05 : Mahram

"Abang Darwisy pergi mana semalam? Penat Hanah call tapi abang tak angkat. Abang tahu tak yang semua orang dalam rumah ni risau pasal abang?" soal Hanah dengan risau apabila sudah semalaman Darwisy tidak pulang ke rumah. Biasanya Darwisy tak pernah berbuat macam ni.

"Maafkan abang. Abang ada emergency semalam. Semalaman abang duduk kat hospital saja," jawab Darwisy.

"Ha? Hospital? Abang sakit apa?" soal Hanah lagi. Semakin risau pula dia dengan Darwisy.

Darwisy tertawa kecil bila melihat Hanah yang risau akan dirinya.

"Orang tanya dia gelak pula."

"Mana ada abang sakitlah. Hanah ni kecoh betul."

"Mestilah kecoh sebab Hanah sayangkan abang."

Terus Darwisy berhenti dari terus ketawa bila mendengar perkataan 'sayang'.

"Maksud Hanah, sayang sebagai abang Hanah. Abang jangan fikir bukan-bukan pula," sambung Hanah.

Darwisy mula tertawa kecil semula walaupun jauh di sudut hati, dia amat sangat. Namun cepat-cepat dia beristighfar di dalam hati.

"Tak adalah. Semalam abang cuma terserempak dengan seorang pakcik ni. Abang tak kenal dia. Dia pengsan kat masjid. Abang tolonglah bawa dia ke hospital." Jawab Darwisy sekadar menyorok siapa lelaki tua itu. Takkanlah dia nak bagitahu bahawa lelaki tua tu ialah Tuan Idris, bapa kandung Hanah.

"Mama dan papa dah pergi restoran ye?" soal Darwisy dan dibalas anggukan oleh Hanah.

Jungkook yang baru datang, berjalan menghampiri mereka berdua. Senyuman yang amat manis dihadiahkan kepada Darwisy.

"Abang Darwisy dah balik?" soalnya dengan ramah dan dibalas anggukan oleh Darwisy.

"Jungkook nak pergi mana ni?" soal Darwisy pula bila melihat Jungkook sudah mengenakan baju T-shirt hitam bersama jeans hitam.

"Hanah ambil cuti hari ni sebab nak bawa Jungkook ke suatu tempat. Manalah tahu dia dapat ingat apa-apa ke kat sini." Darwisy mengangguk faham sambil tersenyum.

"Eloklah tu. Manalah tahu boleh ingat apa-apa kan?" kata Darwisy.

"Kami pergi dulu, abang," terus tangan kanannya disambut Jungkook dan diciumnya.

Melihat kepada perlakuan Jungkook, dia tak jauh berbeza seperti mereka. Orang yang ada budi bahasa dan menghormati orang yang lebih tua darinya walaupun cuma berbeza dua tahun. Susah untuk dinilai masa silam lelaki ini macam mana.

***

Gambar dimana Jungkook bersama Hyuri menjadi tatapan lelaki itu di hadapan sebuah tasik. Tasik dimana Hanah membawanya sekarang.

"Awak tak ingat langsung siapa dia ni?"

Jungkook mula memegang kepalanya yang tiba-tiba berdenyut kuat. Bibir diketap kuat sewaktu cuba mengingati wanita di dalam gambar itu.

"Ju..jungkook! Stop it!" kata Hanah menyuruh agar lelaki itu berhenti dari mengingat kembali.

"Tak.. saya tak nak ingat dia!" Jungkook menyerahkan kembali gambar itu kepada Hanah.

"Tapi kenapa? Dia bakal isteri awak." Masih lagi Hanah mendesak supaya Jungkook dapat balik semula pada Hyuri. Bukan apa, dia tak mahu menjadi orang ketiga mahupun perampas dalam hubungan mereka berdua.

"As I told you, kalau dia betul-betul sayangkan saya, she will find me."

"Tapi mana tahu kalau dia merajuk sebab ingat awak yang tinggalkan dia dulu? Sebab tu lah dia tak nak cari awak sampai hari ni."

"Stop it, Hanah! I don't want to remember that girl."

