27 : Ignorance
Berita harian memaparkan dakwaan Encik Jeon Jungoo terhadap pembaca LIK yang habis-habisan mengecam lakonannya dalam cerita tersebut.
"Apa pandangan Encik Jungoo bila dikecam hebat oleh readers?"
— kokocrush
"Sa-saya terluka.. Janganlah kecam saya.. Saya berlakon saja.. hiks.." — Jeon Jungoo
———————————————————
"Kring!"
Bunyi jam loceng membingitkan suasana di dalam bilik Jungkook. Tanpa melihat waktu yang tertera, dia menekan butang off jam loceng itu. Jam loceng berhenti berdering.
Jungkook menggeliat kecil. Dia membuka matanya perlahan dan melihat sekitar biliknya. Pada waktu yang sama juga, dia terasa kepalanya berdenyut dengan sangat kuat. Sakit!
"Ergh!" rintihnya lalu cuba bangun dari pembaringan dengan perlahan-lahan. Rasa pening semakin menjadi-jadi membuatkan dia terasa loya.
Terus dia bangun dari duduknya dan berlari menuju ke tandas yang tersedia ada di dalam biliknya.
Sinki tempat dia tuju sebelum memuntahkan segala isi perutnya. Pili air dibuka laju lalu terus dia membasuh wajah.
Wajahnya ditatap di hadapan cermin tandas itu. Kelihatan wajahnya nampak penat sangat dan matanya juga sedikit bengkak seperti tidak cukup tidur.
"Apa yang terjadi?" soalnya sendirian. Tiba-tiba, rasa pening tadi datang kembali membuatkan dia termuntah lagi.
***
Jungkook keluar dari tandas dengan keadaan terhuyung-hayang keletihan. Sesekali dia bertahan pada dinding apabila terasa dirinya hampir tumbang. Pening masih lagi menguasai.
Jam di dinding dipandangnya.
"Ha? Pukul 12 tengah hari? Ya Allah solat subuh!"
Tiba-tiba, kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar. Berkali-kali pintu itu diketuk.
"Jungkook.. Are you there? Please open the door," kata Hyuri dari luar.
Jungkook berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pintu biliknya. Pintu biliknya itu dia buka. Kelihatan Hyuri tercegat di hadapan pintu itu.
"You okay ke tak ni?" soal Hyuri bila melihat wajah Jungkook yang sudahpun pucat lesi. Tangan Hyuri terus menyentuh dahi Jungkook.
"Tak panas pun. Perhaps this is just the effect of your drunkenness last night."
"Ha? Apa?" soal Jungkook bengang. Dia cuba mengingati semula kejadian semalam.
Night club? Dipaksa minum? Wine?
Jungkook menutup mata serapat yang mungkin sambil mengetap bibir. Astaghfirullahalazim apa telah aku buat?
"Dah dah pergi mandi. I nak you teman I," kata Hyuri.
"Nak pergi mana?" soal Jungkook hairan.
"Teman I shopping. Cepat!" Hyuri menolak tubuh Jungkook sehingga lelaki itu terdorong ke dalam bilik. Pintu itu terus ditutup oleh Hyuri dari luar.
Jungkook melepaskan keluhan berat sebelum mengunci pintu biliknya. Dia menyerabutkan rambut.
"Maafkan aku, Ya Allah.."
Dia terus menuju ke katil dan mencapai telefonnya. Aplikasi Whatsapp terus dia buka dan menuju ke ruang chat antara dia dengan Hanah.
Me:
Hanah.. Maafkan abang
Me:
Abang sayang Hanah
Baru saja dia mula menaip ayat seterusnya, pintu biliknya diketuk dari luar membuatkan dia terperanjat. Ayat pendek yang sempat ditaipnya ditekan butang send secara tidak sengaja.
Me:
Abang gagal..
"Jungkook! I know you tak bersiap lagi kan? Faster!" jerit Hyuri dari luar.
"Okay fine!"
Tanpa sempat dia melihat balasan dari Hanah, dia terus menuju ke tandas untuk membersihkan dirinya.
Sayang 💕:
Abang gagal apa?
Sayang 💕:
Apa maksud abang? Hanah tak faham
Sayang 💕:
Abang? Are you there?
