13 : Precious

Mohon dengar lagu patah amin ni kalau nak feeling 😌

———————————


Jungkook menarik kerusi yang bertentangan dengan Hanah di meja makan.

"Wah siapa masak ni?" soal Jungkook melihat hidangan di atas meja.

"Siapa lagi, sayalah," jawab Hanah.

"Haa makanlah Isyraf. Cubalah masakan Aisyah entah sedap ke tak," pelawa Tuan Idris.

"Okay.."

Jungkook mula menyenduk nasi dan gulai ikan ke dalam pinggannya. Seusai membaca doa makan, ikan itu dia cubit dan dia rasa.

"Aish apa ni Aisyah masak ikan masin ke apa?"

Terkejut beruk Hanah dibuatnya.

"Ha masin ke?" Hanah pula cuba merasa ikan itu.

"Alah masin sikit aje pun bukannya masin sangat pun."

"Aisyah.. Tak baik buat macam tu. Isyraf ni dah macam tetamu kita. Kita kena layan tetamu kita dengan baik. Dah pergi baiki semula masakan kamu tu," ujar Tuan Idris.

Membulat mata Hanah dibuatnya. Baiki semula? Eii anak Jeon ni tak boleh jadi.

Wajah tak puas hati ditayangkan kepada Jungkook manakala Jungkook sudahpun tersenyum kemenangan.

"Pergi Aisyah tak baik buat tetamu macam tu," arah Tuan Idris. Hanah berdecit lalu terus berdiri.

"Eh tak apalah pak cik. Saya okay je kalau setakat masin sedikit ni. Lagipun saya suka makan masin-masin ni," kata Jungkook.

"Tak apa ke?"

"Tak apa pak cik. Saya memang suka masin pun." Jungkook tersenyum.

"Hmm tak apalah Aisyah. Duduklah balik."

Hanah sudahpun mengepal penumbuk. Mahu saja dia kasi lempang pada muka Jungkook. Geram pulak dia tengok lagi-lagi gigi bunny dia yang minta pelempang padu tu.

Air teh di cawannya terus dia teguk dengan rakus dek geram dengan Jungkook.

"Ermm pak cik Idris, sebenarnya saya ada benda nak bagitahu ni," kata Jungkook.

"Haa apa?"

Jungkook memandang wajah Hanah buat seketika sambil menghadiahkan senyuman yang penuh makna. Kemudian dia memandang Tuan Idris semula.

Eii apa pula anak Jeon nak plan ni? Gumam Hanah di dalam hati.

"Kalau pak cik tak keberatan, izinkan saya mengambil Nur Hanah Aisyah untuk jadi bakal isteri saya? Itupun kau pak cik izinkan."

Lalu,

"Uhuk uhuk!" Hanah tersedak air teh yang panas itu di tengkuknya.

"Panas panas!"

Air di dalam botol yang berada di hadapannya terus dia capai dan ditegukkan. Eii tak senonoh betul Hanah ni.

Jungkook sudahpun tergelak kecil melihat reaksi Hanah yang dah kecoh semacam bila dengar dia mahu melamar gadis itu.

"Kalau Aisyah setuju, pak cik pun lagi setuju," jawab Tuan Idris membuatkan Hanah terus meletakkan botol air tadi semula.

"Aisyah tak setuju! Papa pun kena cakap yang papa lagi tak setuju!"

Hanah terus bangun dari duduknya dan berlari menuju ke bilik sambil menutup muka. Bukan tak suka dengan tindakan Jungkook tapi malu yang teramat.

Berani betul lelaki tu buat macam. Tiba-tiba terus saja melamar. Bukannya nak cuba berterus-terang perasaan dia tu dulu.

Malu!

Pintu biliknya terus ditutup rapat tanpa dia berpaling ke belakang.

"Aisyah tu sebenarnya dia setuju, Isyraf. Cuma dia malu-malu kucing aje tu," ujar Tuan Idris membuatkan Jungkook tergelak kecil.

"Tak apa nanti saya pujuk dia,"

***

Pintu bilik Hanah diketuk dari luar.

"Hanah.. Bukalah pintu.." pinta Jungkook yang mahu bertemu dengan gadis itu.

Senyap.

"Awak merajuk ke sampai tak nak jumpa dengan saya?"

"Pergi masuk bilik awaklah, Isyraf."

Tergamam Jungkook dibuatnya. Isyraf? Hanah memanggil nama barunya? Tak salah dengarkah?

"Well, okay. But don't regret!"

Jungkook tersenyum sinis lalu memasuki biliknya. Biliknya hanya bersebelahan sahaja dengan bilik Hanah.

Sebenarnya, mereka berdua mengambil keputusan untuk bermalam di sini buat sementara waktu memandangkan Tuan Idris sudah lama tidak berjumpa dengan anak tunggalnya itu. Biarlah orang tua itu melepaskan rasa rindunya pada Hanah buat sementara waktu ini.

