14 : I'm so sick of this fact love


"Ya Allah.. Haih awak ni! Macam mana boleh tersangkut kaki dekat gitar ni?" kata Hanah. Nasib baik gitar dah berjaya dibuang dari kakinya.

"Saya terpijak aje tadi lepas tu sampai tersangkut la pulak," jelas Jungkook.

"Hmmnn.. Nasib baik papa tak terjaga." Hanah mula menyapu ubat pada kaki Jungkook yang sudah terluka itu dengan berhati-hati. Perlahan sahaja dia meletakkan ubat di luka itu agar tidak tersentuh dengan yang bukan mahram.

Jungkook hanya memerhati wajah Hanah tanpa disedari gadis itu.

Sudahlah cantik, baik pula tu. Berilmu lagi. Bukan calang-calang orang kalau nak dibandingkan dengan Hanah ni.

Jungkook sudahpun mula menongkat dagunya dan memandang wajah Hanah dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibirkan.

"Dah!"

Hanah mula mengemas ubat-ubatan yang digunakan itu. Sesekali dia terpandang Jungkook yang sedang merenungnya.

Hanah mula rasa tidak selesa bila dipandang sebegitu lalu terus menundukkan wajahnya agar tidak terus bertentang mata dengan Jungkook.

"Kenapa pandang saya macam tu?"

"Salah ke saya pandang wajah future wife saya?" kata Jungkook.

"Salah. Sebab kita tak boleh bertentang mata.."

"Tapi awak dah tunduk," jawab Jungkook.

Entah mengapa jantung Hanah mula berdegup kencang. Berdegup bukan sebab takut atau gementar, tetapi berdegup untuk sesuatu yang dia tak pernah rasa.

Jangan kata ini..

Cinta?

Hanah terus mengeleng.

"Saya pergi dulu," kata Hanah lalu bangun dari duduknya. Tak elok pula dia berada dalam bilik Jungkook tu lama-lama. Bimbang akan timbul fitnah. Padahal dia datang ke sini hanya sebab untuk merawat kaki Jungkook yang dah tercedera.

"Hanah.. Saya takkan pernah paksa awak untuk terima saya," kata-kata Jungkook membuatkan langkah gadis itu terhenti di pintu bilik yang sedia terbuka luas. Tubuhnya langsung tidak berpaling pada Jungkook.

"Tapi saya cuma nak awak tahu yang saya betul-betul dah jatuh hati dekat awak. Dah lama tapi saya saja yang tak nak bagitahu. Sebab saya nak belajar cara terbaik untuk lebih dekat dengan awak."

Hanah sudahpun memejamkan matanya. Dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.

Please stop it, Isyraf! Jangan buat aku cair lagi!

Dia hanya mampu menjerit dalam hati.

"Don't worry, saya boleh beri masa dekat awak. Sebab saya tahu jodoh itu milik Allah s.a.w. Kita yang manusia hanya mampu merancang," sambung Jungkook lagi.

Hanah sudahpun menggigit bibir untuk menahan daripada tersenyum. Hatinya bagaikan sudah gugur jatuh ke bawah. Semakin lama semakin goyah.

Adakah Jungkook ini adalah seorang sweettalker yang selalu mencairkan hati mana-mana wanita dahulu?

Ataupun..,

Seorang yang playboy yang hanya tahu meragut kesucian orang? Aish Hanah! Takkanlah Jungkook macam tu sekali!

Cepat-cepat dia menepiskan fikiran negatif terhadap Jungkook. Dari awal lagi dia hanya memandang perwatakan baik yang ada pada Jungkook.

Lelaki itu tidak pernah melawan atau bersikap kasar dengan sesiapa. Dan.. dia juga sangat gentle.

Akhirnya bibirnya mengukir senyuman manis. Terus langkahnya diaturkan ke biliknya meninggalkan Jungkook sendirian di sini agar lelaki itu tidak perasaan reaksinya.

***

Sudah genap tiga hari mereka berdua berada di rumah Tuan Idris. Hati Hanah juga semakin lama semakin goyah dengan Jeon Jungkook.

Terutamanya sekali apabila melihat lelaki itu yang selalu mengimamkan solat 5 waktunya. Dan yang lagi syahdu bila melihat Jungkook yang sedang cuba membaca Al-Quran walaupun dalam keadaan masih tergagap.

Tapi usahanya itulah semakin membuatkan Hanah semakin suka kepadanya. Sama seperti Tuan Idris yang tidak pernah berhenti memuji Jungkook.

"Aisyah.." panggil Tuan Idris.

"Ya papa.." jawab Hanah sambil melihat Isyraf yang sedang bersusah payah memesin kelapa untuk dibuat santan coconut head.

Tuan Idris sudahpun tersenyum memandang kerajinan Jungkook. Matanya silih berganti memandang Hanah dan Jungkook.

"Aisyah, papa tengok Isyraf tu budak baik," ujar Tuan Idris.

"Memang pun.."

"Papa rasa, Isyraf tu dah lebih dari sempurna untuk jadi menantu papa."

Hanah terdiam seketika. Matanya mula memandang wajah tua itu.

"Tapi..," kata-katanya terus dipotong Tuan Idris,

"Kalau boleh papa nak sangat tengok anak papa kahwin dulu sebelum papa dah tak ada nanti."

  Hanah mula menggenggam erat tangan ayahnya.  

"Papa ni jangan cakap macam tu.." 

"Papa tak rasa papa dapat bertahan lama," kata Tuan Idris lagi

"Papa!"

"Lagipun papa tengok Isyraf tu dah betul-betul sukakan kamu."

Hanah sekali lagi memandang Jungkook yang sedang khusyuk memesin kelapa.

"Tengoklah cara dia tu. Papa tahu dia tu sebenarnya sengaja nak curi perhatian papa dan juga Aisyah."

Hanah terdiam. Sedikit sebanyak hatinya berjaya dicuri Jungkook. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

***

Pintu bilik Jungkook diketuk dari luar.

"Isyraf? Awak ada kat dalam ke?" soal Hanah dari luar.

Senyap.

"Isyraf?"

Juga masih tiada jawapan. Senyap sunyi saja. Pelik. Buat apa budak Isyraf ni? Tidur ke?

"Isyraf saya masuk tau.." pintu dikuak perlahan.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Jungkook sedang menunaikan solat Dhuha. Al-Quran juga diletakkan di tepi sejadah yang dipijaknya.

Hati Hanah bagai sudah menjadi air kelapa melihat tindakan Jungkook. Terharu. Bagusnya Isyraf.

Hanah tersenyum sambil menyandarkan tubuhnya di pintu bilik itu. Figura Jungkook itu menjadi tatapannya. Terasa sejuk saja mata memandang Jungkook yang sekarang.

Seusai sahaja lelaki itu menunaikan solat Dhuha dan juga berdoa, Jungkook memandang Hanah yang sedang tercegat di pintu biliknya.

"Assalamualaikum, cinta," tegur Jungkook sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis.

"Waalaikumusalam, jodoh. Oppss!" Hanah terus menutup mulutnya. Alahai terlepas lah pula!

"User dictionary buat hal lagi ke?" soal Jungkook sambil tersengih.

Hanah memejam matanya rapat. Argh! Malu! Jeritnya di dalam hati.

Oleh sebab rasa malu yang teramat, Hanah terus berlari pergi dari situ. Manakala Jungkook sudahpun mengekek ketawa melihat gadis idamannya yang sudah berjaya berada dalam genggamannya. Semakin lama semakin seronok pula dia menyakat Hanah.







++++

Jangan mudah cair.. Banyak lagi chapt yang dapat merebut hati anda 🙃

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top