10: Papa?

"Awak nak bawa saya ke mana ni, Jungkook? Awak tahu tak, sebab awaklah saya kena ambil cuti seminggu." Soal Hanah dengan dahinya yang dikerutkan.

Pelik! Pagi-pagi lagi Jungkook mendesaknya untuk meminta cuti selama seminggu. Entah kemana lelaki ini mahu membawanya. Sudahlah kini cuma mereka berdua yang pergi.

Jungkook menekan pedal minyak dan memandu kereta dengan kelajuan yang sederhana.

"Saya nak bawa awak jumpa dengan seseorang," jawab Jungkook ringkas.

Semakin hairan pula Hanah dibuatnya. Sudahlah dari pagi tadi lagi Jungkook tidak mahu memberitahu kemana mereka akan pergi dan dengan siapa yang mereka akan bertemu.

Kereta yang dipandu Jungkook diberhentikan betul-betul di hadapan sebuah masjid.

"Dah nak masuk waktu ni. Awak pergilah solat zohor dulu. Saya tunggu dalam kereta."

"Tapi belum azan zohor lagi.."

"Tak salahkan kalau kita tunggu imam? Sebab dalam dunia ni kita yang perlu cari pemimpin bukan pemimpin cari kita. Awak masuklah dulu dan ready apa yang patut."

Hanah yang sedikit hairan dengan kata-kata Jungkook, hanya mengangguk perlahan sebelum keluar dari perut kereta.

Setelah mendapati langkah Hanah yang semakin menjauh, Jungkook mula keluar dari keretanya.

Kaca mata hitam yang dipakainya ditanggalkan dan diselitkan di dalam baju kemeja. Rambutnya juga diperbetulkan sedikit di hadapan cermin sisi kereta.

Rekaan sebuah masjid dia pandang dengan pandangan yang redup. Tersentuh hatinya bila melihat beberapa orang lelaki yang berumur sebayanya mula berjalan masuk ke dalam masjid itu. Jungkook tersenyum kelat.

Bunyi azan mula berkumandang di telinganya. Kini mindanya terasa tenang sewaktu mendengar bunyi indah dari suara azan ini. Tak sia-sia dia memeluk Islam.

Perlahan-lahan dia berjalan masuk ke dalam masjid itu untuk menunaikan solat zohor. Dia sengaja menyuruh Hanah untuk pergi dulu supaya gadis itu tidak syak apa-apa tentang dirinya.

***

Wajahnya diraup perlahan. Tangannya ditadah bagi mengaminkan doa yang dibaca oleh imam.

Seusai siap semuanya, sejadah dilipat dan Jungkook terus bangun untuk menyimpan sejadah itu ke dalam almari yang sudah disediakan di dalam masjid itu.

Belum sempat dia hendak berjalan menuju ke almari, tiba-tiba langkahnya diberhentikan sewaktu terdengar bunyi-bunyi carutan.

"Eh dia tu orang Cina ke?"

"Tak sangka aku ada jugak Cina masuk Islam. Betul-betul dapat hidayah ke sengaja nak tunjuk baik?"

"Nak tunjuk baik depan bakal isteri saja lah tu," lalu mereka bertiga tergelak besar.

Jungkook memusingkan badannya menghadap tiga orang lelaki yang umur baya dengannya. Senyuman manis dihadiahkan sambil mendekati lelaki-lelaki itu.

"Saya cuma orang Korea yang sesat kat sini. Takdir Allah yang temukan seseorang untuk saya sampai saya dah tahu mana arah yang betul. Alhamdulillah Allah pun dah bukakan pintu hidayah saya untuk cari keredhaan-Nya. Mungkin awak semua rasa awkward sebab saya muallaf kan? Tapi walaupun saya baru peluk Islam dan baru kenal makna apa itu Islam, saya tahu mengumpat itu berdosa. Lagi pula mengumpat dalam masjid. Takkanlah awak semua tak tahu hukum mengumpat dalam masjid?"

Mereka terpinga-pinga dengan kata-kata Jungkook yang seakan menikam jantung mereka.

Ya benarlah! Dah tahu masjid tu tempat orang menunaikan solat tapi boleh pula mereka bertiga membuat dosa.