Setelah pintu bilik Jungkook ditutup rapat, matanya tertantap pada sebuah gitar yang berada di penjuru bilik.

Mungkin gitar itu milik Tuan Idris waktu muda-muda dulu? Duga Jungkook.

Jungkook mengambil gitar itu dan mula memetiknya.

Ting!

Bibirnya mengukir senyuman. Matanya mula memandang dinding yang menjadi dinding perantaraan biliknya dengan bilik Hanah.

Dia mula melompat ke atas katil dan menyandar di dinding tersebut. Gitar di tangannya mula dipetik sehingga mengeluarkan alunan muzik yang menarik.

Oleh kerana rumah itu cumalah rumah kayu, bunyi muzik itu jelas kedengaran di bilik Hanah.

"Apa pulak budak Isyraf tu buat?" soal Hanah sendirian di biliknya.

Tidak lama selepas itu, kedengaran suara Jungkook yang cuba menyanyikan sebuah lagu.

"Menjelang hari-hari bahagia kita,
Ku bayang wajah indahmu bersamaku,
Disisiku kau ukir senyum manismu,
Kau masih belum milikku lagi,"

Entah mengapa suara Jungkook yang sangat merdu itu perlahan-lahan membuatkan Hanah tersenyum sendirian. Lunak saja suaranya yang menyanyikan lagu Wanita Terakhir yang oleh penyanyi asalnya Fattah Al-amin.

"Sambutlah cintaku duhai sayang,
Cinta kita untuk selamanya,
Biarku sentuh hatimu ini.. sendiri."

Hanah mula menyandarkan tubuhnya di dinding yang sama dengan dinding yang disandar oleh Jungkook tadi sambil memeluk lututnya.

"Selamat malam wanita terakhir,
tak mungkin ku kan temu seindah ini,
Sampai bila ku harus menanti,
Untuk kau menjadi milikku,
Oh~ sayang, sungguh sempurna,
Tiada lain ku mahu,
Sambutlah cintaku duhai sayang,
Cinta kita untuk selamanya,
Biarku sentuh hatimu ini sendiri,"

Hanah mula melekapkan telinganya di dinding tatkala suara Jungkook yang lunak dan merdu itu mula membuat hatinya semakin goyah.

"Dan aku renangi lautan sepi,
Menungkil kembali bayangmu di sini,
Dalam pelukkanku.. Selamanya~"

Tidak lama selepas itu,

Ting!

Mesej melalui whatsapp masuk. Terus Hanah mencapai telefon pintarnya dan menekan aplikasi whatsapp.

Isyraf Jeon 🤒 :
Mana janji awak?

Me:
Janji apa?

Isyraf Jeon 🤒 :
You have promised me that you will be my precious kalau saya jadi ' imam ' dalam solat awak

Haa sudah? Apa perlu dia jawab?

Me:
Saya tak janji pun, Muhammad Isyraf Al-Firash 🌚

Isyraf Jeon 🤒 :
Tapi kata-kata awak dah dikira janji 🙃

Isyraf Jeon 🤒 :
Nak tahu something tak?

Me:
Apa?

Isyraf Jeon 🤒 :
Awak bagaikan bidadari yang mengundang hati saya untuk ke syurga. Izinkan saya lafazkan ijab kabul untuk jadikan saya halal untuk awak buat selamanya


Hanah seakan terkaku dengan kata-katanya. Kenapa lelaki ini begitu manis?

Me:
Baiklah... Muhammad Isyraf Al-Firash

"Dasar user dictionary tak guna aku type lain kau keluar benda lain!"

Isyraf Jeon 🤒 :
Seriously? 😱😱😱

Me:
Eii jangan perasan tu user dictionary punya pasal!!!!!!

Isyraf Jeon 🤒 :
Assalamualaikum cinta 😘

Me:
Waalaikumusalam jodoh

Me:
Ya Allah user dictionary ni!!

Isyraf Jeon 🤒 :
Tahulah ada crush dengan saya

Me:
Eii perasanlah dia ni!

Isyraf Jeon 🤒 :
Nanti esok pagi saya bagitahu papa awak pasal ni okay?
Seen✔✔

Isyraf Jeon 🤒 :
Bluetick tak pe asalkan hati awak tak bluetick untuk saya 💕
Seen ✔✔

Isyraf Jeon 🤒 :
Good night , mimpikan saya tau 😘
Seen ✔✔

Suka sangat dia kenakan Hanah. Jungkook sudahpun tergelak sakan sampai terjatuh ke bawah katil bersama gitarnya tadi. Dan yang lagi parah, kakinya terpijak gitar itu.

"AUW!!"

Terdengar jeritan Jungkook bergema di seluruh ruang rumah itu.




++++

Haa padan muka kau jeon!






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top