***
"Kita nak pergi mana ni?" soal Jungkook apabila dia tiba di dalam kereta Hyuri.
"I've told you kita nak pergi shopping kan? Kenapa dengan you ni? Nyanyok eh?" Hyuri tergelak kecil lalu menghidupkan enjin keretanya.
Suasana di dalam kereta itu menjadi sunyi buat seketika. Jungkook hanya mendiamkan diri walaupun kadang-kadang Hyuri cuba memulakan perbualan. Pandangannya dialihkan ke luar tingkap kereta. Dalam dirinya dipenuhi rasa bersalah. Bersalah yang teramat.
"You kenapa diam ni? Sejak you balik sini I nampak you lain sangat. Rambut dah hitam. Cakap tak banyak," kata Hyuri. Tetapi sama seperti tadi Jungkook hanya mendiamkan diri.
Hyuri berdecit. Geram pun ada bila ditanya tetapi soalannya diabaikan.
"Allahuakhbar allahuakhbar."
Oleh kerana Jungkook yang lupa mute telefonnya, suara azan Zohor yang datang dari aplikasi Muslim Pro yang dimuat turunnya itu kedengaran.
Pada waktu yang sama, kereta yang dinaiki mereka itu berhenti apabila lampu isyrat bertukar kepada warna merah.
"You ada application tu? Wow! Since when?" soal Hyuri terkejut. Sesekali dia tergelak.
"Hyuri, hormat sikit," kata Jungkook.
"Do you want me to respect it? Are you kidding me?"
Hyuri terus merampas telefon dari tangan Jungkook. Notifikasi azan Zohor itu segera dia tutup. Kemudian, aplikasi itu juga dia padam tanpa izin Jungkook.
"Hyuri!" Jungkook agak meninggikan suara. Sakit hati.
"You ni dah kenapa, Jungkook? You nak ikut Jimin nak convert to Muslim juga ke? You have to think about yourself. Jimin tu tak apalah dia nak masuk Islam nanti pun sebab dia ada Wardha. You ada siapa? We are born like this so we don't need to change."
Hyuri menghulurkan kembali telefonnya.
"Sesiapa yang nak memeluk agama Islam bukan sebab manusia. Tapi untuk Allah. You jangan salah faham, Hyuri," kata Jungkook dengan agak tegas.
"You know everything? Nice, Jeon Jungkook! Apa doktor yang selamatkan you hari tu ajar you kat sana ha? What's her name? I tak ingat. Hani? Hanis?" soal Hyuri sambil meneruskan perjalanannya semula apabila lampu isyarat bertukar kepada warna hijau.
Jungkook hanya mengetap bibir tanpa menjawab soalan Hyuri. Geram pun ada. Sabar Isyraf.. Demi Yeonra. Gumamnya di dalam hati.
***
•
•
•
Sudah berapa kali Jimin menelefon ibunya. Sejak dia balik dari Malaysia hari itu lagi ibunya menghilang diri dengan begitu saja bersama sekeping notis yang ditinggalnya di bilik.
Mummy sayang Jimin. I'm sorry, Jimin. I have to go. I don't mean that I want to leave you.. Mummy terpaksa. Cukuplah hidup mummy sensara sejak menjadi isteri kepada daddy kamu sehingga bercerai.
Don't worry.. I'll be back. Mummy harap anak mummy boleh terima dengan perubahan mummy nanti. Take care, sayang.
Jimin mengetap bibir menahan air mata dari keluar. Dia cuba untuk kuatkan hati lelakinya tetapi akhirnya gagal jua apabila air matanya mengalir.
"Sudahlah daddy buat Jimin macam ni. Sekarang mummy pula yang tinggalkan Jimin?"
Kertas itu dikoyaknya kasar. Geram yang teramat!
"Ya Allah teruk sangat ke manusia seperti aku yang sememangnya jauh dari kau tetapi cuba untuk dekat dengan kau?"
Dia menyandarkan belakangnya di sofa. Dia sedih. Sedih yang teramat. Mungkin ibunya tinggalkan dia sejak mengetahui tentang hubungannya dengan Wardha.
"Ya Allah kenapa aku tidak dilahirkan sebagai Islam?"
Dia memejamkan mata erat. Air mata yang mengalir langsung tidak diseka.
