04 : Move


"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam.."

Darwisy yang sedang duduk di meja makan terus terbangun sewaktu melihat kedatangan Hanah bersama seorang lelaki yang amat asing baginya.

"Saya Jeon Jungkook," terus lelaki itu menyambut tangan Darwisy dan menciumnya.

Entah mengapa, tangan Darwisy yang satu lagi mula mengusap rambut lelaki itu yang berwarna agak kemerahan dengan perlahan.

Tentang lelaki yang bernama Jeon Jungkook ini sudah Hanah ceritakan kepadanya. Dia mahu menumpang di rumah mereka buat sementara waktu. Selepas dia ingat semuanya, dia berjanji akan balik pada tempat asalnya. Ini yang Hanah ceritakan padanya.

Darwisy tersenyum manis memandang Jungkook. Betul Hanah kata, dia memang tak sama jika nak dibandingkan dengan mereka. Dari penampilannya yang agak kelihatan seperti badboy, lebih-lebih lagi rambutnya yang sedikit kemerah-merahan itu meletakkan kepercayaan bahawa mungkin lelaki pernah terpengaruh dengan dunia dahulu. Lagi-lagi, dia berlainan agama dengannya, memang wajarlah jika dia bukan lelaki yang baik pun.

Tetapi itu bukan menjadi ukuran kepada Darwisy. Memandangkan lelaki ni masih muda dan lebih muda berbanding dirinya, mungkin Jungkook boleh saja berubah kepada yang lebih baik.

"Eh Hanah.." kata Auntie Suraya yang baru datang dari dapur bersama suaminya. Jungkook yang berada di sebelah Hanah terus menjadi perhatian mereka.

"Siapa ni?" soalnya.

"Ini Jungkook, auntie. Dialah yang Hanah ceritakan semalam," jawab Hanah.

"I'm Jeon Jungkook, auntie, uncle."

Terus Jungkook menguncup tangan Uncle Danial sebelum tubuhnya dipeluk lelaki yang berumur itu.

"Mari kita masuk dalam lah dulu. Auntie Suraya tu dah masak sedap-sedap untuk kamu berdua," pelawa Uncle Danial dengan sungguh ramah. Jungkook tersenyum sebelum mengangguk perlahan.

"Dah dah jom masuk," kata Auntie Suraya pula. Mereka kemudiannya masuk ke ruang VIP yang sudah tersedia di dalam restoran itu. Tempat yang khusus bagi menyambut kedatangan Jeon Jungkook.

Darwisy yang masih tidak berganjak dari situ, hanya memerhati kelibat ibu bapanya bersama Jungkook dan Hanah yang kian menghilang apabila mereka mula berjalan masuk ke tempat VIP itu.

Dari sudut jauh, Darwisy hanya tersenyum kelat. Entah mengapa hatinya tiba-tiba terasa sakit bila melihat Hanah yang kelihatan gembira ketika mula menikmati hidangan bersama-sama Jungkook.

Darwisy melurut dadanya perlahan. "Astaghfirullahalazim.."

Dia memejamkan matanya erat sebelum berlalu pergi dari situ. Restorannya itu biarlah pekerja-pekerjanya sahaja yang jaga.

***

"Terima kasih banyak auntie, uncle. Bagi saya tinggal dekat sini. Saya.. minta maaf sangat sebab menyusahkan.. Sa..saya.." terus kata-kata Jungkook itu dipotong Uncle Danial,

"Tak. Jungkook tak menyusahkan pun. Kami faham situasi yang Jungkook kena sekarang ni. Memang berat nak terima semua ni. Sudahlah kemalangan kat tempat orang, tak dapat ingat apa-apa pula tu. Kami faham sangat," kata Uncle Danial seolah-olah merasai apa yang sedang berlaku kepada Jungkook.

"Lagipun kita sebagai manusia sepatutnya tolong-menolong satu sama lain," ujar Auntie Suraya pula.

Jungkook terus menundukkan wajahnya dan memandang lantai. Walaupun sebenarnya dia segan untuk menumpang di sini, tapi dia tetap gagahkan diri untuk berpijak di sini. Kalau tak, mana dia nak tuju? Keluarganya langsung tak peduli tentang diri dia. Sikap keluarganya itu amat menyentuh perasaan. Sakit hati!

"Hanah, tolong tunjukkan bilik untuk Jungkook. Bilik yang kat tingkat atas, sebelah bilik Darwisy." Kata Uncle Danial memandangkan mereka kini berada di rumahnya.

"Baik uncle," jawab Hanah seraya bangun dari duduknya. Langkahnya diajukan ke tingkat atas bila Jungkook sudahpun mengikut dia dari belakang.

"Ini bilik awak," kata Hanah setelah tiba di hadapan bilik Jungkook. Pintu bilik dibuka luas.

Jungkook yang dari tadi lagi hanya membuntutinya dari belakang, mula melangkah masuk ke dalam bilik yang luas itu.

Bilik yang cantik. Dihiasi dengan dekorasi dinding yang amat menarik. Cat berwarna perang dan coklat pekat itu amat menarik perhatian. Katil King juga tersedia. Nampaknya, kedatangan dia ke rumah ini amat dialu-alukan oleh Uncle Danial dan Auntie Suraya.

