08 : Flashback
"Let's enjoy!" Taehyung mengangkat sebuah gelas kaca yang berisi wine di dalamnya. Lalu mereka melanggarkan gelas yang berisi wine itu bersama-sama.
"Let's celebrate my baby's birthday." Jungkook mula meneguk wine miliknya sambil memeluk bahu Hyuri yang kini berada di sebelahnya.
"Yahh! Sweet betul korang berdua ni. Jealous aku," kata Jin lalu tersengih.
"No worries, Jin. Ramai lagi perempuan kat sini yang boleh kau try." Taehyung menuangkan wine ke dalam gelas Jin yang kini sudah kosong. Tidak sama pula dengan Jimin dan Deana yang dari tadi lagi hanya memandang mereka sambil tersenyum sinis.
Deana memandang kearah Jimin lalu gelasnya ditepuk perlahan dengan gelas Jimin.
"Hey, I like your reaction," kata Deana.
"Well, I'm still nice," Jimin tersenyum manis kepada Deana. Deana ketawa kecil, memahami sangat setiap isi tersirat dalam kata-kata Jimin itu. Susah untuk menilai Jimin ni. Dia bukan macam lelaki lain. Walaupun dia juga jenis yang suka berfoya-foya dan menghabiskan masa di kelab, namun dia tidak pernah lagi meragut kesucian mana-mana perempuan. Yang dia cuma tahu, menghabiskan saja masa dan duit ibu bapanya. Bukannya untuk menyakiti orang yang tiada kaitan dengan kisah silamnya.
"Well, Jimin. Kau still tunggu lagi ke perempuan kampung tu?" soal Deana. Walaupun jauh di sudut hati Jimin dia amat kecewa dengan soalan Deana yang memanggil dengan nama 'Perempuan Kampung' itu, dia tetap tersenyum. Takkanlah dia nak tunjuk lemah dihadapan perempuan ini.
"Dia kampung ke bandar ke, yang penting dia jauh lebih baik dari kau. Look at yourself, pakaian pun dah macam bikini, tak ada harga diri...,"
Deana berdecit. Tetapi dia tetap cuba untuk tersenyum. Bukan sesenang dia aje nak kalah dengan Jimin ni.
"Kalau kau betul-betul cintakan perempuan kampung tu, why didn't you leave this hell and go to her?"
"Kalau aku tinggalkan tempat ni, kau nak ke kehilangan aku?" soal Jimin lalu Deana tertawa kecil. Dia mula melentokkan kepalanya dia bahu Jimin. Jimin hanya mampu mengeluh. Sebenarnya bukan niatnya untuk masuk ke tempat sebegini, tetapi disebabkan ibu bapanya, dia terperangkap. Banyak sejarah silam yang membuatkan dia tidak dapat menerima ibu bapanya pada waktu ini.
I hate you, mummy, daddy! Gumam Jimin di dalam hati.
"You're so sweet, honey.." Hyuri mengusap dagu Jungkook dalam keadaan mabuk. Begitu juga dengan Jungkook yang sedang memeluk lehernya. Jin dan Taehyung pula sedang bersantai dengan perempuan-perempuan yang berada di situ.
"I love you.."
"I love you too.."
"Hey Jungkook! Let's dance!" kata seorang perempuan yang berbaju hitam berkilat-kilat yang kini baru datang kearah mereka berdua.
"Hey, Wendy!" Jungkook mencapai tangannya. Kemudian wajahnya ditoleh pula kepada Hyuri yang kini sedang mabuk teruk. Dalam keadaan mabuk, Hyuri hanya menganggukkan sahaja memberi keizinan kepada teman lelakinya untuk bersama dengan perempuan lain.
Dia percaya. Percaya bahawa Jungkook akan tetap memilih dia walau apa jua terjadi sekalipun. Bukannya dia tak tahu yang sudah berapa ramai perempuan yang bersama dengan Jungkook sebelum ni.
Jimin menolak bahu Deana perlahan dan melihat setiap gerak-geri Jungkook yang sedang menari dengan Wendy. Jimin menjeling tajam walaupun dia tahu bahawa lelaki itu tidak akan memandangnya. Kenal sangat dengan perangai Jungkook. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja dia membawa lelaki itu keluar dari neraka ini dan mencari jalan yang lebih baik. Tapi itulah, dia sendiri pun boleh terperangkap di sini, apatah lagi mahu membawa keluar orang lain?
***
•
•
•
Hanah hanya memandang dan mencatat apa yang patut sewaktu melihat doktor pakar yang menunjukkan cara pembedahan. Tak sama pula dengan Dhia yang dari tadi lagi sedang fokus kepada Doktor Izzul, doktor yang bertugas di hadapannya ini.
