31 : Jealous
"Kenapa kau tak selamatkan dia?" soal seorang perempuan yang sedang mengandung kepada seorang doktor lelaki. Doktor itu amat dikenali Hanah iaitu Doktor Fattah.
Doktor Fattah menunduk bersalah.
"Maafkan saya, puan. Pihak kami tidak dapat selamatkan suami puan," jelas Doktor Fattah.
Hanah yang berada bersama mereka hanya mampu terdiam. Dia faham sangat akan perasaan wanita mengandung itu bila kehilangan orang yang disayang.
Tiba-tiba kedua-dua belah tangan Hanah dipegang wanita itu. Hanah terkaku buat seketika.
"Doktor.. dia suami saya. Mesti doktor pun faham apa yang saya rasa sebab doktor pun pregnant juga kan?" soalnya dengan nada yang terdesak.
Hanah terdiam. Tipulah kalau dia tak faham. Sedangkan suaminya sendiri pun meninggalkan dia tanpa khabar berita.
Hanah mengangguk perlahan.
"Saya faham. Tapi puan kena sabar ye? Mungkin ni ujian yang Allah bagi pada puan. Banyakkan berdoa biar roh suami puan tinggi darjatnya di sisi Allah," kata Hanah sekadar memberi nasihat.
Wanita itu memejamkan mata erat. Sedih. Dia mengandungkan anak pertama dengan suaminya tetapi suaminya pula yang meninggal dalam kemalangan. Dia melurut dadanya perlahan sambil beristighfar.
"Teruskan berdoa, puan. Jangan berhenti," sambung Hanah lagi sambil menggenggam tangan wanita itu.
Tindakan lemah lembut Hanah yang mahu menjaga hati pesakit di hospital itu sedikit sebanyak berjaya menenangkan hati wanita tadi. Wanita tadi mengangguk perlahan bersama air mata.
"Terima kasih, doktor.."
Hanah tersenyum.
"Sama-sama."
Terus sahaja nama Isyraf terdetik di hati Hanah. Dia yang sedang mengandungkan anak lelaki itu tetapi Isyraf pula yang tidak balik-balik. Dia juga berharap supaya nasib Isyraf di sana tidak sama seperti suami wanita ini.
Walau bagaimanapun, kalaulah Isyraf tidak menerima nasib sebegini sekalipun, dia tetap tidak balik-balik juga. Kehidupan Hanah sebenarnya tiada beza dengan wanita tadi iaitu ditinggalkan oleh orang yang paling mereka sayang dan perlu.
Ya Allah. Tunjukkan Muhammad Isyraf Al-Firash jalanmu. Janganlah engkau sesatkan dia di sana. Selamatkanlah dia dari apa-apa bencana.. Kuatkanlah iman dia. Dan temukanlah aku dengan dia sebagaimana engkau telah jodohkan aku dengan dia dahulu. Janganlah kau runtuhkan syurga kami, Ya Allah.. Amin ya rabbal al-amin.
Dia mengaminkan doanya di dalam hati. Hatinya terasa sebak. Sebak yang teramat. Dia amat rindukan Isyraf namun lelaki itu pula tiada khabar berita mahupun angin.
Apa yang berlaku pada Isyraf?
***
•
•
•
Jimin memandang dari jauh kelakuan mereka yang pernah menjadi sahabatnya dulu. Dari jauh lagi sudah kelihatan jelas mereka seperti sudah leka dengan dunia yang bagaikan syurga ini.
Muzik kuat dari kelab malam ini membingitkan lagi suasana. Kalau nak diikutkan hati, memang haram bagi Jimin untuk menjejakkan langkahnya ke sini. Tapi semuanya demi Jungkook, dia datang ke sini
Walaupun dari awal lagi dia dipesan agar tidak mencampur tangan dalam urusan lelaki itu, tetapi Jimin tetap datang ke sini. Niatnya untuk membawa Jungkook berubah menjadi baik tidak pernah luntur. Lagi-lagi dia seperti sudah rasa dengan perasaan Hanah yang masih berada di Malaysia.
Jimin gagahkan diri untuk mendekati mereka berlima.
Setelah langkahnya tiba di hadapan mereka, mereka semua terkejut dengan kehadiran Jimin di situ.