Terus dia bangun dari duduknya. Langkahnya dilajukan menuju ke arah kereta yang diparkirkan tidak jauh dari situ. Hanah yang berlari mengejarnya, terus menghalang Jungkook. Tangannya didepakan.

"Tepilah!"

"Tak nak!" Jungkook melepaskan keluhan berat.

"Awak ni memang kuat merajuk eh? Sebab tu awak tak nak ingat kan?" soal Hanah sambil tersengih.

Memperlihatkan wajah Hanah yang sedang mengusik dia, terus dia ketawa kecil secara tidak sengaja.

"Tu kan! Betul apa saya cakap kan?"

"Dah tepi saya nak masuk kereta."

Hanah mula menjatuhkan tangannya dan memberi laluan kepada Jungkook yang mahu masuk ke dalam kereta. Tetapi yang peliknya, Jungkook membuka pintu di tempat pemandu seperti dia pula yang nak memandu kereta.

Dia ada lesen ke?

"Kenapa awak duduk kat tempat driver?" Hanah mengambil tempat di sebelahnya iaitu tempat di sebelah pemandu.

"Giliran saya pula bawa awak ke suatu tempat."

"Eleh.. dia tu dah lah tak kenal tempat orang. Ada hati nak bawa orang ke mana-mana macam dia tu dah anak Melayu," rungut Hanah perlahan namun masih dapat didengari Jungkook. Terus Jungkook memandangnya dengan pandangan yang serius tetapi bersisa sinis.

"Saya memang bukan anak Melayu. Tapi kalau saya jadi suami kepada anak Melayu nanti awak jangan kecam," jawab Jungkook. Senyuman di bibirnya perlahan-lahan mengukir manis.

"Haa?" Hanah mengerutkan dahi seakan tidak faham dengan apa yang dikatanya.

"Tak ada apa-apa.." Jungkook mengeleng perlahan lalu matanya pula beralih ke hadapan. Enjin kereta dihidupkan.

***

"Saya fikir awak nak bawa saya ke mana tadi? Restoran aje pun. Restoran Abang Darwisy pun ada tapi pilih tempat lain. Membazir duit!" kata Hanah sambil menghirup Green Tea dihadapannya.

Jungkook ketawa kecil.

"Awak ni luculah. Dah tahu pun membazir tapi awak minum juga Green Tea tu kan?"

"Haa dah awak dah order saya minumlah."

Jungkook terus menatap dalam mata hezel gadis itu sambil tersenyum. Terus saja Hanah menundukkan pandangannya memandang lantai. Pipinya mula terserlah kemerahan kerana segan dan malu.

"Jangan pandang saya macam ni boleh tak?"

"Kenapa? Tak boleh ke?"

"Tak boleh. Dalam Islam pun tak elok kalau bertatap mata dengan orang yang bukan mahram."

Jungkook terus mengalihkan pandangannya ke arah lain bila melihat Hanah yang tidak selesa bila dipandang begitu.

"Apa maksud bukan mahram tu?"

Hanah tersenyum. Wajarlah kalau Jungkook tak tahu pun. Lagi-lagi dia yang masih baru di sini. Apa sangatlah yang dia dapat pada waktu sebelum ni.

"Bukan mahram ni maksudnya sah kahwinnya. Tapi kalau sebelum kahwin tu akan jadi haram kalau bersentuhan dan sebagainya. Tapi kalau mahram, contohnya adik beradik atau ibu bapa. Dah sah-sah tahu memang haram nikahnya," jelas Hanah.

Jungkook terdiam sewaktu mendengar penjelasan Hanah. Sejurus itu, dia mengangguk faham. Dia cuba mendalami setiap bait perkataan yang disebut gadis itu. Begitu rupanya salah satu hukum dalam Islam. Nampaknya agama ini amat menitikberatkan soal batas pergaulan manusia. Jungkook seperti terpukau buat seketika.

"Kalau kita bukan mahram..,

maknanya kita boleh kahwin?" soal Jungkook lagi.








++++

Thanks for readers who sapot this penpik even penpik ni agak membosankan pada mula mula 🌚 aii janji aii akan tunjukkan perkembangan secepat mungkin.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top