28 : The Truth
"Ahahaha!" Jungkook tergelak kuat dengan matanya yang sudahpun menjadi kuyu. Mindanya sudah tidak berfungsi lagi tatkala dirinya sudah dikuasai minuman keras yang diminumnya membuatkan dia mabuk teruk. Tubuhnya dipapah Hyuri ke bilik tidurnya di rumah. Lelaki itu direbahkan di atas katil.
"Just sleep, dear," kata Hyuri sebelum berjalan pergi dari situ. Nasib baiklah dia tidak minum banyak sangat tadi. Lagipun dia cepat-cepat meminum air coke untuk menghilangkan rasa mabuk.
Baru sahaja dia tiba di muka pintu, langkahnya terhenti bila terdengar suara Jungkook yang sedang berkata perlahan dalam keadaan masih tidak sedarkan diri.
"Abang cintakan sayang.." kemudian lelaki itu terus melelapkan mata.
Hyuri terkaku buat seketika. Sayang? Setahu dia, 'sayang' itu adalah panggilan manis dalam bahasa Malaysia.
"Tapi dia tak pernah pun panggil aku 'sayang' selepas dia balik sini hari tu."
Hyuri mengerutkan dahi hairan. Jungkook seperti ada sorokkan sesuatu daripada dia.
Hyuri cepat-cepat mengeleng, menepis segala perasaan negatif terhadap Jungkook. Yang dia tahu, Jungkook hanya sayangkan dia saja, bukan orang lain.
***
•
•
•
"Hanah okay tak ni?" soal Darwisy kepada Hanah apabila wanita itu menyinggah restoran yang diusahakan oleh dia dan Isyraf itu. Sekarang ni pun dia sempat datang ke sini kerana waktu rehat. Nasib baiklah jarak restoran itu dengan hospital dia bertugas tidak terlalu jauh.
Hanah mengeleng perlahan. Air matanya terus gugur tatkala sudah tiga hari Isyraf tinggalkan dia tanpa khabar berita. Telefon tak diangkat. Lelaki itu hanya membalas Whatsapp dengan ayat yang curiga.
"Isyraf reply ni aje.." Hanah menghulurkan Darwisy telefon pintar. Telefon itu bertukar tangan. Darwisy hanya mengetap bibir setelah membaca chats itu.
"Gagal apa maksud dia?" Darwisy hairan.
"Itulah yang Hanah pelik. Hanah takut.." kata-kata Hanah seakan tersekat di kerongkong, tidak sanggup menuturkan ayat selanjutnya.
"Takut apa?"
"Takut dia sebenarnya nak cakap yang dia gagal jadi suami Hanah."
"Astaghfirullahalazim Hanah! Jangan fikir macam tu. Positif sikit. Mana tahu dia gagal terangkan perkara sebenar dekat family dia ke apa?"
Darwisy melurut dadanya. Mengucap panjang dia dibuatnya. Hanah menunduk.
"Dia dah tahu Hanah mengandungkan anak dia?" soal Darwisy. Hanah hanya mengeleng perlahan.
"Angkat call pun tak. Whatsapp pun susah sangat nak seen. Macam mana Hanah nak bagitahu dia?" soal Hanah.
Darwisy terdiam seketika. Betul juga apa yang dikata Hanah.
"Hanah sabar ye? In syaa Allah Isyraf akan balik secepat mungkin. Doakan dia dapat selesaikan urusan dekat sana dengan baik." Darwisy hanya mampu memberi nasihat kepada perempuan itu. Hanah mengangguk.
***
•
•
•
Jimin membuka aplikasi Whatsapp di dalam telefon bimbitnya. Kelihatan group chats yang dihuni oleh rakan-rakannya iaitu, Taehyung, Jin, Hyuri dan Deana kini terdapat banyak chats yang masih belum dibuka.
Jimin menekan group chats yang bernama Savage Hell Friendships. Setiap chats semalam dia baca.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat chats yang dibualkan oleh mereka bertiga itu. Berpuluh-puluh gambar Jungkook yang sedang mabuk menjadi bualan hangat mereka.
Jimin ternganga disaat melihat gambar-gambar itu.
Park Hyuri:
[picture]
Park Hyuri:
[picture]
Taehyung Raver 🌚:
Woot woot our innocent Jungkookie! 😝
Deana Jung:
Finally, he comes back!
Seokjin Hipster 🌚:
Well, this is our job, guys!
Park Hyuri:
[picture]
Park Hyuri:
[picture]
Jimin mengeleng perlahan tidak percaya. Jungkook kelihatan mabuk teruk. Dia melurut dadanya perlahan.
