30 : Heaven
"Oh my god. He looks so innocent." Deana tergelak sambil melagakan gelas wine yang dipegangnya dengan Taehyung.
"Where are you from, boy? I hope we can be friends," kata Jin sambil tersenyum manis tetapi bersisa nada sinis.
Jungkook pula hanya tersenyum sinis sambil sebelah tangannya diletakkan di bahu perempuan lain. Manakala Hyuri pula sudahpun tergelak seorang diri akibat mabuk teruk.
Jimin mengetap bibir. Kehadirannya di kelab ini bukanlah kehendak dia. Tetapi tuhan saja yang tahu apa yang dia rasa. Dia kecewa kerana hubungannya dengan Wardha ditentang hebat oleh Tuan Park. Begitu juga dengan ibunya yang tidak habis-habis membawa masuk lelaki ke dalam rumah.
"Just enjoy your day Mr. Park Jimin. You will like it. Your parents didn't love you anymore. No need to waste your tears just for them. They won't care about you," bisik seorang lelaki asing bersut hitam kepada Jimin sambil tersenyum sinis.
Jimim menggulingkan mata. Lelaki ini adalah salah seorang lelaki yang dibawa masuk oleh ibunya ke rumah.
Melihat kepada tempat yang semestinya menjadi tempat hiburan dan melalaikan ini, sedikit sebanyak impian sebenar Jimin luntur. Impian untuk memeluk Islam atas dasar mencintai agama itu kian pudar kerana keadaan yang dilaluinya amat mendesak dia untuk menjauhi semua itu.
Jimin memandang tajam lelaki tadi,
"Kau boleh pergi. Aku tak nak tengok muka kau lagi!" kata Jimin membuatkan lelaki itu tersenyum sinis. Bahu Jimin ditepuk beberapa kali sebelum beredar meninggalkannya.
Daddy and mummy nak sangat tengok Jimin hancur kan? Let's see! Gumamnya di dalam hati.
Baru sahaja Jimin ingin mendekati Jin yang mempelawanya untuk menjadi rakannya tadi, bahunya terus dipeluk oleh seseorang. Jimin memandang gadis yang memeluk bahu itu.
"Hye. I'm Deana Jung. What's yours?" Deana menghulurkan sebelah tangannya lagi kepada Jimin sambil tersenyum manis.
Jimin yang masih terasa segan itu hanya menyambut huluran tangannya.
"Park Jimin."
"Eyyo Jimin! Welcome to us!" jerit Taehyung sambil mendepakan tangan, mengalu-alukan kedatangan Jimin.
"Just sit here," kata Jungkook sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya kepada Jimin. Jimin mengangguk perlahan lalu mengambil tempat di situ.
"If you really want to be one of us, you should drink this first," kata Taehyung sambil tersengih sinis.
Deana terus menuangkan wine ke dalam gelas kecil dan dihulurkan kepada Jimin. Dengan teragak-agak dia mengambil gelas itu dari tangan Deana.
Jimin memejamkan mata serapat mungkin. Dia yang terlalu mengikut emosi sehingga dia sendiri yang rela untuk melihat dirinya hancur. Niat sucinya sebelum ini terus dia lupakan apabila dia seperti dihasut hebat untuk memusnahkan diri dia sendiri. Tanpa berfikir panjang lagi, wine yang dipegangnya itu dia teguk.
***
Jimin mengetap bibir sambil mengeleng laju. Menyesal yang teramat. Kerana ego dan amarahnya hari itu, dia terjebak dalam dunia syaitan yang penghujungnya hanyalah ada kegelapan sahaja.
"Mummy.. I'm sorry.."
Rambut Jimin diusap lembut oleh Puan Park yang berada di sebelahnya di meja makan dalam rumahnya. Puan Park tersenyum manis.
"Mummy faham apa kamu rasa. Maafkan mummy sebab selalu bawa lelaki masuk rumah kita dulu sampai buat anak mummy jadi macam tu. Mummy yang jahat.."
Puan Park menunduk. Rasa bersalah semakin membuak. Terasa air matanya mula bergenang di tubir mata. Dia yang kecewa dengan hidupnya dahulu sampai tidak sengaja mengheret anaknya ke dalam dunianya sekali.
"Mummy tak salah. Langsung tak salah. Tapi daddy yang salah buat mummy macam ni. Mummy jangan risau sebab Jimin takkan jejakkan kaki ke tempat tu lagi. That's not my place anymore," kata Jimin lalu tubuh Jimin terus dipeluk Puan Park.
"Mummy tak halang kamu ke sana kalau hati kamu cekal dengan niat baik."
Jimin memandang wajah ibunya sambil mengerutkan dahi.
"Mummy tahu anak mummy tak kejam macam orang lain. Kalau Jimin rasa mampu dan kuat, tariklah kawan-kawan kamu balik ke jalan yang benar. Sebab kita yang melihat saja tanpa bertindak apa-apa ini pun akan turut disoal di akhirat nanti," jelas Puan Park.
Jimin menunduk memandang lantai. Nama Jungkook terus terlintas di mindanya. Dia tak boleh biarkan lelaki yang sudah beragama Islam itu balik kepada zaman kegelapannya.
Jimin mengangguk perlahan sambil tersenyum kelat.
