23 : Hyuri

"Kenapa abang buat Wardha macam ni? Abang tahu tak yang Wardha dah tutup hati Wardha kepada orang lain sebab dalam hati Wardha cuma ada abang," kata Wardha sambil memejamkan mata menahan tangis.

Kain niqab yang menutupi wajahnya juga sudahpun basah dek air mata.. Sesekali dia memandang mata-mata di cafe hospital ini takut-takut ada yang membuat fitnah.

Nasib baiklah Wardha mengajak Hanah untuk datang bersama supaya dapat mengelakkan dia daripada berlaku apa-apa fitnah. Hanah yang berada di selang beberapa meja dari mereka hanya memerhati dari jauh.

Jimin dan Wardha amat mengingatkan dia tentang situasi dia dengan Jungkook dahulu sewaktu Jungkook masih lagi belum memeluk Islam. Dia tersenyum kecil sambil air matanya mula mengalir perlahan.

"Abang tak pernah tinggalkan Wardha. Kalau Wardha nak tahu, abang rindu Wardha sangat-sangat. Tapi.. itulah, daddy yang tak suka abang berkawan dengan Wardha. Dia yang hantar abang balik Korea," jelas Jimin.

Wardha menunduk. Memang wajarlah Tuan Park tidak menyukainya. Dia dan Jimin ada banyak batasan untuk bersama. Tetapi itu semua tidak mustahil kerana sejak mula-mula dia mengenali Jimin lagi lelaki itu sememangnya tampak berminat untuk memeluk agama Islam.

"Daddy kejam. Dia hantar abang ke Korea dan tinggal dengan mummy kat sana. Sampai abang.." kata-kata Jimin seakan tersekat di kerongkong. Tidak sanggup dia ingin menjelaskan tentang dirinya yang seakan sudah hanyut jauh ketika dia berada di sana.

"Sampai apa?" soal Wardha dengan penuh pengharapan.

"Sampai abang sendiri pun lalai. Pergi club dan bazirkan masa. Wine dan vodka memang dah jadi mainan kami," jelas Jimin sambil menunduk. Wajahnya jelas terpapar rasa bersalah.

Wardha menekup mulut tidak percaya. Betul ke Jimin buat macam itu?

Jauh di sudut hati dia amat kecewa dengan Jimin. Jimin, orang yang paling dia percaya selain ibu bapanya itu sudahpun hancur.

"Wardha pergi dulu.." Wardha terus mencapai beg tangannya lalu berdiri untuk pergi dari situ.

"Wardha, tunggu!" Jimin yang tidak sengaja terus terpegang bahagian belakang panjang selendang hitam yang dipakai Wardha. Terus langkah Wardha diberhentikan.

Sentuhan kain selendang yang lembut membuatkan mata Jimin terpana. Kelembutan kain selendang yang selembut hati gadis pemiliknya ini amat menggoyahkan hati Park Jimin. Terasa di kelopak matanya juga sudah mula bergenang dengan air mata.

"Tapi abang tak pernah lupakan Wardha.."

***

"Hyuri.. I tak pernah pandang dan akan pandang perempuan lain selain you." Jungkook menggenggam tangan Hyuri erat.

Hyuri tersenyum malu. Dari kecil lagi Jungkook hanya tahu mencintai dia seorang. Hati lelaki itu takkan pernah berubah walaupun sudah berapa ramai wanita telah dia dekati di kelab malam.

Itulah Jungkook. Walaupun dia kaki perempuan, tapi dia tetap setia pada yang satu.

"I love you so much. Will you be my wife?"

Hyuri menekup mulut bersama linangan air mata kegembiraan. Jungkook mula membuka sebuah kotak cincin di hadapannya.

"Yes.. I will.."

***

"Kenapa dalam banyak-banyak orang, oppa pilih Hyuri?" soal Hyuri sambil memaut erat lengan Jungkook.

"Sebab Hyuri umpama bintang yang paling bercahaya di langit. Bintang yang paling gemerlapan.."

Hyuri tergelak kecil.

***

"Oppa janji oppa akan jadi the best husband in the world kepada Hyuri bila kita dah kahwin nanti," kata Jungkook apabila mereka berdua berada di hadapan sebuah pantai.

"Hmn.. boleh percaya ke?" soal Hyuri sambil mencebik comel.

"Ala comel-comel." Jungkook mencuit hidung mancung Hyuri sambil tergelak kecil.

"Eii oppa ni!" Hyuri memukul bahu Jungkook berkali-kali.

"Apa ni pukul orang?" Jungkook sudahpun tergelak lalu melarikan diri dari Hyuri. Hyuri pun terus mengejar Jungkook kemana-mana saja dia pergi.

"Nanti oppa! Hyuri nak lempang oppa ni!" Hyuri mula mencabut kasut yang dipakainya sambil mengejar Jungkook.

"Uwek tak takut!" Jungkook menjelirkan lidah.

***

"Alah Hyuri, marilah sini," kata Jungkook mengajak Hyuri datang kearahnya.

"If someone loves us, he will come to us," kata Hyuri sambil menyilangkan tangannya ke dada.

Jungkook ketawa kecil. Tahu sangat dengan prinsip Hyuri. Dia takkan datang kepada orang lain melainkan orang itu yang betul-betul cintakan dia.

Jungkook terus melangkah perlahan menuju ke arah gadis idamannya itu.

***

"Hyuri!" jerit Isyraf sambil mencelikkan mata dengan luas.

"Abang! Abang dah sedar?" soal Hanah sambil mengesat sisa air matanya. Nama 'Hyuri' tidak dia hiraukan.

Jungkook terus memandang ke sebelahnya dan melihat Hanah yang sedaya upaya memegang tangannya dengan mata yang bengkak akibat tangis.

"Hanah?"

"Ye abang.. ini Hanah," jawab Hanah.

Jungkook cuba mengingati sesuatu sambil memejamkan matanya. Denyutan kuat di kepalanya tidak dihiraukan lagi. Dia cuba mengimbas kembali apa yang telah berlaku kepada dirinya.

Kemalangan? Ya kemalangan! Sudah dua kali dia kemalangan.

Dia sekali lagi memandang Hanah yang sedang memaparkan riak wajah risau kepadanya.

Hanah adalah isteri dia. Tetapi Hyuri?









++++

Jeon Jungkook or Muhammad Isyraf Al-Firash? 🌚




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top