15 : I'm so sorry but it's a fact love


#warning
Sediakan peti sejuk di sebelah anda semasa baca chapt ni. Kalau korang cair bolehlah masuk dalam peti sejuk tu huihuihui :3

——————————————


Hanah menuju ke garaj basikal. Terdapat dua buah basikal lama di situ. Kelihatannya kedua-dua basikal itu masih lagi elok.

Oleh kerana hari ini adalah hari terakhir dia di kampung, lebih baik dia menghabiskan masa untuk berjalan-jalan di kawasan ini.

Baru saja dia ingin mula mengayuh basikal, Jungkook muncul di hadapannya.

"Awak nak pergi mana?" soal Jungkook.

"Nak pergi makan angin. Daripada saya termakan hati awak," jawab Hanah menyebabkan Jungkook tergelak kecil.

Mata Jungkook terpandang sebuah basikal lagi yang berada di sebelah Hanah. Kelihatannya masih elok juga lagi.

Tanpa meminta izin, Jungkook terus melonjak ke atas basikal itu.

"Tunjukkan saya kampung halaman awak," pinta Jungkook.

"Eh dia ni. Saya nak keluar sendiri pun sibuk aje dia nak ikut." Hanah menggulingkan mata.

"Alaa bolehlaa," Jungkook mencebik. Gedik betul anak Jeon ni.

"Hmn.. Ye lah ye lah," jawab Hanah sambil mengeluh tak puas hati.

Lalu mereka berdua mula mengayuh basikal masing-masing menuju ke destinasi.

Jungkook mengayuh basikal bersebelahan dengan Hanah. Sesekali dia memandang wajah comel Hanah yang sedang menayangkan muka cemberut dari tadi.

"Hanah.. Awak nak tahu something tak?" soal Jungkook sambil tersengih menayangkan gigi bunny miliknya.

"Tak nak!"

"Alaa.." Jungkook mencebik. Comel pula melihat dia mencebik sebegitu sekali.

"Alahai.. Ye lah.. Apa?" soal Hanah yang akhirnya kalah melihat kecomelan Jeon Jungkook.

"Saya suka awak," kata Jungkook.

"Tapi saya tak suka awak!" protes Hanah. Biarpun sebenarnya pipinya sudahpun membahang merah.

"Kenapa tak suka saya? Saya handsome apa?" soal Jungkook lagi.

"Tapi awak berengsek!" Hanah mula tergelak kecil. Basikal yang dikayuhnya dilajukan sehingga dia meninggalkan Jungkook di belakang.

"Hey tunggu!"

***

Mereka berdua akhirnya tiba di sebuah pondok kayu yang berada di pinggir sawah padi.

Hanah mula meneguk sebotol air mineral yang sudah dibawanya dari rumah tadi. Penat berlumba basikal dengan Jungkook agaknya.

Jungkook yang berada di sebelahnya pula ternampak sebuah gitar yang sedia ada di dalam pondok itu.

"Siapa yang tinggalkan gitar dekat sini?" dia mengambil gitar itu dan gitar itu mula dipetik.

Ting!

"Gitar siapa tu? Jangan sentuh lah. Kan rosak marah pula tuan dia nanti," kata Hanah melarang Jungkook untuk menyentuh gitar itu.

"Alah siapa suruh tinggalkan dekat sini." Jungkook tetap berdegil untuk menyentuh gitar itu.

Gitar itu dipetik laju sehingga ia mengeluarkan alunan muzik yang sangat familiar untuk semua orang pada hari ini. Lalu dia mula menyanyikan sebuah lagu.

"Apa khabar dinda,
Lama tak jumpa,
Rasanya hampir dua purnama,
Rindu didada tak siapa yang tahu~"

Hanah mula menutup telinga acah-acah tak mahu mendengar suara merdu Jungkook menyanyi biarpun dalam hati dia sudahpun terbentuknya sebuah taman.

Jungkook tetap meneruskan nyanyiannya lagi walaupun dia sudah perasan dengan reaksi Hanah.

"Dinda jauh di sana, jauh dimata,
Namun dihari sentiasa ada,
Menemani dikala gundah gulana,
Dinda kanda pergi hanya seketika cuma,
Inikan semua demi masa sepan kita,"

"Argh stop it!" Hanah terus bangun dari duduknya dan berlari ke tengah-tengah sawah, sengaja nak larikan diri dari Jungkook.

Tetapi lain pula yang jadinya bila Jungkook mengejar gadis itu sehingga ke tengah-tengah sawah padi. Gitar tadi masih lagi dipetik,

"Dinda jangan marah-marah,
Takut nanti lekas tua,
Kanda setia orangnya,
Takkan pernah mendua,"

"Awak ni memang suka menyanyi ke Isyraf?" soalan Hanah itu diabaikan Jungkook apabila lelaki itu masih lagi meneruskan nyanyiannya.

