32 : Trapped

WARNING!

SAYA MOHON.. AMBIL WUDHU DULU SEBELUM BACA 😭😭😭




—————————————————

Perlahan-lahan mata dibuka. Terasa pening yang teramat. Walaupun dia terasa loya tetapi masih lagi dapat ditahan. Tidak seperti waktu mula-mula dia meminum minuman keras itu.

Jungkook bangkit dari baringannya. Tempat yang dia berada sekarang bukan lagi bilik tidur di rumah, tetapi tempat lain. Ianya hotel.

Dia memandang ke sebelah. Dia terperanjat apabila melihat seorang perempuan sedang tidur di sebelahnya.

"Deana?"

Dia mencebikkan mata tidak percaya. Semalam dia mabuk teruk. Apa sudah berlaku?

"Erghh.. jangan kata aku dah.." dia mengusutkan rambutnya kasar.

Bantal di sebelahnya dia ambil dan dibalingkan pada Deana.

"Wey bangun!" katanya dalam Bahasa Korea memandangkan Deana ini tidak sama dengan Hyuri yang boleh memahami Bahasa Melayu.

Deana yang terasa dirinya didesak untuk bangun itu perlahan-lahan membuka matanya. Dia memandang Jungkook yang sedang memandangnya gelisah. Terus dia bangkit dari pembaringan. Dia terkejut melihat di sekeliling.

"Jungkook?"

"Aku yang sepatutnya terkejut. Kau buat apa dekat aku semalam?" soal Jungkook dengan suara yang ditinggikan.

"Ha?" Deana ternganga tidak faham. Dia cuba mengingat kembali apa yang berlaku semalam.

Jungkook mabuk teruk. Dia pun mabuk juga dan hanya mengikut emosi marahnya apabila melihat Jimin bersama dengan Hyuri semalam.

Deana mengeleng perlahan. Sejahat-jahat dirinya selama ini, dia tidak pernah berbuat perkara terkutuk sebegini. Dirinya sama saja seperti Hyuri, hidup bebas dan bersosial tetapi tidak pernah pula dia rela untuk korbankan dirinya seperti perempuan murahan.

Deana mengusutkan rambutnya kasar. Dia keliru. Apa perlu dia buat sekarang?

"Kau yang.. datang dekat dengan aku semalam kan?" soal Jungkook sambil cuba-cuba ingat kejadian semalam.

"Kita berdua mabuk, Jungkook! And.. aku sendiri pun tak ingat apa-apa dah lepas tu.."

"Aish.. kau ni.. Erghh!" Jungkook hanya mampu berdecit. Bantal di tangannya terus dia baling ke dinding. Dia sedaya upaya mengawal perasaan amarahnya.

Mereka berdua yang mabuk semalam. Semuanya salah diri masing-masing. Bagaimana kalau Hyuri tahu semua ini?

Jungkook turun dari katil dan mencapai pakaiannya.

"Kau nak pergi mana?" soal Deana apabila Jungkook sudahpun berada di pintu bilik itu untuk keluar.

"Nak balik."

"Hey jantan tak guna! Kau tak boleh tinggalkan aku macam ni! Kau kena bertanggungjawab!" jerit Deana membuatkan Jungkook melepaskan keluhan berat.

"Sorry.. Kau yang goda aku bukan aku yang datang pada kau," jawab Jungkook selamba.

Deana berdecit.

"No way! Kau dah.." terus kata-katanya terhenti sewaktu Jungkook membuka pintu bilik itu dan melihat Hyuri yang berdiri di situ.

Hyuri membulatkan mata terkejut. Begitu juga dengan Jungkook yang sudah terkaku di hadapan Hyuri.

"What is this, Jungkook?" soal Hyuri kepada Jungkook sambil menggigit bibirnya tatkala air matanya hampir keluar.

Jungkook hanya terdiam. Mindanya sudah tepu untuk berdalih lagi.

"I asked you what is this, Jungkook?" soal Hyuri lagi. Tangannya terus menggenggam kolar baju yang dipakai Jungkook.

"Hyuri.. I boleh explain.."

Tangan Jungkook perlahan-lahan menurunkan tangan Hyuri yang sedang erat menggenggam kolar bajunya.

Hyuri mengeleng perlahan.

"No.." dia terus berlari pergi dari situ meninggalkan Jungkook.

Jungkook memandang Deana yang sedaya upaya menutup badan menggunakan comforter. Sekali lagi Jungkook berdecit.

"Semua ni salah kau!" lalu Jungkook terus berlari pergi dari bilik itu. Langkahnya dilajukan untuk mengejar Hyuri.

"Hyuri, wait!" jeritnya membuatkan langkah Hyuri yang masih berada tidak jauh darinya itu terhenti. Terus tangan perempuan itu dia capai.

"Kau nak apa lagi, Jungkook? Aku dah penat dengan kau! Penat sangat!" kata Hyuri dengan kasar. Tangan Jungkook yang memegangnya terus dia tepis.

