12 : Destiny
"Don't worry dear, I'll come back tonight." Kata seorang lelaki berbaju kemeja berpetak yang berwarna putih sambil mengusap rambut wanita baya yang umur dengannya.
"Sure, I'll wait for you to come."
Wanita itu menghantar lelaki itu ke pintu hadapan rumahnya. Setelah lelaki itu keluar, wanita itu tiba-tiba tergamam apabila melihat kehadiran anaknya yang tiba-tiba berada di hadapan mata.
"Jimin.."
"Why did you do this, mummy? Patutlah dulu daddy tinggalkan mummy pun. Kalau Jimin jadi daddy pun Jimin akan buat benda yang sama," kata Jimin, satu-satu anak tunggalnya yang dia ada.
"Tak Jimin.." Wanita itu ataupun Puan Park, cuba memegang tangan Jimin tetapi ditepis.
"You are not my mom! Malam ni laki lain, malam esok laki lain? Mummy tahu tak yang mummy tu tak ubah macam perempuan murahan?"
"Jimin!!" Puan Park terus memegang lengan anaknya yang hampir beredar dari situ.
"No! You're not my mom!"
Air mata wanita itu mula membasahi pipi tatkala anak kandungnya itu sudah tidak mahu mengaku dirinya adalah ibunya.
"Jimin! Kamu tak tahu cerita sebenar! Mummy buat semua ni sebab daddy kamu! Semuanya sebab dia! Okay mummy tahu Jimin sayangkan dia dengan mama baru kamu tu sebab diaorang yang jaga kamu sampai kamu besar panjang. Tapi ingat Jimin, mummy yang mengandungkan kamu sehingga 9 bulan sedangkan daddy kamu sedang buat sampah dekat luar."
Puan Park terus mengesat air matanya yang sudahpun mengalir deras lalu berlari pergi dari situ.
Jimin terkaku dengan kata-kata ibunya. Semua sebab daddy? Apa maksud dia? Gumam Jimin di dalam hati.
Ya memang, dia dibesarkan oleh bapanya, Tuan Park, bersama ibu tirinya di Malaysia memandangkan Tuan Park kini sedang menjalankan perniagaan yang berjaya di sana.
Tapi kini, dia terpaksa pulang ke Korea atas desakan Tuan Park yang menginginkan hubungannya dengan seorang gadis Melayu disana putus. Ya, dia sudah jatuh cinta dengan seorang gadis Melayu yang sopan dan mungkin jugq dianggap kampung di mata orang lain. Tapi itulah pula bila ada salah satu pihak yang tidak setuju.
Sejak kehadirannya di Korea, Puan Park pula selalu membawa masuk mana-mana lelaki asing pada setiap malam sehinggalah Jimin ditarik secara paksa oleh salah seorang daripada mereka sehingga dia mula berkawan dengan Jungkook, Taehyung, Jin, Hyuri dan juga Deana.
Bermula hari itu, dia lebih suka menghabiskan masa dan duit ke kelab malam. Semuanya sebab ibu bapanya yang telah membuang dia.
Langkah Jimin diaturkan sehingga dia tiba di hadapan pintu bilik Puan Park. Kedengaran esakan tangisan dari ibunya di dalam bilik itu semakin ketara. Tanpa berfikir panjang, Jimin menguak pintu itu dengan perlahan dan menerpa ke arah ibunya.
Tubuh Puan Park dipeluk erat bagi menenangkan wanita berumur 40-an itu.
"Maaf mummy. Jimin tak berniat pun nak sakitkan hati mummy."
Walau bagaimanapun dia sakit hati dengan perangai Puan Park, tetapi dia tetap melayan Puan Park sebagai ibu kandungnya.
"Sebenarnya, apa yang daddy cuba buat dekat mummy dulu?" soal Jimin sambil mengelap air mata yang mencurah ke pipi ibunya.
"Dulu mummy terpaksa kahwin pada usia muda dengan daddy kamu sebab keluarga mummy orang susah. Lepas kami berkahwin beberapa bulan, baru mummy tahu yang daddy kamu ni sebenarnya ada simpan perempuan lain. Dia curang, Jimin. Masa tu mummy mengandungkan kamu. Dia sanggup tinggalkan mummy semata-mata nak keluar dengan perempuan tu," jelas Puan Park.
Jimim tertunduk buat seketika.
"Siapa perempuan tu?" soal Jimin.
"Mama tiri kamu."
Jimin tergamam sekali lagi apabila mendengar cerita ibunya. Ibu tirinya sangat baik semasa menjaga dia dahulu. Tak sangka ibu tirinya itu sendiri yang memusnahkan kebahagiaan ibu bapa kandungnya.
