16 : Accept
"Astaghfirullahalazim.. Kenapa dengan kamu ni, Hanah?" soal Tuan Irdis tatkala melihat anaknya yang sudahpun basah kuyup.
"Dia ni buat," kata Hanah sambil nenundingkan jarinya kepada Jungkook yang berada di sebelahnya.
"Pak cik, bukan saya buat. Dia tergelincir tadi pastu dia salahkan saya pula," kata Jungkook membela diri sendiri.
"Papa dia tipu!" naik seoktaf suara Hanah. Hilang terus keayuannya bila terpaksa meninggikan suara. Semuanya sebab Jungkook.
"Saya tak tipu, pak cik!" Jungkook mengangkat sebelah tangannya seperti ingin berikrar.
"Hmmnn.. Sudah-sudahlah tu. Hanah pergi mandi semula," kata Tuan Idris. Hanah menjeling tajam kepada Jungkook buat seketika sebelum beredar pergi dari situ.
***
Ting!
Pesanan dari aplikasi Whatsapp masuk lalu Hanah terus membukanya.
Isyraf Sakai 😾 :
Orang dalam bilik sebelah tu tengah merajuk ke?
Seen ✔✔
Isyraf Sakai 😾 :
Ala ala ala.. Reply laa 😢
Seen ✔✔
Isyraf Sakai 😾 :
Saya dah delete gambar tu
Me:
Bagus
Isyraf Sakai 😾 :
Awak masih marahkan saya ke? I'm sorry, Hanah. Saya gurau je petang tadi. Maaflah kalau buat awak marah 🙁
Seen ✔✔
Isyraf Sakai 😾 :
Hanah.. Reply laa 😢
Me:
Tak nak maaf 😾
Jungkook yang berada di biliknya sudahpun bermundar-mandir sendirian. Macam mana nak buat Hanah supaya maafkan dia?
Nyanyi lagi?
Dah beratus kali dia nyanyi. Semakin timbul masalah adalah.
Tiba-tiba Jungkook mendapat satu idea. Bibirnya mula mengukir senyuman. Semoga idea kali ini menjadi.
***
Tok tok!
Pintu bilik Hanah diketuk dari luar. Hanah hanya mendiamkan diri di biliknya. Malas buka pintu. Macamlah dia tak tahu siapa kat luar tu.
"Hanah.. Bukalah pintu," kata Jungkook dari luar tetapi tiada sahutan dari dalam.
"Do you wanna build a snowman.." Jungkook membuat seperti gaya dalam movie Frozen. Namun sayangnya, Hanah tetap tidak mahu terpedaya dengan taktik Jungkook.
"Okaylah kalau awak tak nak buka pintu. Ni untuk awak.." Jungkook menyelitkan sekeping sampul surat berwarna pink di celah bawah pintu sebelum diq pergi meninggalkan tempat itu.
Hanah yang bagai melonjat ingin tahu isi di dalam sampul surat itu, terus ke arah pintu dan mengambilnya.
Sampul surat itu dibuka dan dibaca,
Hanah.. Saya tahu saya bukan yang terbaik. Andai Allah beri saya peluang, apa yang saya harapkan ialah saya dapat menjadi yang terbaik untuk awak selepas taat kepada Allah.
Saya tak paksa awak terima saya tapi sekurang-kurangnya awak maafkanlah saya :( Maaflah kalau gurauan saya buat awak marah.
Saya rindu Hanah saya yang baik, comel walaupun garang. Sebab awaklah saya jumpa arah yang benar. Saya sengaja tak nak ingat masa silam saya dahulu sebab saya takut saya akan lupakan awak. Awaklah orang yang buat saya jatuh cinta semasa saya membuka mata di hospital hari itu.
Awak sungguh menawan buat hati saya tertawan.
Dengan ini, saya nak tanya awak buat kali terakhir. Tolong jawab dengan jujur ye? Adakah awak terima lamaran saya selepas saya dah padam gambar tu?
Entah mengapa bibir Hanah tiba-tiba mengukir senyuman. Baru saja dia ingin merajuk dengan Isyraf tetapi dia akhirnya kalah dengan pujukan hebat lelaki itu.
Kenapa dia begitu manis? Atau dia memang sengaja nak buat semua orang terkena kencing manis?
Hanah terus berbaring di katilnya dan memandang atap rumah. Kalau diikutkan hati dan perasaan, siapa saja yang tak jatuh cinta dengan Muhammad Isyraf Al-Firash. Tapi bila diikutkan akal, geram pun ada dengan lelaki itu.