"Awak masuk dan berehatlah dahulu. Lepas tu turun dinner." Baru saja Hanah ingin berganjak pergi dari situ tetapi dia terus berhenti sewaktu namanya dipanggil Jungkook,

"Hanah.."

"Ya?"

"Awak nak pergi mana?"

"Solat."

"Solat?"

"Yes.. Solat tu ialah menyembah tuhan dan sebagai tanda kita ingat pada dia. Awak yang tak solat tu duduk diam jangan nak pergi mana-mana pula," jawab Hanah sambil tersenyum. Langkahnya terus diajukan untuk pergi dari situ.

Jungkook hanya mampu berdecit. Sejurus itu, dia menutup pintu biliknya. Katil King yang kini menjadi miliknya itu terus direbahkan badannya.

Dia menyilangkan tangan dan dialasnya dengan kepala. Syiling di atas menjadi perhatian. Perlahan-lahan bibir dia mengukir senyuman. Senyuman yang amat bahagia.

***

Darwisy yang baru sahaja mengaminkan doanya di masjid, memandang ke hadapan memandangkan cuma ada beberapa orang saja orang di sini. Ya, dia langsung tidak balik sejak Jungkook tiba di rumahnya petang tadi. Solat pun dia solat di masjid.

Bukan dia tak nak berhadapan dengan Jungkook, tetapi sebaiknya dia menenangkan diri buat sementara.

Sudah lama dia mengenal Hanah dan mungkin menganggap Hanah itu lebih dari adik angkat atau sepupunya. Cuma gadis itu saja yang hanya menganggapnya sebagai seorang abang yang prihatin dan hanya mengambil berat tentang dirinya.

"Astaghfirullahalazim.." dia memegang dadanya, cuba untuk menenangkan hati.

Jungkook tu cuma lelaki yang perlukan perlindungan saja. Tak lebih daripada itupun. Hanah tu mungkin saja nak tolong dia. Bisiknya dalam hati.

Tiba-tiba pandangannya jatuh pada seorang lelaki tua yang sedang sembahyang di hadapannya. Dari belakang, lelaki itu kelihatan seperti dah uzur dan tua. Nak berdiri pun tampak tak bermaya.

Baru sahaja lelaki itu ingin mengangkat takbir, tiba-tiba kakinya kelihatan terketar-ketar seperti sedang menanggung kesakitan. Tubuhnya juga kelihatan sangat lemah lalu dia jatuh terjelopok di atas bentangan sejadah.

"Pak cik!" jerit Darwisy dan terus berlari untuk mendapatkannya.

Wajah lelaki tua itu ditatap buat seketika. Terkejut Darwisy dibuatnya. Lelaki yang amat dia kenali. Lelaki yang banyak menimbulkan penderitaan dalam diri Hanah. Dimana gadis itu dibuang serta isterinya meninggal dahulu. Dialah..,

"Pakcik Idris?"

***

Hyuri memegang kepalanya yang terasa pening. Sudah dua hari dia berada di Korea, takkanlah mabuk  kapal terbang tempoh hari masih terasa lagi?

Terus wine yang berada di hadapannya dia teguk laju.

"I hate you, Jeon Jungkook!" Katanya perlahan sambil ketawa sinis. Perasaan kecewanya terhadap Jungkook yang telah menghilangkan diri semasa hari perkahwinannya hari itu amat memberi impak kepada Hyuri.

Semenjak dua menjak ini, dia sangat kuat meminum minuman keras sehinggalah dia mabuk teruk. Walaupun sebelum ini dia memang sudahpun seorang peminum, tetapi dia tak pernah sampai mencapai tahap mabuk teruk macam ni. Puan Soojin juga sudah tidak tahu lagi nak buat apa pada Hyuri. Dia kelihatan sedih dan tertekan.

Hyuri yang separa mabuk tadi membuatkan dia bertambah lagi rasa pening. Terus dia bangun dari sofa yang diduduknya lalu mula mengorak langkah menuju ke tandas.

Setibanya dia di dalam tandas, sinki menjadi tempat tujuan utama. Sinki itu dia pegang dengan kemas supaya tidak terjatuh.

Dia mendekatkan wajahnya dengan sinki. Pening semakin membuak-buak terasa lalu dia memuntahkan segala isi perutnya ke dalam sinki itu. Pili air dibuka dengan laju lalu dia berkumur serta membasuh sekali wajahnya pada waktu itu.

Wajah yang basah dia tatap di cermin yang berada di hadapannya. Senyuman sinis dipamerkan lagi.

"I like your game, Jeon Jungkook. Tinggalkan aku lepas mengandungkan anak kau. Bullshit!"

Dia membilas lagi wajahnya buat kali kedua.

Sesekali air matanya mengalir. Rasa sedih pun ada, sakit hati pun ada. Jungkook, lelaki yang amat dia cintai dan harapkan, pergi tinggalkan dia begitu saja.

"Kalau kau memang tak sayangkan aku dari dulu, kenapa kau buat aku macam ni, Jungkook? Manusia jenis apa kau ni?"

"Arghh!" terus dia menyelerakkan semua perkakas mandian yang berada di hadapannya. Geram? Itulah yang dirasainya. Macam mana dia nak hidup dengan anak yang dikandungnya kalau Jungkook tiada?







++++

🌚🌚🌚🌚

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top