33 : Drunk

"Hanah dah yakin dengan keputusan Hanah. Hanah nak cari Isyraf," kata Hanah membuatkan Wardha dan Darwisy memandang antara satu sama lain.

"Tapi.." terus kata-kata Darwisy dipotong.

"Abang.. baby ni perlukan papa dia. Dah tujuh bulan, Abang Darwisy. Isyraf tak balik-balik lagi. Hanah risau.."

Air matanya mula bergenang. Hatinya nekad untuk mencari Isyraf. Dia sudah janji dengan anak yang dikandungnya itu untuk lahirkan dia dengan adanya Isyraf di sisi dia.

"Akak nak pergi seorang ke?" soal Wardha. Hanah sekadar mengangguk.

"Akak akan ambil cuti tahunan dua minggu untuk cari Abang Isyraf," kata Hanah.

"Nah akak. Wardha harap dia dapat bantu akak bila akak sampai Korea nanti," kata Wardha sambil menghulurkan Hanah sekeping nota kecil yang tertulis nombor telefon seseorang.

"Nombor siapa ni?"

"Raez.."

"Raez?" Hanah mengerutkan dahi hairan. Siapa pulak Raez ni?

"Jangan risau. Akak kenal dia," jawab Wardha sambil tersenyum manis. Hatinya bahagia sangat sejak dapat tahu tentang pengislaman Jimin.

"Tapi akak tak pernah berkenalan dengan orang yang nama Raez ni."

"Muhammad Redzuan Danish, dia Park Jimin. Dia baru memeluk Islam sebulan lepas," kini Darwisy pula yang menjawabnya.

Hanah menekup mulut tidak percaya. Jimin, kawan lama Jungkook itu ke? Dia dah memeluk Islam?

"Alhamdulillah.. Tahniah Wardha. Akhirnya dia dapat juga hidayah."

Tangan Wardha digenggam Hanah erat. Wardha sudahpun tersenyum manis. Cukuplah hampir empat tahun lelaki itu tinggalkan dia tanpa khabar berita. Kini dia hadir dengan menjadi seorang yang jauh lebih baik dari sebelum. Inilah dipanggil keajaiban yang Allah beri.

"Lepas tu.. macam mana dengan hubungan dia dan Wardha sekarang?" soal Hanah lagi.

"Dia cakap, dia perlu belajar banyak lagi tentang Islam. Dia tak nak lah bimbing Wardha dengan iman yang gitu-gitu saja katanya. Sebab dia takut dia yang cepat lalai," jelas Wardha membuatkan Hanah tersenyum.

Bagus betul pemikiran Jimin. Dari awal-awal lagi dia bertindak sebab takut imannya akan cepat lemah. Jadi jalan terbaiknya adalah belajar dengan lebih banyak dulu agar tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak membawa faedah.

***

Jungkook berjalan terhuyung-hayang seperti orang tidak betul. Ya memang dia sudah seperti orang yang tidak betul lagi bila botol arak berada di tangannya.

"You're so sweet, baby.." kata Jungkook sambil tergelak kecil. Badannya yang tidak stabil itu dipapah Hyuri yang juga sedang mabuk teruk, sama seperti dia.

"You are more sweet, dear."

Hyuri dan Jungkook berjalan menuju ke bilik hotel yang sedia ada di tingkat atas club yang selalu dia lepak itu.

Mereka berdua seperti tidak sedar langsung. Maklumlah tadi mereka membuat party besar-besaran bagi menyambut hari jadi Taehyung. Minuman keras yang diminum mereka juga tiada sukatan lagi. Mereka semua sudah mabuk teruk.

Pintu hotel itu dibuka. Hyuri dan Jungkook masuk dengan keadaan yang masih lagi terhuyung-hayang. Sesekali tangan mereka menahan pada dinding apabila terasa tubuh tidak stabil.

***

Deana melihat pregnancy test di tangannya lalu menekup mulut tidak percaya. Air mata juga mula bergenang. Pregnancy test itu menunjukkan dua garis lurus.

Sejak kejadian yang berlaku pada malam bulan lepas itu, dia langsung tidak wujudkan diri di kelab lagi. Buat apa kalau dia datang kalau Jungkook pun turut ada di sana? Majlis hari jadi Taehyung tadi pun dia tidak datang.

Apa perlu dia buat sekarang? Dia sudah mengandungkan anak Jungkook. Semuanya sebab kebodohan diri dia sendiri yang cepat sangat terasa dengan situasi Jimin dan Hyuri malam itu.

Tangannya terketar-ketar menekan telefon.

"Hello, Jimin.."

"Haa? Kenapa?" soal Jimin melalui talian.

"Kita jumpa esok. Ada benda penting aku nak bagitahu," jawab Deana.

"Tak boleh bagitahu sekarang ke?"

"No! This is really important! Please.." rayu Deana. Dia berharap sangat dia dapat berjumpa Jimin kali ini. Sudah jarang sekali dia berjumpa dengan lelaki itu.