"Hyuri, listen here.." Jungkook sedaya upaya memegang tangannya kembali walaupun berkali-kali ditepis Hyuri.

"Stop it, Jungkook. I penat dengan you! Sekarang I dah tahu siapa you sebenarnya. Jimin dah ceritakan I semuanya. You have converted to Muslim, right?" soal Hyuri membuatkan Jungkook tergamam.

"Don't worry, Jungkook. I bukan macam perempuan lain yang terhegeh-hegeh nak dekat orang yang dia sayang. Kalau you betul-betul convert, you cakap aje. I tak marah. I memang tak suka you nak convert tapi kalau you dah convert sebelum pengetahuan I, I cannot do anything!. And kalau betul Jimin kata yang you ni dah kahwin, I sedia undur diri! I tak nak jadi perampas suami orang. I boleh saja jaga Yeonra tu seorang diri macam mana I mengandungkan dia tanpa adanya you dulu!" kata Hyuri panjang lebar. Nada suaranya juga ditinggikan.

Jungkook terdiam seketika. Dia bagai sudah kekosongan idea. Apa perlu dia jawab?

"Dan lagi satu, pasal you dengan Deana tadi.. What is this? Kalau you betul-betul convert kenapa you masih tipu semua orang dan diri you sendiri sampai you dah terbuat perkara keji?" soalan pedas dianjurkan Hyuri kepada Jungkook membuatkan Jungkook mengeleng perlahan.

"I tak tahu pasal tadi. I sedar-sedar aje Deana ada kat sebelah. Please trust me, Hyuri. I only love you," terang Jungkook.

"Tapi you dah convert kan? You tak boleh buat macam ni," kata Hyuri dengan gigi yang diketap.

Jungkook melepaskan keluhan berat. Jimin tidak habis-habis nak masuk campur urusan dia.

"Please trust me. I tak pernah convert pun. Sebab masa I hilang ingatan hari itu pun I dapat rasa kehadiran you dalam hidup I," jelas Jungkook sedikit sebanyak membuatkan hati Hyuri terkesan.

"Takkanlah you tak tahu yang Jimin tu memang tak puas hati dengan you dari dulu lagi? Mungkin saja.. Jimin tu sebenarnya suka dekat you sebab tu dia reka cerita macam-macam nak bagi kita putus," sambung Jungkook lagi.

Hyuri terdiam. Pertemuannya dengan Jimin tempoh hari dimana Jimin yang sanggup bertanggungjawab ke atas kandungannya bermain kembali. Ditambah lagi dengan hati Jimin yang nekad berkata Jungkook dah Islam dan sudahpun berkahwin. Seperti Jimin pula yang ingin memutuskan hubungan dia dengan Jungkook.

Tubuh Hyuri ditarik ke dalam pelukan Jungkook.

"I love you.. I never forget you. Pasal Deana, sumpah I tak tahu apa-apa pun. Kitaorang mabuk semalam," kata Jungkook dengan nada yang lembut.

"I minta maaf. Mungkin sebab I yang takut I akan hilang you lagi sekali." Hyuri menunduk bersalah.

"Hyuri.. Kita kahwin?"

Hyuri melepaskan pelukan dan memandang wajah Jungkook.

"Serious?" soal Hyuri lalu dibalas anggukan oleh Jungkook. Hyuri tertunduk memandang lantai lalu mengukir senyuman bahagia. Sekali lagi wanita itu ditarik dalam pelukan Jungkook. Jungkook mengusap rambut Hyuri dengan lembut.

"I tak nak ada orang kacau hubungan kita lagi. Jadi lebih baik kita kahwin saja," kata Jungkook.

Walau bagaimanapun, hatinya tetap rasa kosong. Dia tidak mahu tinggalkan Hyuri tapi bagaimana pula dengan Hanah kalau dia tahu suaminya bersama orang lain?

Abang takkan lupakan Hanah. Hanah tetap akan jadi isteri abang sampai bila-bila. Maaf sebab buat sayang macam ni. Abang tak dapat lari dari kesilapan masa silam abang sendiri. Bisiknya di dalam hati.

Jungkook menunduk. Jauh dari sudut hati, cintanya hanya untuk Hanah. Tapi dia sedaya upaya terima Hyuri semula kerana kesilapan masa lalunya yang membuatkan Yeonra lahir ke dunia. Semua ini demi Yeonra.












++++

Jeon Jungkook or Park Jimin? 🌚

Sebenarnya aku kesian dengan readers yang broken sangat baca cerita ni 😭 maafkan saia kerana kejam buat watak Jungkook yang hanat gitu 😭 bukan nak mendera tapi inilah storyline yang aku rancang sebelum aku start tulis cerita ni lagi. Aku memang plan nak buat Jungkook ni perangai hanat sebelum dia bertaubat. Maaf 😭

Penpik ni dijanjikan hepi ending 💗 Isyraf akan kembali cuma agak lambat sikit :') harap dapat menunggu 😘

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top