Bab 37💌

🌙

“Nak order food tak?” soal Yoongi, Aera menggeleng. Dia tidak ada mood untuk bercakap dengan lelaki itu sekarang.

“Aera..”

“Em?”

Yoongi menarik Aera ke ruang tamu. Di situ kedua mereka duduk diatas sofa, masing- masing mendiamkan diri. Tidak tahu mahu mengatakan apa lagi. Lepas rindu? Sudah.

Sekarang nak buat apa?

“Nak tengok movie apa?”

“Apa- apa jelah..” balas Aera, malas. Kalau dia tahu membosankan macam ni, baik dia tidur aje di rumah.

Yoongi menahan senyum, dia memasang televisyen sebelum melangkah kedapur mahu mengambil snek. Aera menyandarkan tubuhnya pada sofa. Mata tertumpu pada televisyen.

Yoongi kembali dengan popcorn didalam mangkuk. Setengah jam mereka mendiamkan diri dan sampailah movie habis. Yoongi masih tidak ada tanda- tanda mahu melamarnya. Aera jadi malas.

“Aera.”

“Em?” jawab Aera seraya memejamkan mata. Mengantuk.

“Jom kahwin” kata Yoongi buatkan Aera kembali membuka matanya. Lantas wajah lelaki itu dipandangnya tak percaya.

“Be- betul ni?”

“Ya, jomlah kahwin.” ulang Yoongi, sebentuk cincin dikeluarkan dari poket sebelum disarungkan pada jari manis Aera. Gadis itu terharu sebelum dia meluru memeluk Yoongi dengan tangisan gembira.

“Huwaaaa!”
“Terima kasih, sebab sudi tunggu saya sayang..” bisik Yoongi, pelukan pada pinggang Aera dia eratkan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top