"Hmm.. okay," jawab Jimin malas. Kenapa pula perempuan ni tiba-tiba nak jumpa dia?

"Dekat Shinee Cafe ye?" tanpa sempat Jimin menjawab "okay", Deana terus meletakkan telefon.

Jimin yang berada di balik talian mengerutkan dahi hairan. Apa kes Deana ni? Nampak penting sangat sampai dia bercakap tadi pun bernada gelisah.

***

"Astaghfirullahalazim, abang. Sampai hati abang buat macam ni?" Hanah mengalirkan air mata apabila melihat suaminya yang amat dia cintai itu kini berada sebilik dengan perempuan lain iaitu Hyuri.

"Hanah.. Abang boleh jelaskan," kata Jungkook lalu mendekati Hanah yang berada di muka pintu. Hyuri yang berada di atas katil dipandang buat seketika sebelum memandang wajah Hanah semula.

"Apa salah Hanah, abang? Kalau Hanah ada salah sekalipun, teruk sangat ke salah Hanah sampai abang kena sebilik dengan perempuan lain? Hanah kecewa sangat dengan abang!"

"Abang minta maaf, Hanah.." Jungkook menunduk. Rasa bersalah menguasai dirinya.

"Abang tahu tak yang Hanah dah lama tunggu abang kat rumah? Tapi abang langsung tak balik-balik. Jadi ni ke kerja abang selama ni?"

"Hanah.." Jungkook cuba memegang tangan Hanah untuk menenangkan isterinya itu tetapi lantas ditepis.

"Maaf.. Hanah pergi dulu," kata Hanah lalu terus berlari pergi dari situ.

"Hanah, tunggu!" jerit Jungkook lalu mengejar Hanah.

"Jungkook!" jerit Hyuri pula tetapi langsung tidak diendah Jungkook. Yang berada dalam fikirannya sekarang hanyalah Hanah, tiada lagi nama Hyuri.

Setibanya Jungkook di muka pintu bilik, langkahnya terhenti saat kelibat Hanah tidak lagi kelihatan. Malahan keseluruhan tempat ini bertukar menjadi bara api.

"Argh panas!" jerit Jungkook apabila dia sudah memijak bara api. Permandangan di dalam hotel tadi juga sudahpun bertukar menjadi warna merah tatkala dikelilingi oleh api yang panas.

Matanya meliar mencari Hanah. Panas di kaki dek bara api tadi dia hiraukan. Kelibat Hanah dicari lagi.

"Kau langsung tak layak untuk Hanah. Sebab kau sebenarnya syaitan, bukan manusia."

Jungkook terperanjat mendengar suara yang menyapanya dari arah belakang. Walaupun kakinya sudah terbakar, dia tetap juga gagahkan diri untuk memusingkan tubuh ke belakang.

Alangkah terkejutnya dia bila melihat dirinya sendiri yang sedang memakai jubah putih berada di hadapan.

"Kenapa kau matikan aku, Jeon Jungkook?" soal lelaki yang berwajah Jungkook itu.

Jungkook tergamam. Mulutnya seperti terkunci untuk menjawab soalan itu.

"Aku Muhammad Isyraf Al-Firash yang kau matikan dulu, Jeon Jungkook," kata lelaki itu lagi.

"A..aku.." belum sempat dia bersuara, kelihatan Hanah yang berada jauh dari di hujung sana sedang menangis teresak-esak.

"Hanah.."

"Hanah!" terus Jungkook membuka matanya dan bangun dari pembaringan.

Dadanya dipegang apabila terasa jantungnya berdegup dengan kencang. Dia memejamkan matanya erat.

Nasib baik mimpi. Tetapi.. kenapa dia bermimpi semacam itu?

Jungkook memandang ke sebelah. Kelihatan Hyuri sedang nyenyak tidur dengan tubuhnya elok dibaluti comforter.

Jungkook cuba mengingati kembali dimana dia dan Hyuri sedang mabuk teruk semalam. Sekali lagi dia memejam mata erat. Apa sudah dia buat?

Sesekali tekaknya terasa loya. Mungkin kesan dari minuman keras yang diminumnya semalam. Jungkook bergegas bangun dari katil dam berlari menuju ke tandas.

Setelah pintu tandas dia kunci, sinki tempat dia tuju lalu memuntahkan segala isi perutnya. Sejurus itu wajahnya dibasuh dan rambutnya digenggam erat. Dia memandang pantulan wajahnya di cermin.

"Apa kau dah buat, Jeon Jungkook?"

Matanya dipejam erat. Air mata mula bergenang di tubir mata. Kemudian, dia perlahan-lahan membuka matanya kembali. Kelihatannya matanya itu sudahpun memerah kerana menahan tangis.

"Aku dah hancur..." dia mengeleng perlahan tidak percaya dengan perbuatan dirinya sendiri.

Ya Allah. Adakah aku manusia yang paling teruk dalam dunia ini? Aku jahil, Ya Allah.. Gumamnya di dalam hati.









++++

Anda rasa Jungkook ada masa untuk insaf? 🌚

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top