Jungkook menghadiahkan senyuman manis sekali lagi sebelum pergi meninggalkan mereka. Buat apa lama-lama layan mereka. Buang masa!

***

Hanah mengetuk cermin kereta berkali-kali. Kelihatannya Jungkook tiada di dalam kereta ini. Enjin kereta juga pun dimatikan. Sama juga dengan pintu kereta, semua terkunci. Hairan. Mana pulak budak Korea ni pergi? Setahu dia kat kawasan ni masjid ni saja yang ada.

Baru saja dia mahu mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya, tiba-tiba,

"Hanah!" sergah seseorang dari belakang menbuatkan dia terperanjat. Terus dia memusingkan wajahnya dan memandang wajah orang yang menegurnya. Jungkook.

Hanah melurut dadanya perlahan. Terkejut dia dibuatnya.

"Hanah? Awak okay?" soal Jungkook.

"Awak ni! Terkejut saya tadi. Tiba-tiba datang dan sergah saya. Nasib baik saya tak termelatah tadi kalau tak buat malu sekampung saja!" Hanah sedikit meninggikan suaranya, geram!

Jungkook mula mengekek ketawa. Fikir lawak ke?

"Luculah awak ni. Comel.." kata Jungkook membuatkan Hanah menggulingkan matanya

"Ermm.. awak pergi mana tadi lama sangat?" kini akhirnya Hanah menanyanya tentang tadi.

"Ouh lama ke? Maaflah.. Tadi saya pergi toilet sekejap."

"Hmm.. Okaylah kalau macam tu. Cepat buka pintu kereta ni. Panas."

"Hanah, ni baru panas dunia. Bukan di padang Masyar lagi," kata Jungkook lalu tersenyum. Dia mengeluarkan kunci kereta dan menekan punat 'unlock'. Pintu sebelah pemandu dibukakan kepada perempuan itu.

Tetapi lain pula jadinya bila Hanah sedikit pun tidak berganjak dari tempat asalnya. Entah mengapa, badannya seakan kaku untuk bergerak.

Apa yang Jungkook katakan tadi? Kenapa dari segi dia bercakap macam dia ni dah Muslim?

"Haa masuklah!" kata Jungkook menghentikan lamunan gadis itu. Terus saja dia memasuki perut kereta tadi.

***

"Hanah, saya nak tanya awak sesuatu." Kata Jungkook sambil matanya yang sedang fokus kepada pemanduan.

Sejak mereka berada di dalam kereta tadi, keadaan terus menjadi sunyi. Sekarang inilah baru Jungkook memecahkan suasana sunyi tadi.

"Apa?"

"Awak.. tak rindukan papa awak?"

Terus Hanah terdiam. Matanya langsung tidak beralih daripada memandang ke hadapan.

Dia seakan terkaku mendengar perkataan 'papa'.

Baginya, nama Tuan Idris iaitu bapa kandungnya seakan pupus dalam hidupnya. Perkara silam yang membawa kisah hitam kepada dirinya amat menyayat hati. Sehingga kini dia tidak dapat memaafkan lelaki itu.

"Kenapa awak tanya macam tu?"

Jungkook terdiam seketika. Apa perlu dia jawab?

"Ya lah.. manalah tahu awak rindukan papa awak."

"Macam mana awak tahu yang saya ni masih ada papa?" soal Hanah sekali lagi membuat Jungkook seakan berat untuk menjawabnya.

"Ni mesti Abang Darwisy yang bagitahu kan?" soal Hanah lagi mahu memuaskan hatinya.

Sudah terang lagikan bersuluh, tiada jawapan lain lagi selain anggukan. Perlahan Jungkook menganggukkan kepalanya.

Hanah melepaskan keluhan berat.

"Tak baik mengeluh," kata Jungkook membuatkan Hanah mula mengerutkan dahi.

"Macam mana awak boleh tahu semua ni, Jungkook? Saya hairan dari tadi lagi awak tahu pasal Islam macam awak ni dah Islam."

Jungkook tertawa kecil. "Abang Darwisy yang selalu ajar saya."

"Hmn.. sekarang ni awak nak bawa saya ke mana? Siap masuk-masuk kampung lagi ni. Awak nak bawa saya pergi tanam jagung ke?"