Sesekali dia tersenyum. Sekali nampak macam tergedik-gedik.
"Dhia, Hanah, mari sini," Doktor Izzul memanggil Dhia untuk datang kearahnya. Semakin berbunga pula hati Dhia sewaktu melihat jejaka yang ada iras artis Melayu, Izzue Islam ni sedang memanggil dia.
"Ye doktor," Dhia mula mendekati Doktor Izzul. Begitu juga dengan Hanah. Doktor Izzul mula menerangkan cara-cara pembedahan kepada mereka berdua sebelum mengizinkan mereka berdua untuk mencuba sendiri.
***
"Hanah, Doktor Izzul tu handsome kan?" soal Dhia. Bibirnya mula mengukir senyuman manis. Senyuman yang menyimpan seribu satu erti.
"Eh eh Dhia ni. Kuat betul meroyan. Setahu Hanah, Doktor Izzul tu dah kahwin."
"Haa? Dah kahwin?" senyuman yang terbit di bibirnya tadi kian menjadi muram. Hancur lebur terus hatinya bila mendengar Doktor Izzul dah kahwin. Sudahlah Doktor Izzul tu dah lama jadi lelaki idamannya. Apalah nasib.
"Alahai Dhia jangan sesedih.. Banyak lagi lelaki atas dunia ni. Setiap manusia Allah ciptakan berpasang-pasangan. Mungkin Dhia tiada jodoh dengan Doktor Izzul, tapi jodoh dengan orang lain. Manalah tahu jodoh Dhia tu nanti jauh lebih baik daripada Doktor Izzul macam mana?"
Dhia tersenyum. Sejak dia mengenali Hanah, gadis itu tak pernah lagi berhenti menasihati dia dengan cara lembut. Melihat kepada penampilan Hanah yang sederhana, ianya amat menyerlah bahawa gadis ini dibesarkan daripada keluarga yang baik-baik.
"Hahaha Dhia gurau je. Memanglah Doktot Izzul tu crush Dhia tapi Dhia pun ada ramai lagi crush lain." Dhia tergelak kecil. Manakala Hanah pula membuat muka menyampah. Sakit pula hati dia melayan perangai Dhia.
"Okaylah Dhia.. Hanah nak balik." Hanah mula memasukkan semua barang apa yang patut ke dalam beg galasnya.
"Merajuk lah tu."
***
•
•
•
"Papa okay tak ni?" soal Darwisy setelah mendapati Uncle Danial yang dari pagi tadi lagi hanya berbaring di tempat tidurnya. Dahinya disentuh, panas.
"Papa demam ni.." riak wajah Darwisy terus bertukar menjadi risau. Wajah Jungkook dan yang setia berada di sebelahnya dia pandang sekilas.
"Betul uncle tak nak pergi hospital?" soal Jungkook. Matanya melirik kepada Auntie Suraya yang berada di sebelahnya pula. Dia juga memaparkan riak wajah risau.
Uncle Danial mengeleng perlahan. Tangannya mula menggengam tangan Auntie Suraya.
"Suraya.. abang nak tunggu Hanah." Ujar Uncle Danial perlahan. Auntie Suraya menunduk ke bawah. Itulah suaminya. Kalau sakit ke demam ke apa, susah sangat nak pergi jumpa doktor lain selain Hanah. Nampaknya Hanah dah pakai jampi apalah.
"Assalamualaikum.." tersentak mereka berempat bila melihat kemunculan Hanah di pintu bilik. Panjang pun umur.
"Waalaikumusalam.."
"Alhamdulillah Hanah dah balik." Darwisy melurut dada perlahan tanda bersyukur.
"Kenapa ni?" soal Hanah hairan sewaktu melihat keadaan Uncle Danial yang sedang berbaring tenat di atas katil.
"Uncle demam," kata Jungkook. Terus Hanah mendekatinya. Dahi lelaki tua yang semestinya mahram baginya itu dia sentuh. Panas!
"Suhu uncle tinggi ni. Ni mesti uncle buat kerja berat-berat kat restoran kan? Uncle kena pergi klinik ni. Nanti semakin teruk kan apa pula jadi?" kata Hanah.
"Ya memang. Uncle Danial kamu ni semalam dari pagi sampai petang lagi duduk kat restoran tu haa. Tak reti duduk diam. Puas auntie nasihat dia," kata Auntie Suraya.
"Hmnn.. Tapi uncle kena pergi klinik sekarang. Bukan apa, takut-takut suhu makin tinggi nanti macam mana?"