Hanah mencapai telefonnya dan membuka sekali lagi aplikasi whatsapp.
Me:
I forgive you.. pasal lamaran tu, buatlah apa yang awak suka :')
Jungkook yang berada di biliknya bagai nak meloncat jantung. Akhirnya Hanah terima juga dia.
Isyraf Sakai 😾 :
😘
Seen ✔✔
Jungkook tidak berhenti dari tersenyum. Hatinya bagai ditembak panahan cinta oleh Nur Hanah Aisyah sehingga panahan itu tertusuk ke dalam jiwa raga Jeon Jungkook.
Bukan mudah nak ngorat Hanah. Tak apa, sekali aku dapat kau, sampai bila-bila pun aku takkan lepaskan kau. Gumam Jungkook di dalam hati.
***
Jimin meneguk secawan White Coffee di dalam sebuah cafe. Fikirannya bercelaru bila memikirkan tentang dirinya yang seakan gelap masa depan.
Apa yang berada dalam hati, hanya seorang wanita muslim yang dia cintai. Tetapi itulah bila ayahnya pula yang menentang hubungannya atas dasar perempuan itu adalah beragama Islam.
Jimin memegang sekeping gambar. Bibirnya cuba mengukir senyuman dalam tangis melihat seseorang yang amat dicintai.
Saidatul Wardha Salsabila
Tiba-tiba, matanya terpandang seseorang yang amat dikenalinya berada di meja yang paling hujung
"Park Hyuri?"
Kelihatannya Hyuri sedang berjabat salam dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Cara pemakaian lelaki itu seperti seorang doktor.
Jimin mengerutkan keningnya pelik. Mereka berdua seperti sedang menjalankan urusan projek. Setelah lelaki itu beredar pergi dari situ, Jimin mendekati meja Hyuri dan mengambil tempat di hadapannya.
"Jimin?" soal Hyuri terkejut.
"Siapa lelaki tadi?" soal Jimin dengan serius. Tiada lagi nada ejekan kepada perempuan itu.
"None of your business!" Hyuri terus bangun dari duduknya. Baru saja dia ingin berlalu pergi dari situ tetapi Jimin lantas memegang tangannya.
"Seteruk mana pun perangai kau, you're always be my friend. Kau plan nak gugurkan kandungan ke Hyuri?"
Hyuri kembali duduk ke tempatnya semula. Rambut depannya diselitkan ke belakang telinga sambil melepaskan keluhan berat.
"Buat apa budak ni hidup tanpa bapa dia..," kata Hyuri dengan matanya memandang ke tempat lain.
"Aish kau ni. Budak tu tak salah, Hyuri!"
"Ye aku tahu kau nak cakap yang semua ni salah aku kan? Ye memang salah aku yang bodoh sangat percayakan kata-kata manis Jeon Jungkook kaki perempuan tu! Aku tahu semuanya salah aku, Jimin."
Terasa matanya sudah bergenang dengan air mata. Jungkook dah tinggalkan dia. Buat apa anak mereka hidup? Lebih baik mati saja. Kalau hidup pun, mesti budak ini akan sedih kerana tiada bapa.
Jimin mengetapkan bibirnya. Dia faham sangat dengan apa yang dirasa Hyuri. Mesti sakit. Sudahlah lari semasa hari perkahwinan. Tinggalkan dia dalam keadaan macam ni pula. Sekarang Jungkook tiada khabar berita. Entah hidup ke dah matilah budak tu.
"Kau tak boleh gugurkan kandungan kau. Aku.. aku janji akan cari Jungkook untuk kau," kata Jimin. Hyuri terus memandang wajahnya dengan matanya yang sudah kemerahan menahan tangis.
"Kalau dia cintakan aku, dia sendiri akan cari aku," ujar Hyuri.
"Kau kena fikir jugak Hyuri! Kau cuma fikir dia cintakan kau ke tak. Cuba kau fikir positif sikit. Manalah tahu masa wedding hari tu dia accident ke.. ataupun kena rompak ke apa. Kau jangan fikirkan ego kau tu saja."
Hyuri terdiam seketika. Betul juga apa yang dikata Jimin. Takkanlah Jungkook sesuka hati nak tinggalkan dia sedangkan lelaki itu amat sayangkan dia dulu.
"Lepas tu.. kau nak cari dia dekat Malaysia?" soal Hyuri. Jimin terdiam agak lama sebelum mengangguk.
++++
Adakah anda yakin kebahagiaan Isyraf dan Hanah akan berkekalan?
Konflik perlahan-lahan akan tiba 🌚
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top