09 : Thank You

"Tak apa.. biar saya yang buat.." Jungkook mengambil dulang yang berisi pinggan dan mangkuk yang sudah kotor dari tangan Hanah. Maklumlah Hanah mengambil cuti untuk hari ini kerana rasa segan pula dia untuk ke tempat kerja bila Uncle Danial tak sihat sekarang.

"Terima kasih, Jungkook," ucapnya setelah melihat kelibat Jungkook sudahpun beransur menghilang dari pandangannya.

Hanah tersenyum sendirian. Sesekali matanya memandang di sekeliling dimana dia berdiri. Alhamdulillah, hari ini ramai pelanggan di restoran.

Dari jauh, Darwisy memandang Hanah sambil tersenyum kelat. Semakin lama, semakin rapat hubungan perempuan itu dengan Jungkook. Sedikit sebanyak hatinya terkesan dengan kehadiran Jungkook. Tetapi sejak melihat tingkah laku Jungkook yang sempurna itu, cepat-cepat dia menghapuskan rasa itu.

Darwisy berjalan perlahan menuju ke arah Hanah.

"Hanah, pergilah berehat dulu. Restoran ni biar abang yang uruskan." Hanah tersenyum.

"Tak apa abang. Lagipun bila lagi Hanah dapat tolong abang? Ye lah.. hari-hari Hanah sibuk kan?"

Darwisy turut tersenyum. Kagum dengan sikap Hanah yang memang rajin sejak dari dulu lagi.

"Ouh lagi satu.. Uncle Danial macam mana? Dia dah sihat ke?" soal Hanah.

"Dia dah okay dah sikit. Lagipun dia dah makan ubat."

"Alhamdulillah.. Risau Hanah semalam tau?" Darwisy ketawa kecil.

"Alah.. Dia cuma demam sedikit je."

"Pesan kat dia jangan bergerak banyak sangat. Dia tu tak sihat lagi." Darwisy mengangguk perlahan.

"Okaylah, abang pun nak masuk dapur sekejap ni. Kalau Hanah nak balik, baliklah dulu." Hanah sekadar mengangguk bagi mengiyakan saja kata-katanya. Sejurus itu, Darwisy mula berjalan perlahan-lahan ke dapur.

***

Darwisy memandang tadahan tangannya menghadap kiblat. Kini dia berada di Masjid Abdullah Fahim, antara masjid yang terkenal di sini.

"Ya Allah.. Lepaskanlah aku dari perasaan ini. Aku cintakan dia.. tapi dia bukan milik aku. Izinkan aku bawa hati aku pergi dari dia, Ya Allah.  Kalau dah tertulis bahawa jodoh aku dengannya, kau dekatkanlah kami. Tapi jika tak, berilah petunjukmu bahawa dia sememangnya bukan milik aku.. Amin ya rabbal alamin.."

Sesekali air matanya menitis. Ya! Dari dulu lagi hatinya memang ditakdirkan untuk Hanah. Namun dia saja yang tak mampu untuk meluahkan dan tidak yakin dengan dirinya sendiri.

Sehinggalah kedatangan Jeon Jungkook dalam hidup mereka amat mengancam keadaan. Ditambah lagi, dia amat rapat dengan gadis itu.

Sudah hampir tiga bulan Jungkook berada di rumahnya. Dari awal lagi dia melihat cara lelaki itu amat pandai menambat hati orang lain. Sikapnya yang rajin, baik dan tidak pernah membantah arahan itu sedikit sebanyak memberi rasa lain kepada Darwisy.

Sepatutnya dia membenci Jungkook dan bertekad untuk menjauhkan lelaki itu dari Hanah, tetapi entah mengapa dia tidak mampu untuk berkelakuan sebegitu.

Kini, Jungkook yang munculkan diri dengan rambut sedikit berwarna merah itu dulu sudahpun banyak berubah. Apa jua sekalipun, dia amat berbangga dengan dirinya. Sebab dialah, Jungkook perlahan-lahan berubah tanpa sebarang paksaan. Semuanya atas kerelaan hati lelaki itu sendiri.

Benar.., hati itu milik Allah. Bila-bila masa pun Allah dapat berikan kunci pintu hidayah.

Mata Darwisy tertancap kepada tubuh seorang lelaki yang berada di barisan paling hadapan di masjid ini. Nasib baiklah pada waktu itu cuma beberapa orang saja berada di sini.

Perlahan dia berjalan mendekati lelaki itu. Bahu lelaki yang baru sahaja mengaminkan doa itu dia sentuh lembut.

"Assalamualaikum, Muhammad Isyraf Al-Firash."

Terus saja lelaki itu berpaling memandangnya. Senyuman manis dihadiahkan. Manis saja wajah lelaki yang bernama Isyraf ini.

"Waalaikumussalam, Abang Darwisy.."

Darwisy tersenyum kelat. Lantas tubuh lelaki itu dia peluk erat.

"Alhamdulillah.." ucap Darwisy. Sesekali air matanya mencurah perlahan.