"Baiklah kalau macam tu. Papa? Kita pergi klinik ye?" Darwisy cuba memujuk Uncle Danial dengan lembut. Perlahan-lahan dia mengangkat bahu lelaki tua itu untuk bangun berdiri.
"Tak apalah, Hanah. Biar Hanah rehat je dekat rumah ni. Jungkook temankan kita juga. Darwisy bawa papa kamu ke klinik." Arah Auntie Suraya.
"Mama tak nak ikut?" soal Darwisy.
"Bukan mama tak nak ikut, tapi mama saja nak temankan Hanah. Lagipun mama dan Hanah pun perlukan Jungkook. Manalah tahu ada emergency ke apa nanti?" Darwisy mengangguk faham.
"Okaylah kalau macam tu. Darwisy pergi dulu." Darwisy mula memapah bahu Uncle Danial untuk berdiri dan perlahan dia membawa Uncle Danial ke kereta.
"Hati-hati." Ucap Hanah lalu dibalas senyuman oleh Darwisy.
"Hanah pun pergilah rehat dulu. Jungkook pun.." Auntie Suraya menepuk perlahan bahu Hanah. Sejurus itu matanya melirik kearah Jungkook yang masih berdiam diri. Lalu Auntie Suraya mula beredar meninggalkan mereka berdua.
Baru sahaja Hanah hendak keluar dari bilik itu, pada waktu yang sama Jungkook menjurus untuk keluar juga. Nasib baiklah badan mereka tidak sempat berlanggar apabila Jungkook sempat menghentikan langkahnya.
"Maaf.. awak lalu dulu," kata Jungkook sambil menunduk.
Perlahan-lahan Hanah mengukir senyumannya. Jungkook ni tak adakah teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan fizikalnya yang kelihatan agak badboy. Dia tak sama dan jauh berbeza.
Atau mungkin..
Dia memang bukan seperti ini dahulu? Dan inilah takdir Allah yang menentukan hidupnya untuk berubah kearah jalan yang benar? Kalau ye, Alhamdulillah. Allah itu maha pemurah lagi maha pemaaf. Bila-bila saja dia mampu membuka pintu hidayahnya kepada umatnya walaupun umatnya itu kufur sekalipun.
Jungkook menaikkan wajahnya dan memandang Hanah yang masih belum berganjak dari situ.
"Awak tak nak lalu? Ke.. awak memang sengaja nak tengok saya?" Jungkook sudahpun tersengih. Terus sahaja pipi Hanah berona merah. Kini dia pula yang menunduk memandang lantai.
"Ta.. tak saya dah nak pergi ni." Hanah mula keluar dari pintu bilik itu meninggalkan Jungkook sendirian. Jungkook pula hanya ketawa kecil. Seronok pula dia menyakat perempuan ini. Ditambah lagi dengan sikapnya yang agak kecoh itu.
Jungkook juga mula mengorak langkahnya menuju ke tingkat atas dimana bilik tidurnya ditempatkan.
Telefon bimbit yang dihadiahkan oleh Uncle Danial kepada dia dicapai selepas dia tiba di biliknya. Aplikasi Whatsapp ditekan seusai membuka wifi.
Me:
Assalamualaikum. Awak dah tidur ke?
Hanah💕
Waalaikumusalam.. Sejak bila pula awak pandai bagi salam ni?
Belum
Me:
Sejak saya dengar awak sebut perkataan salam tu :)
Hanah💕
Huh!
Me:
Tak baik mengeluh
Hanah💕
Macam mana awak tahu?
Me:
Sebab saya ditakdirkan untuk tahu
Hanah💕
Hmm ye lah ye lah Jungkook
Me:
Awak buat apa tu?
Hanah💕
Saya? Saya dah nak tidur sebenarnya.. Bye, goodnight 🤗
Me:
Goodnight too.. Jangan lupa ambil wudhu dan baca doa sebelum tidur ye? Doa mimpikan saya juga tau :) Manalah tahu kalau tuhan awak akan takdirkan saya dalam mimpi awak 🤗
Seen ✔✔
Jungkook tersenyum puas. Biarlah dia hanya baca dan tidak membalas apa-apa lagi pun. Janji dia tetap baca.
Jungkook meletakkan telefon itu di dadanya dan berbaring di atas katil. Syiling di atas dia pandang. Bibirnya mengukir senyuman nipis.
"Kalau hidup aku hancur dulu, aku harap tuhan masih beri aku kesempatan untuk aku lupakan semuanya dan mulakan hidup baru dengan cara yang jauh lebih baik.."
++++
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top