"Selepas tu, mummy sakit hati sangat. Mummy cari lelaki lain sebab nak bagi daddy kamu cemburu tapi lain pula jadinya bilw dia ceraikan mummy dan ambil kamu. Waktu tu kamu baru berusia 3 bulan. Mummy dah bersusah payah nak dapatkan kamu balik masa tu tapi tak berjaya. Dan sekarang, mummy happy sangat sebab dia hantarkan kembali anak mummy," sambungnya lagi.
Badan Puan Park dipeluk sekali lagi oleh Jimin. Matanya sudahpun bergenang mendengar cerita ibunya. Sampai hati ayahnya meninggalkan Puan Park dalam keadaan yang memeritkan.
"Maafkan Jimin, mummy. Jimin yang selalu berfikir buruk tentang mummy. Jimin yang bodoh sebab tak boleh terima yang Jimin dah jumpa satu-satunya orang yang sayangkan Jimin. Terima kasih mummy sebab sanggup tunggu Jimin sampai hari ni."
Rambut wanita tua dia usap lembut.
***
•
•
•
Sejadah ditebarkan di atas tikar. Jungkook yang merasa gementar, cuba perlahan-lahan memijak sejadah itu.
Hanah yang berada dibelakangnya pula sudahpun mengekek ketawa sambil mulutnya ditutup dengan tangan kerana tidak mahu didengari lelaki itu.
Ye lah sekarang dah Isyak. Waktu asar tadi mereka tidak sempat solat berjemaah sebab rumah itu pula yang ada tetamu mahu melawat Tuan Idris. Sampai Maghrib mereka ada dekat situ.
"Aisyah, jangan ketawa," kata Tuan Idris menyentapkan tindakan Hanah.
Hanah terdiam dan kembali memandang Jungkook yang cuba menjadi imam untuk mereka berdua.
"Allahuakbar"
Jungkook mula melaungkan takbir. Sekali lagi Hanah tersentap.
Jungkook memang betul-betul memeluk Islam ke? Jadinya betullah dia ni Muhammad Isyraf Al-Firash? Gumamnya di dalam hati.
***
Sesekali kening bertaut. Sesekali dijongket. Itulah yang dilanda Hanah sambil dia duduk di pondok, melihat padi pada waktu malam ni.
Tiba-tiba,
"BWA!"
"Opocot mak kau eii Jungkook apa ni!"
Tak pasal-pasal selipar Jepun yang tersarung di kakinya menjadi senjata memukul bahu Jungkook berkali-kali.
"Alah alah tak tak! Sakit!" Jungkook mengaduh kesakitan.
"Haa padan muka! Suka buat orang terkejut sangat!" Selipar tadi kemudiaannya disarungkan kembali di kakinya.
"Awak buat apa kat sini sorang-sorang? Tak takut hantu ke?" soal Jungkook.
"Saja tenung masa depan. Saya lagi takut awak daripada hantu," jawab Hanah.
Jungkook tersenyum nipis.
"Tenung masa depan kita?"
"Tak! Masa depan awak dengan Sajat."
"HAHAHA tak lawak!" Jungkook buat-buat gelak tak ikhlas.
"Siapa kata lawak?"
"Hmmn.."
Suasana menjadi sunyi buat seketika. Kelihatan Hanah sedang termenung pagi sambil menyandarkan kepalanya di tiang pondok.
"Hanah.." Jungkook cuba memberanikan diri untul menegur gadis itu semula.
"Hmmnn.."
"Awak tak ada perancangan nak kahwin dengan siapa-siapa?" soal Jungkook.
"Siapalah nak dekat saya ni? Sudahlah hidup menumpang rumah orang je," jawab Hanah sambil mengeluh memikirkan kesudahan nasibnya.
Jungkook mula tersenyum manis. Memang dari awal lagi Hanah hanya tahu kerja, balik kerja, makan dan tidur. Sibuk memanjang sampai tak sempat nak mencari jodoh.
Tapi jawapan itulah yang dinanti Jungkook. Lagi bagus kalau Hanah masih belum jumpa siapa-siapa sebelum dia.
++++
Hey y'allz! Im back setelah dikurung dalam penjara SPM !
First of all, aku mintak maaf sangat sangat sebab lambat hapdet. Maaf naa? Sumpah tangan aku gatal nak hapdet tapi aku terpaksa jugak stop buat seketika memandangkan aku ni takut yang aku tak mampu buat yang terbaik salam sepiyem. Maaf sangat ︶︿︶
Second, memandangkan lama aku tak on wattpad, cerita ni semakin ramai viewers and votes berbanding mula-mula aku tinggal dulu. Tqvm y'all 😘
Third, hari ni aku akan buat double update sebab dah lama tak update. Kalau sempat in syaa Allah triple update. Thanks for waiting this penpik 😘
Next chapt dijanji kesweetan diantara Hanah dan Jeon Isyraf 🙃
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top