Belakangnya digosok perlahan oleh lelaki itu.

Jeon Jungkook, lelaki yang berambut merah dulu kini sudahpun menghitamkan seluruh rambutnya. Mungkin dulu dialah Jungkook yang jauh berbeza dari mereka. Tetapi hari ini, tidak lagi. Dia bukan lagi Jeon Jungkook. Tetapi sebaliknya Muhammd Isyraf Al-Firash, nama pilihannya.

"Terima kasih, abang. Sebab abanglah saya berubah. Abang yang selalu beri saya tunjuk ajar. Abang dah banyak tolong saya. Saya sendiri pun tak tahu macam mana nak balas budi baik abang. Terima kasih sangat.." kata Jungkook dengan penuh perasaan.

"Tak Isyraf.. Allah yang bukakan pintu hidayah kamu. Mungkin Allah dah atur yang terbaik dalam hidup awak, Isyraf. He knows the best."

Perlahan-lahan pelukan tadi dileraikan. Air mata yang mengalir sedikit sebanyak di tubir mata Jungkook dilap oleh Darwisy menggunakan ibu jarinya.

"Hanah dah tahu tentang ni?" soal Darwisy. Jungkook mengeleng perlahan.

"Saya akan beritahu dia sendiri nanti bila dah tiba masanya." Darwisy tersenyum kelat. Baguslah.

Lagipun Hanah tu terlalu sibuk berulang-alik ke hospital. Maklumlah dia tu hanya seorang doktor yang masih dalam latihan. Kadang-kadang, rumah pun dia tak sempat nak balik sebab terlalu banyak kerja perlu dia buat di hospital itu.

"Abang selalu sokong Isyaf. Abang harap, Isyraf takkan pernah terdetik sedikit pun rasa menyesal sebab peluk Islam dan takkan terfikir pun nak balik pada agama asal. Ingat.. Murtad itu dosa dia besar sangat. Abang harap Isyraf takkan sesekali buat macam tu."

Jungkook tersenyum kelat. Lalu terus dia memeluk Darwisy lagi.

"Abang terlalu baik.. Saya harap, Allah izinkan saya untuk jadi baik macam abang."

Darwisy mengetap bibirnya bagi menahan tangis dek terharu. Perlahan-lahan pelukan itu dilepaskan.

"Amin.. Abang aminkan doa Isyraf. Abang harap kamu akan jumpa jalan untuk ke syurga Allah tanpa sedikit pun tersasul," kata Darwisy. Jungkook menundukkan wajah memandang lantai.

Entah mengapa, sejak dia berjaya melafazkan kalimah syahadah, dia seolah-olah merasa seperti berada di dunia lain. Dunia yang jauh lebih baik dan lebih indah berbanding apa yang dia sangkakan.

"Terima kasih, abang.." Jawab Jungkook sambil tersenyum kelat.

Tiba-tiba, telefon di dalam poket baju melayu yang dipakai Darwisy berdering. Terus sahaja dia menyeluk poket baju melayu itu dan mengeluarkan telefonnya.

Nama Pakcik Idris tertera di skrin.

"Sekejap ye Isyraf.." Darwisy terus bangun dari duduknya dan berjalan ke hadapan sedikit agar perbualannya tidak dapat didengari Jungkook.

"Assalamualaikum, pakcik?"

"Waalaikumusalam. Ini Darwisy ke? Anak saudara arwah isteri Idris dulu kan?"

Soal seseorang dari talian. Kedengaran itu bukan seperti suara Pakcik Idris. Tetapi suara lelaki lain.

"Ha'ah ye saya? Ini siapa ye?"

"Saya Pakcik Yusoff, jiran Idris ni haa. Pakcik kamu ni sakit tenat sekarang. Pakcik harap kamu boleh bawa lah dia jumpa anak dia. Apa tu nama? Aisyah kan? Dia hari-hari duduk sebut nama Aisyah saja," jelas Pakcik Yusoff.

"Ha? Sakit tenat? Dia macam mana sekarang? Tak bawa pergi hospital ke?" soal Darwisy dengan cemas.

"Pakcik dah pujuk dia pun tapi dia tak nak. Dia cuma cakap dia nak jumpa anak dia tu je."

Darwisy memejamkan matanya rapat. Astagfirullahalazim.

"Tak apalah kalau macam tu. Saya bawa Aisyah ke sana. Assalamulaikum.."

"Waalaikumusalam." Pakcik Yusoff menjawab salamnya.

Selepas itu, panggilan terus dimatikan. Telefon tadi dimasukkan semula ke dalam poket baju melayu yang dipakainya. Matanya terus memandang kearah Jungkook yang berada tidak jauh dari situ.

Dia berjalan mendekati Jungkook yang kini sudahpun berdiri.

"Isyraf.. Pakcik Idris.. sakit lagi.."

"Ha? Sakit?"







++++

Sorry for the late hapdet.. Waa busy gila semenjak dua menjak ni 😭


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top