"Apa mereka buat? Aish bodohnya kau Jimin! Kenapa kau tak ada semalam? Kalau kau ada, mesti perkara ni tak akan berlaku!"
Dia memarahi dirinya sendiri. Dia sepatutnya ada di night club semalam untuk selamatkan Jungkook tetapi ianya tidak. Dia dari semalam lagi hanya duduk terperap di rumah sampai tidak membuka telefon pun.
Dia juga tidak tahu yang mereka akan buat macam ini sekali kepada Jungkook atas mahu mengembalikan Jeon Jungkook yang dahulu.
"Tak! Aku kena jumpa Jungkook! Ya Allah! Kesian Hanah kalau dia tahu pasal ni.."
Jimin terus menutup telefonnya dan segera bersiap untuk ke rumah Jungkook. Dia kena kembalikan Muhammad Isyraf Al-Firash, bukan Jeon Jungkook. Kawan-kawan yang ada di club itu langsung tidak layak untuk Isyraf lagi.
***
Setelah loceng rumah ditekan beberapa kali, Jimin mengetuk jari di bumbung keretanya apabila tiada orang lagi yang membuka pintu pagar kepadanya.
Beberapa minit kemudian, Puan Soojin berjalan menuju ke pagar rumah.
"Eh Jimin! Marilah masuk," pelawa Puan Soojin ramah apabila sudah lama dia tahu bahawa Jimin adalah salah seorang dari kawan baik Jungkook.
"Baik, auntie. Terima kasih," kata Jimin sambil tersenyum. Pagar itu dibuka lalu Jimin melangkah masuk ke dalamnya.
Apabila dia tiba di pintu masuk rumah agam itu, langkahnya terhenti sewaktu melihat Hyuri sedang berdiri tegak di situ dengan wajah yang masam mencuka.
"What are you doing here?" soal Hyuri dengan tegas.
"I wanna meet Jungkook."
"But he doesn't want to meet you."
"Just go away, Hyuri. I wanna meet Jungkook!" tegas Jimin.
"Apa bising-bising ni?" soal Puan Soojin sambil mencebikkan mata kepada mereka berdua.
"Auntie, please halau dia. Dia penipu! Dia tipu Hyuri cakap Jungkook tu macam-macam masa kat Malaysia. Dia yang cakap Jungkook dah kahwin lain dan lupakan Hyuri, auntie." Adu Hyuri kepada Puan Soojin membuatkan Jimin mencebik geram.
Kalau macam ni lah perangai Hyuri, tak sepatutnya dia menolong gadis ini dulu. Tak sedar orang tolong dia, lepas tu menuduh dia penipu pula.
"Betul ke Jimin?" soal Puan Soojin kepada Jimin. Jimin menarik nafas panjang sebelum melepaskannya. Nampaknya dia tidak boleh biarlah perkara ini berlanjutan lagi. Mereka perlu tahu cerita yang sebenar.
"Yes I lied her. Tapi bersebab. Kalau auntie nak tahu, selepas Jungkook kemalangan hari tu, dia dah kahwin dengan orang lain. Dia kahwin dengan orang Islam yang jauh lebih baik dari perempuan ni!" katanya sambil menunding jarinya kepada Hyuri.
"What?" Puan Soojin mengeleng perlahan sambil menekup mulutnya tidak percaya.
"And now, Jungkook is Muslim. His name is Muhammad Isyraf Al-Firash. No more Jeon Jungkook! Saya tipu dia kata Jungkook dah lupakan dia sebab saya takut dia akan apa-apakan rumah tangga Jungkook. Itu saja!"
Segala yang terluah dalam hatinya dia hamburkan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Nak harapkan Jungkook yang beritahu semuanya, sampai khiamat pun lelaki itu tidak akan jujur kepada Puan Soojin lagi-lagi pula bila Yeonra hadir sebagai anak dia bersama Hyuri.
"Ergh.." Puan Soojin mula merintih kesakitan sambil tangan kirinya memegang dadanya.
"Auntie!" jerit Hyuri lalu mendapatkan Puan Soojin yang sudahpun rebah ke lantai.
"Hyuri.." kata Puan Soojin buat kali terakhir sebelum matanya dilelapkan.
"Ni semua sebab kau!" marah Hyuri kepada Jimin. Jimin hanya mengetap bibir. Dia juga tidak sangka perkara ini akan berlaku. Rasa bersalah kepada orang tua itu semakin menguasai diri.
++++
Adakah anda sedang merindui kebabian Jungkook? 🌚
HEY IM BACK! 😘 Dah habis ke stress ke wahai readers? Aku datangkan chapt ni yang lebih pada part Jimin supaya semua orang boleh menenangkan hati 😄
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top