17 : Ijab Kabul
"Aku nikahkan engkau dengan Nur Hanah Aisyah binti Mohd Idris dengan mas kahwin RM10."
"Aku terima nikahnya Nur Hanah Aisyah dengan mas kahwin RM10."
"Sah?"
"Sah,"
"Alhamdulillah.. Bismillahirahmanirahim.." imam mula membacakan doa.
Hanah memandang Jungkook yang sedang menadah tangan. Terasa matanya seperti sudah berair. Lantas dia menyeka air matanya.
Akhirnya Isyraf melafazkan kabul di hadapan semua orang di dalam Masjid Abdullah Fahim. Akhirnya Hanah sah menjadi isteri kepada Muhammad Isyraf Al-Firash.
Pada waktu yang sama, Darwisy memejam mata menahan rasa pedih hati. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya perasaan dia. Terluka hati.
Perasaannya terhadap Hanah hanyalah bertepuk sebelah tangan. Hanah tidak pernah menganggapnya lebih daripada seorang abang yang mengambil berat tentang adiknya.
Darwish cuba mengukir senyuman manis walaupun dalam hatinya sungguh terluka. Tetapi dia tahu yang kebahagiaan Hanah bukan terletak di tangannya.
Ya Allah, kau berilah kebahagiaan kepada Hanah. Semoga Isyraf adalah pilihan terbaik untuk dia. Jauhkanlah kedukaan kepada dia tidak seperti engkau hadirkan kedukaan kepada aku.
Darwisy hanya mampu berdoa di dalam hati. Semoga Isyraf adalah yang terbaik. Mungkin Hanah adalah bukan jodohnya. Dia redha.
Tuan Idris yang berada di sebelah Jungkook mula terasa pening. Bahu Jungkook dipegang.
"Papa? Kenapa ni?" soalnya apabila melihat Tuan Idris seperti menahan sakit yang teramat. Tuan Idris memegang kepalanya yang terasa berdenyut.
"Isyraf.. jangan kecewakan Aisyah.." katanya sebelum merebahkan tubuh.
"Papa!" jerit Hanah apabila melihat Tuan Idris sudahpun memejamkan matanya. Hanah terus bangun dari duduknya dan berlari kepada Tuan Idris. Begitu juga dengan yang lain yang sudahpun panik.
***
"Macam mana dengan papa saya, doktor?" soal Hanah kepada seorang doktor yang baru sahaja keluar dari bilik Tuan Idris. Pakaian pengantin yang tersarung di tubuh Hanah masih elok kerana dia dan Jungkook terus bergegas ke hospital tatkala Tuan Idris pengsan tadi.
Doktor itu tidak menjawab pertanyaan sebaliknya menundukkan wajah dan mengeleng perlahan.
Hanah yang faham akan maksudnya terus menutup mulut seperti seakan tidak percaya.
"Papa.." air matanya yang sudah bergenang akhirnya mengalir jua. Mengalir dengan sangat laju.
Jungkook yang berada di sebelah terus memegang bahu Hanah dan membawa perempuan itu ke dalam pelukannya.
"Sabar, Hanah.."
"Isyraf.. Papa.. Papa dah tak ada.." terdengar esakan tangisannya di dalam pelukan Jungkook.
Jungkook melurut belakang Hanah perlahan. Terus ubun wanita itu diciumnya, berharap agar Hanah redha dengan pemergian ayahnya.
"Hanah.. Isyraf.. Macam mana dengan papa kamu?" soal Auntie Suraya yang baru tiba di sini bersama Uncle Danial dan Darwisy.
Darwisy hanya berjalan membuntuti mereka apabila melihat adegan Hanah dengan Jungkook tadi.Sedih.
Ya Allah.. Redhakanlah hati aku. Gumam Darwisy di dalam hati.
"Papa.. dah tak ada auntie," jawab Jungkook dengan nada yang perlahan kerana menahan rasa sebak. Tak sama pula dengan Hanah yang sudahpun menangis teresak-esak.
"Innalillahiwainnalillahirajiun," Auntie Suraya menutup mulutnya seakan tidak percaya.
"Kamu berdua bawa bersabar ye, Isyraf? Hanah?" kata Uncle Danial.
***
•
•
•
Jimin menanggalkan kaca mata hitamnya dan disangkut pada T-shirt merah berjenama Puma yang dipakainya. Bagasi ditarik keluar dari lapangan terbang KLIA.
Matanya memandang sekeliling tempat ini. Sungguh dia rindu.
Malaysia lah tempat dia dibesarkan dan Malaysia jugalah dimana dia bertemu dengan Wardha. Sungguh dia rindukan gadis itu.
Dan sekarang, dia datang semula ke sini setelah dibuang ayah kandungnya sendiri. Semuanya demi Hyuri. Dia akan cari Jungkook sampai jumpa. Lelaki itu harus bertanggungjawab!
Sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti di hadapannya. Pemandu kereta itu keluar dari kereta dan membuka pintu belakang kepada Jimin.
"Silakan masuk, tuan muda," Jimin hanya menayangkan muka serius sebelum masuk ke dalam kereta itu. Bagasinya terus pemandu itu bawa masuk ke dalam bonet kereta.
Seusai selesai, pemandu itu masuk semula ke dalam kereta dan meneruskan perjalanannya.
"Farhan, saya nak awak rahsiakan kepulangan saya daripada orang tua tak guna tu," kata Jimin kepada pemandu keretanya, Farhan.
"Ermm.. Orang tua tak guna? Maksud tuan muda, Tuan Park ke?" soal Farhan. Jimin hanya mengangguk dan dapat dilihat Farhan melalui cermin pemandu.
"Baiklah," tanpa bercakap panjang, Farhan hanya akur. Bukan dia tak kenal dengan Jimin. Kacak tapi sangat tegas.
Farhan meneruskan pemanduannya sehinggalah kereta mereka tiba di hadapan sebuah rumah banglo yang besar dan mewah.
Jimin bukanlah calang-calang orang. Ayahnya, Tuan Park, merupakan businessman yang ternama di sini. Rumah itu dan kereta yang dinaikinya tadi juga adalah hadiah dari ayahnya semasa Jimin masih belum bertemu dengan Wardha lagi dulu.
Perkenalannya dengan Wardha membuatkan Tuan Park tidak mahu melihat wajahnya lagi. Disebabkan itu Jimin terpaksa dihalau ke Korea.
Kedatangannya ke sini semula perlu dirahsiakan agar lelaki tua itu tidak memberontak seperti dulu. Lagipun kedatangannya ke sini hanya untuk mencari Jungkook. Setelah Jungkook dia jumpa, dia berjanji akan balik ke Korea semula.
Farhan turun dari kereta itu dan membuka pintu kepada Jimin. Jimin melepaskan keluhan yang berat setelah keluar dari kereta mewah tersebut. Sungguh dia rindukan Malaysia. Lagi-lagi Wardha. Bagaimana agaknya gadis itu sekarang?
Adakah dia sudah berkahwin dengan lelaki lain?
Ataupun masih lagi setia menunggu dia?
++++
Double update memandangkan line okay sikit tengah malam gini 😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top