"Jimin?" soal Hyuri tidak percaya bahawa lelaki itu datang ke sini. Jimin tidak menghiraukan dia sebaliknya matanya tertancap pada Jungkook sedang meneguk wine. Dia kelihatan sudahpun separa mabuk tetapi masih lagi dapat menyedari kehadiran Jimin di situ.
Astaghfirullahalazim.. Gumam Jimin di dalam hati.
"Hey baby. I miss you so much. Mana kau pergi selama ni haa Jimin?" soal Deana yang baru tiba di situ. Lengan kiri Jimin terus dipeluknya erat sambil menggesel wajahnya di bahu.
Jimin berdecit tatkala dia terasa jijik dengan tindakan Deana. Dia terus menolak Deana sehingga pelukan itu dilepas.
"Don't touch me!" Jimin memandangnya tajam sebelum matanya beralih pada Jungkook. Dia harus keluarkan Jungkook sekarang juga.
"Hey Jimin! Why not kau spend time dengan kitaorang sekejap? Kita dah lama tak jumpa kan?" soal Jin dan soalan itu disokong Taehyung yang berada di sebelahnya.
Jimin tersenyum sinis.
"Korang nak buat macam ni dekat Jungkook boleh laa but not me. Aku takkan tertipu lagi dengan helah bodoh korang yang sengaja nak tarik orang ke neraka tu," kata Jimin dengan tegas.
"Let's go, Jungkook! This is not your place!" Jimin mula menarik lengan Jungkook untuk pergi dari situ.
"Aah.. I don't wanna go.." kata Jungkook sambil menarik kembali lengannya membuatkan badannya jatuh ke sofa semula.
"Jungkook tolong sedar. Kau tak sepatutnya ada kat sini!"
Kedua-dua belah pipi Jungkook ditampar perlahan supaya Jungkook sedar dari separa mabuknya.
"He doesn't want to follow you. Because he loves this place now," kata Taehyung sambil membuat high five dengan Jin. Sejurus itu, mereka berdua tergelak sakan.
Jimin hanya memandang mereka tajam sebelum matanya kembali pada Jungkook semula.
"Jungkook.. Tolong.. ingat Allah, Isyraf. Ingat tuhan kita. Hiraukan diaorang," kata Jimin perlahan pada Jungkook.
Jungkook mula membuka mata kuyunya dan memandang Jimin dengan pandangan sayu.
"Just go, Jimin. Aku.. dah hancur," katanya perlahan namun masih lagi dapat didengari Jimin. Mindanya juga perlahan-lahan tidak berfungsi.
"Jimin, we need to talk," Hyuri yang baru tiba di sebelahnya terus menarik tangan dia keluar dari kelab itu.
"What do you want?" soal Hyuri tak puas hati apabila mereka berdua tiba di luar bar. Bunyi muzik di luar ini sudahpun kurang berbanding di dalam.
"Listen here, Hyuri. I don't want anything! You have to know about this, Jungkook is already married. Dia sudah ada isteri dekat Malaysia. Aku minta sangat Hyuri.. tolong lepaskan dia," jelas Jimin.
Hyuri mengeleng perlahan.
"Kau jangan tipu aku lagi. Aku takkan percayakan kau lagi. Kalau memang betul dia ada isteri, kenapa dia datang sini cari aku?" soal Hyuri tegas.
"Jungkook datang sini sebab dia nak jelaskan perkara sebenar pada kau. Tapi sebab kau yang dah lahirkan anak dia, dia ubah fikiran!"
Hyuri terdiam seketika. Sedikit sebanyak hatinya terasa.
Situasi Jungkook dipaksa oleh Deana dan Jin untuk menelan wine dahulu masih segar di ingatannya walaupun pada waktu dia sedang mabuk. Tapi dia tetap mampu ingat semua kejadian itu.
Dan hari seterusnya dia terjumpa aplikasi Muslim Pro di dalam telefon Jungkook. Dulu dia hanya fikir lelaki itu hanya mahu menukar agamanya. Tetapi mungkin juga Jungkook sudahpun memeluk Islam sewaktu di Malaysia. Dan semua ini adalah di luar pengetahuanya.