***
•
•
•
"Kita nak pergi mana pula ni, Hyuri?" soal Jungkook apabila Hyuri memandu keretanya ke arah jalan yang bertentangan dengan rumahnya.
Waktu juga sudah menjelang Maghrib. Sejak tengah hari tadi lagi dia dibawa oleh Hyuri ke merata-rata tempat selepas pulang dari mall.
"I tak nak you cakap yang you nak convert to Muslim. You ada I buat apa you nak convert lagi? Now, I want you to enjoy! Because I miss my old Jungkook."
Keretanya diajukan ke arah yang paling dia kenal. Ini jalan menuju ke night club ataupun lebih tepat lagi disco yang sememangnya menjadi tempat syaitan berbisik.
***
"Let's go! Turunlah!" arah Hyuri apabila Jungkook tidak mahu turun dari kereta.
"No! This is not my place anymore!" kata Jungkook dengan nada yang agak keras.
Hyuri hanya tersenyum sinis sebelum keluar dari keretanya. Dia menuju pula ke tempat sebelah pemandu iaitu tempat Jungkook.
Pintu kereta itu dibuka lalu ditariknya bahu Jungkook untuk keluar dari kereta itu.
Jungkook berdecit sebelum terdorong keluar dari kereta.
"If you love me, please follow me.."
Hyuri mencebik lalu memeluk tangan Jungkook. Jungkook memejamkan mata sambil mengetap gigi. Sakit hati! Dia sudah tepu untuk bertindak apa-apa lagi dan akhirnya dia hanya mengikut saja Hyuri berjalan masuk ke dalam kelab.
Setibanya mereka berdua di dalam kelab, Deana, Jin, Taehyung dan bersama beberapa orang lagi perempuan lain sudah berada di situ. Mereka semua terus berdiri untuk menyambut kedatangan Jungkook.
"Guys! Our innocent Jungkookie is coming!" jerit Taehyung.
"Woo! Innocent Jungkookie!" sorak mereka semua dengan kuat sambil tergelak sakan.
Semakin lama semakin goyah iman yang ada pada Jungkook. Sedikit sebanyak hatinya retak bila diperlakukan seperti ini. Kawan-kawannya itu seperti sudah merancang semuanya. Hyuri juga sama. Mereka benar-benar mahu Jungkook kembali menjadi Jungkook yang dahulu.
Jungkook memandang tajam ke arah mereka. Geram yang teramat. Bunyi bising dari muzik yang bagai memecahkan gegendang telinga dalam kelab malam ini langsung tidak menjadi perhatiannya.
"Kau semua memang nak aku jadi Jeon Jungkook yang perangai macam syaitan tu ke?" soal Jungkook sambil menahan geram.
Hatinya tercabar. Tercabar yang teramat. Mereka semua seperti inginkan Jungkook yang dulu, bukan yang sekarang.
"Wow! Is this our innocent Jungkookie? So cute!" jerit Deana pula manakala Jin pula hanya tersengih sinis.
Maafkan abang, Hanah. Sempat dia mengucapkan kata maaf di dalam hati sebelum botol vodka yang sedia di hadapannya itu dia ambil.
"Is this what you want?"
Botol vodka itu terus diteguk rakus tanpa menghiraukan lagi siapa dirinya yang sekarang. Akhirnya runtuh jua syurga yang diciptanya sebelum ini. Syurga yang dicipta sejak dia melafazkan kalimah syahadah. Kini syurga itu mungkin tidak dirindukan lagi apabila dia sendiri yang menghancurkan segala-galanya. Semuanya sebab mereka yang tidak habis-habis mencabar.
Vodka itu diminum dengan kerelaan hati. Setelah vodka itu sudah tinggal separuh, dia berhenti dari terus meminumnya.
"Your Jeon Jungkook is back.."
Kata Jungkook sambil tersengih sinis. Kepalanya mula terasa pening. Akalnya umpama sudah mati. Hanyut terus insan yang bernama Muhammad Isyraf Al-Firash ini.
++++
Kesiankan Jungkook 😭
Okay LIK akan hiatus buat beberapa hari bagi menenangkan jiwa readers sekalian. Saya tahu anda sedang menyumpah seranah sekarang. Oleh sebab itu, saya ingin memberi masa kepada readers sekalian untuk menenangkan hati masing-masing. Sekian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top