" soal Taehyung. Hairan pun ada dengan Jungkook ni. Sudah lama dia tidak datang ke sini. Tapi hari ni? Dia tiba-tiba datang ke sini, seorang diri pula tu dan minum banyak lagi. Malahan lebih banyak daripada sebelum ini.
"Hey, Taehyung. Come here, baby. Haha!" kata Jungkook sambil tergelak apabila dia perasan dengan kehadiran Taehyung di sebelah dia. Tangannya mula menarik leher Taehyung membuatkan wajah lelaki itu terdorong mendekati wajah Jungkook. Wajah mereka berdua cuma berjarak seinci sahaja.
Taehyung membulatkan mata dan meneguk liur. Jantungnya terasa berdebar yang teramat. Pipinya juga mula terasa panas membahang. Jungkook ni dah kenapa?
"Taehyung.. Aku dah bosan dengan perempuan lah. Kalau aku nak kau saja yang jadi partner aku malam ni nak tak?" soal Jungkook sambil tersengih nakal. Kedua-dua belah keningnya diangkat beberapa kali.
"Gila kau Jungkook! Aku waras lagi! Aku bukan kaum LGBT, okay? Kenapa dengan kau ni?" Taehyung terus menolak dada Jungkook sehingga pelukan di lehernya tadi terlepas.
"Hahaha!" Jungkook tergelak besar. Dirinya kini dikuasai hebat oleh vodka yang diminumnya membuatkan dia mabuk teruk. Mabuk teruk yang teramat!
"Kau ni dah parah, Jungkook."
Jungkook menuangkan lagi vodka ke dalam gelasnya. Belum sempat dia mengambil gelas itu, Taehyung terus menepis tangannya.
"Dah jangan minum lagi! Kau dah betul-betul parah ni!"
Tanpa berfikir panjang, Taehyung terus menarik tangan Jungkook sehingga lelaki itu berdiri di hadapannya. Bahu Jungkook terus dia papah keluar dari kelab itu.
"Tae nak bawa Kook ke bilik ke? Hahaha!"
Taehyung berdecit. Nampaknya Jungkook ni dah tak waras sekarang. Dia perlu keluarkan lelaki ini secepat mungkin sebelum perkara lain pula yang terjadi nanti. Cukuplah dia mengandungkan Deana saja. Asal tiada orang lain pula yang jadi mangsa dia nanti.
++++
Anda rasa Taehyung ni jahat ke baik orangnya? 🌚
Aku pun kejap-kejap nangis masa type part ni. Tapi kejap-kejap aku tergelak macam orang gila. Aku seorang je ke rasa yang macam ni? 😂😂😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top