Sekali lagi Jungkook ketawa. "Just wait and see.."

Semakin lama, semakin bengang pula Hanah dibuatnya. Apasal perangai Jungkook ni semakin minit semakin pelik?

Beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu oleh Jungkook itu tiba di destinasi. Kereta itu diberhentikan di hadapan sebuah rumah kayu yang amat dikenali gadis itu.

Itulah rumah Tuan Idris bersama arwah ibunya tinggal dahulu. Jantung Hanah mula berdegup kencang, berdebar secara tiba-tiba melihat rumah yang amat memberi kisah hitam kepadanya dahulu.

"Kenapa awak bawa saya ke sini?" soal Hanah tak puas hati dengan nada yang sedikit kecewa. Jungkook tidak menjawab soalannya sebaliknya terus keluar dari kereta itu.

Seorang lelaki tua berbaju T-shirt berwarna putih dan berkain pelikat mula membuka pintu rumahnya. Perlahan-lahan langkahnya turun dari tangga rumahnya.

"Assalamualaikum, pak cik." Tangan Tuan Idris terus ditariknya lalu dikucupnya.

"Waalaikumussalam, nak." Tuan Idris mengusap perlahan rambut hitam Jungkook.

Kemudian mata mereka berdua beralih kepada Hanah yang sedang tercegat di pintu kereta. Langkahnya seakan terkaku untuk mendekati mereka berdua.

"Aisyah!" Tuan Idris terus berlari selaju yang mampu kearah Hanah yang sedikit pun tidak berganjak dari tempatnya.

"Ini papa, nak. Aisyah dah tak ingat papa ke?" Tuan Idris terus memeluk tubuh anak tunggalnya itu. Pada waktu yang sama juga, perlahan-lahan air mata Hanah mengalir.

Bukan menangis kerana rindu, tetapi menangis kerana sakit hati. Sudah puas dia hidup merana seumur hidupnya hanya kerana Tuan Idris. Dimana dia dibuang ke rumah anak yatim dan dimana juga dia kehilangan ibu kandungnya. Nasib baiklah Uncle Danial dan Auntie Suraya yang sanggup menjadikan dia sebagai anak angkat.

Dia hanyalah seorang manusia yang menumpang kasih sayang orang lain. Semuanya kerana bapa kandungnya sendiri, Tuan Idris!

"Aisyah, papa rindu Aisyah.." tangan Hanah dicapainya lalu mula digenggam Tuan Idris. Tetapi Hanah perlahan-lahan menepis perlahan.

"Maaf papa.. Kenapa baru sekarang papa nak cari Aisyah?"

"Papa minta maaf, Aisyah. Papa banyak buat Aisyah menderita. Maafkan papa, nak." Tuan Idris seakan merayu memohon maaf pada anaknya.

Sesungguhnya dia menyesal dengan masa silamnya yang membuang anak kandungnya itu sendiri. Kini barulah dia sedar bahawa yang bodoh kerana hanyut dalam dunia sendiri yang langsung tidak memberi apa-apa makna baginya iailah diri nya sendiri.

Air mata Hanah semakin laju mengalir. Kalau nak diikutkan hati, memang tak bagi dia untuk memaafkan Tuan Idris. Tapi.. walau apa jua sekalipun, Tuan Idris itu tetap ayah kandungnya yang tak sepatutnya dia derhaka.

"Terlalu banyak dosa papa dengan Aisyah. Papa yang teruk. Papa yang bodoh sebab buang anak sendiri. Papa yang jahat sebab buat mama kamu meninggal. Papa memang teruk."

Air mata lelaki tua mula mencurah laju melalui tubir mata. Tiba-tiba, Tuan Idris memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit yang teramat. Kakinya juga mula merasa lemah menyebabkan dia tidak berdaya untuk bangun berdiri lagi. Tuan Idris mula jatuh terduduk di atas tanah.

"Papa!" jerit Hanah segera mendapatkan ayahnya yang sudah terlantar tak sedarkan diri.

"Pakcik Idris!" jerit Jungkook pula lalu berlari ke arah merek berdua.









++++

Sorry for the late update.. Waktu waktu terdekat ni aii busy sangat. Maklumlah minggu depan dah trial 😢 maaf bebanyak




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top