Pada malam itu juga, Jungkook sekali lagi dipaksa untuk masuk ke kelab oleh dia sendiri. Kata-kata Jungkook tempoh hari, "This is not my place anymore," bermain di mindanya. Kata-kata Jungkook itu umpama bar ini adalah haram baginya.
Dan pada malam itu juga iaitu semasa dia membawa Jungkook yang dalam keadaan mabuk itu balik ke rumah. Perkataan 'sayang' tempoh hari amat mencurigakan dia. Sudah lama Jungkook tidak memanggil dia dengan nama itu.
"Take note, Hyuri. Percayakan aku, Jungkook tu ada banyak rahsia dengan kau. Dia bukan lagi Jeon Jungkook yang kau rindu dulu. Tapi dia Muhammad Isyraf Al-Firash. Dia datang sini tanpa satu pun titik hitam dekat hati dia," kata Jimin.
Hyuri hanya mampu terdiam. Rasa bersalah kerana membawa Jungkook ke sini tempoh hari mula menguasai.
Sejurus itu, Jimin terus berjalan pergi meninggalkan Hyuri sendirian. Hyuri hanya terkaku dan memandang setiap pergerakan Jimin yang semakin jauh dalam setiap saat.
"Kenapa kau buat macam ni, Jungkook?"
***
Deana yang memerhati perbualan Jimin dan Hyuri dari jauh sedikit sebanyak membuatkan hatinya hancur dan remuk. Takkanlah Jimin memilih Hyuri dari dia?
Dengan fikiran yang bercelaru, dia kembali duduk di tempatnya tadi di dalam kelab tadi. Wine diteguk dengan rakus tanpa menghiraukan lagi orang di seleliling lagi. Segelas per segelas wine diteguk. Kemudian, vodka pula diisi ke dalam gelasnya sebelum diteguk lagi.
Matanya bersinar. Kejadian Jimin dan Hyuri tadi menimbulkan rasa sakit dalam hati dia.
Kenapa Jimin masih boleh pandang muka Hyuri? Sedangkan dia? Jimin mengelak saja.
Deana mencebik geram. Dari mula-mula Jimin menjadi sebahagian dari mereka lagi dia mahu Jimin itu menjadi miliknya. Cuma lelaki itu saja yang selalu menjauhkan diri. Sehinggalah Jimin sudah lama tidak datang ke situ.
Fikirannya bercelaru. Dia amat sukakan Jimin tetapi lelaki itu pula tidak pernah memandang dia. Sekarang, Hyuri pula sedap saja jumpa dia dan berbual soal apa entahlah dia pun tidak dengar.
Wine diteguk lagi. Kepalanya sudahpun merasa pening. Sudah berapa gelas dia meneguk wine pada malam ini. Matanya liar memandang sekelilingnya. Akhirnya pandangan dia jatuh pada Jungkook yang kelihatan mabuk teruk di tempat yang tidak jauh darinya. Deana tersenyum sinis.
Kau nak ambil Jimin aku sangat kan, Hyuri? Let's play a game. Aku boleh ambil kau punya Jungkook.
Deana yang separa mabuk itu tersengih sinis sebelum berjalan mendekati Jungkook. Tempat di sebelah lelaki itu dia ambil.
"Hey Jungkook.."
Sebelah tangan Deana mula merayap pada dada Jungkook manakala tangannya yang sebelah lagi pula mengusap lembut bahu lelaki itu.
Jungkook memandangnya sambil tersenyum manis.
"Hey girl.. Do you wanna play?" soal Jungkook sinis. Mindanya umpama mati. Dia sendiri pun tidak sedar dengan apa yang berlaku sekarang. Semuanya disebabkan minuman keras yang mereka minum.
Deana membalas senyumannya. Dirinya yang separa mabuk itu hanya mengikut emosi dan hanya akan memburukkan dirinya sendiri. Dia tidak mahu berganjak pergi malahan tidak henti menggoda Jungkook yang sememangnya sudah mabuk teruk itu.
++++
Apa citer Jeon ngan Deana ni? 🌚
Nah double update! ♥
Fyi, kehanatan Jungkook semakin menjadi-jadi. Harap anda boleh bawak bertenang dan istighfar banyak-banyak
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top