"Dari jutaan bintang,
Dinda paling gemerlapan,
Dari segenap wanita,
Hanah lah yang paling menawan,"

Tiba-tiba,

Toing!

Seutas tali gitar yang dipetiknya itu terputus. Jungkook dan Hanah tergamam. Mata mereka berdua pula beralih ke arah pondok yang mereka duduk tadi.

Kelihatan terdapat sekumpulan geng-geng motor, seperti mencari sesuatu dia sana.

"Gitar ni mungkin diaorang punya," kata Hanah membuatkan jantung Jungkook mula melonjat tak henti-henti.

"Isyraf! Lari!" kata Hanah lalu mereka berdua terus berlari ke arah basikal mereka diparkir tadi.

Tiba-tiba, salah seorang daripada geng-geng motor itu ternampak mereka berdua yang sedang berlari macam dah tak cukup tanah.

"Woi kau!" jeritnya.

***

"Cepat sikitlah kayuh basikal tu!" jerit Jungkook bila Hanah mengayuh basikal membelakanginya.

"Basikal ni tayar dia kurang angin. Jadi beratlah nak kayuh," jawab Hanah. Jungkook memandang belakang dan kelihatannya geng-geng motor hipster tu sedang menunggang motor mengejar mereka berdua.

"Hanah! Masuk sini!" kata Jungkook lalu terus menyelinap masuk ke dalam sebuah hutan. Hanah hanya membuntutinya dari belakang. Terpaksalah mereka berdua masuk hutan untuk menyorok dari geng-geng motor.

Geng-geng motor tadi juga mula memasuki hutan juga dan mencari-cari kelibat mereka berdua, namun tak berjaya.

"Ray! Mana diaorang pergi?"

"Aku nampak diaorang masuk hutan tadi tapi entah mana pula diaorang menyorok ni."

"Kita sambung cari nantilah. Jaga diaorang kalau kena dengan aku. Aku cincanglah mereka 14 kerat. Berani betul rosakkan gitar peninggalan arwah atok aku!" marah salah seorang dari mereka.

"Hmm ye lah ye lah.." lalu mereka semua mula beredar keluar dari hutan itu.

Hanah dan Jungkook yang dari tadi menyorok di belakang timbunan pokok buluh, melepaskan nafas lega apabila kelibat mereka beransur hilang.

"Awaklah ni punya pasal! Nasib baik kita sempat menyorok tadi kalau tak, saya memang akan tolak awak dah tadi biar jadi bahan cincang 14 kerat diaorang!" marah Hanah membuatkan Jungkook tergelak kecil.

"Alaa bukan selalu."

"Haa memanglah bukan selalu. Kalau kita kena tangkap dengan diaorang tadi macam mana? Diaorang tu gangster!" bebel Hanah.

Dan pada waktu yang sama,

Klik!

Jungkook sempat mengambil gambar gadis itu yang sedang kecoh membebel dengan telefon canggihnya.

"Apa awak buat ha?"

"Saja.. Comel aje awak kalau marah."

"ISYRAF!!" jerit Hanah. Hilang terus keayuannya bila bersama Jungkook. Ada selalu rasa nak bagi pelempang.

Jungkook mula mengayuh basikal sambil menjelirkan lidah kepada Hanah. Eii kurang asam!

"Isyraf! Padam balik gambar tadi!"

"Tak nak! Hahaha!" Jungkook mengayuh basikal dengan laju sedangkan Hanah pula mengejarnya dari belakang.

"Padam gambar tu balik! Kalau tak.." belum sempat Hanah menghabiskan kata-katanya, Jungkook terus memotong percakapannya dengan sambung menyanyi lagu yang sama lagi sekali lagi,

"Dinda jangan marah-marah
Takut nanti lekas tua,
Kanda setia orangnya,
Takkan pernah mendua,"

"Kalau awak padam gambar tu saya terima lamaran awak!"

Oleh kerana terkejut dengan kata-kata Hanah, basikal yang ditunggang Jungkook dibrek secara mengejut membuatkan Hanah yang berada di belakangnya tidak sempat mengawal basikalnya dengan baik.

"Argh Isyraf!" jerit Hanah dan..,

SPLASH!

"Isyraf!!!!" jerit Hanah lagi dengan geram apabila kini dia sudahpun berjaya menyelam di dalam parit. Semuanya sebab Isyraf tak guna!

"Ooppss.." Jungkook mengetap gigi.





++++

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top