Jungkook perlu menjadi Isyraf semula. Tidak kisah walaupun Jungkook sendiri yang menentangnya, dia akan tetap berusaha juga semampu yang dia boleh untuk menyedarkan lelaki itu dari terus hanyut.
***
•
•
•
Sudah enam bulan Hanah sendirian di rumah. Isyraf langsung tidak menelefonnya atau menanya khabarnya.
Perutnya yang berada di dalam telekung sembahyang yang dipakainya juga sudah menampakkan dia seperti ibu mengandung. Dia mengusap lembut.
"Mama tak pernah lupakan papa. Mama akan jumpa papa sebelum baby mama ni lahir. Mama janji semasa mama lahirkan sayang, papa akan ada dekat sebelah."
Air matanya mula mengalir di pipi. Sudah beberapa kali diseka tetapi mengapa air matanya ini masih lagi mengalir?
Dia mula mengangkat tangan dan berdoa di atas bentangan sejadah.
"Ya Allah.. aku rindukan dia. Tempatkanlah Isyraf dikalangan orang yang berhati suci. Jangan engkau lalaikan dia, Ya Allah."
Hanah memejam matanya erat menahan sebak di dada. Dia hanya mampu mengaminkan doa solat Isyak dengan air mata.
Segala kisah dia bersama Isyraf dulu berputar kembali. Kisah dimana Isyraf yang tidak henti-henti berusaha untuk buat dirinya diterima Hanah.
Sesekali Hanah tersenyum dalam air mata. Hari terakhir Isyraf berada bersamanya sebelum ke Korea juga bermain di minda. Saat itulah dia terasa berat untuk melepaskan lelaki itu pergi seorang diri.
Ya Allah kau kuatkanlah hati aku untuk terima semua dugaanmu ini. Aku perlu jaga anak aku, Ya Allah. Doanya di dalam hati pula.
Al-Quran yang sedia ada di hadapannya dia capai. Perlahan-lahan di membaca surah Al-Fatihah bagi memulakan bacaan surah yang lain.
"Bismillahirahmanirrahim.."
Dia memejamkan mata erat tatkala air mata semakin lebat mengalir. Ya Allah kau kuatkanlah hati aku. Gumamnya lagi di dalam hati.
Sejurus itu, ayat Al-Quran yang dibacanya itu dihiasi bersama esakan tangisan. Apa yang dia harapkan adalah kepulangan Isyraf. Dia amat rindukan suaminya. Tapi itulah, dia sendiri pun tidak tahu apa yang berlaku pada suami dia.
***
•
•
•
"Asy hadu al-laa ilaaha illallah wa asy hadu-anna Muhammadar Rasulullah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
Lafaz Jimin dengan wajah yang kosong. Air matanya mengalir dengan laju membasahi pipi. Air mata itu dibiarkan begitu saja tanpa diseka.
"Alhamdulillah. Awak dah sah menjadi salah seorang dari umat Islam," kata seorang ustaz yang berada di hadapannya.
"Alhamdulillah.." tubuh kaku Jimin terus dipeluk Puan Park. Wanita tua itu juga sudahpun mengalirkan air mata bahagia. Akhirnya Jimin memeluk juga agama Islam atas kerelaan hati dia sendiri. Sejak Puan Park memeluk Islam, dia tidak pernah berhenti menceritakan Jimin tentang kelebihan yang akan dapat.
Jimin membalas pelukan Puan Park.
"Mummy sayangkan anak mummy, Muhammad Redzuan Danish," kata Puan Park membuatkan Jimin tersenyum manis.
"Reaz pun sayangkan mummy, Jannatul Adawiyah."
***
•
•
•
"Those who didn't join us were stupid! Don't they know that our life is like.. in heaven? Hahaha!" kata Jin sambil tergelak memandangkan mindanya kini seakan sudah mati kerana terlebih minum.
"Yeah. Like in heaven!" kata Hyuri yang sudahpun separa mabuk.
Jungkook sudahpun menyandarkan belakangnya di sofa. Mindanya kosong. Dia baru sahaja meneguk soju.
Sejak dia dicabar hari itu, dia berubah. Dia bukan lagi Muhammad Isyraf Al-Firash tetapi Jeon Jungkook. Tiada lagi alunan syahdu bacaan Al-Quran dari suara merdunya. Tiada lagi sujudnya pada Allah S.W.T. Tiada lagi nama Allah yang hadir dalam hatinya. Semuanya kerana dia yang terasa dirinya yang gagal.
Dia umpama sudah seratus peratus dipengaruhi oleh bisikan syaitan yang sedaya upaya meracun hatinya. Isyraf yang baik dan berhati suci seakan mati. Timbul Jungkook yang hidup hanya mementingkan kebebasan.
Semuanya disebabkan kehadirannya ke sini. Dia bagai didesak untuk kembali menjadi Jeon Jungkook yang hidup dalam kegelapan.
"Jungkook.. I love you so much.." Hyuri menyembankan wajahnya di dada bidang Jungkook dengan keadaan mabuk.
Jungkook yang sudah tidak sedar itu mula mengusap perlahan rambut Hyuri.
"I love you too, Hyuri.."
Dia memandang redup wajah Hyuri yang sudah tertidur di atas dadanya. Mungkin dulu dia masih fikir ini dosa. Tapi sekarang, tidak lagi. Imannya runtuh dengan begitu saja.
++++
Siapa rindukan Isyraf dekat sini? 🌚
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top