Bab 14💌
🌙
"Semalam kau overnight ke, Yoongi? Eyebag kau tu, dari jauh lagi aku nampak" ucap Seokjin, milky tea pearl dia sedut menggunakan straw. Yoongi tidak menjawab, dia hanya membelek wajahnya melalui cermin. Dia senyum kecil.
"Mestilah dia overnight hyung, nak lepaskan rindu dengan siapa lagi kalau bukan Aera?" sampuk Jimin buatkan bibir Yoongi melebar dengan senyuman bila nama Aera disebut. Pantang sangat.
"Hok aloh, lepas rindu ke? Ingatkan apalah kau buat setiap malam tu sampai terlajak tidur" ucap Seokjin lagi. Stylist peribadi masing- masing mulai merapati mereka sebelum rambut mereka didandan rapi.
Yoongi membelek phonenya yang bergetar. Emoji love yang dihantar oleh Aera buatkan senyumannya melebar.
"Aku risaukan kesihatan kau lah, Yoongi. Overnight ni tak bagus untuk kesihatan, kalau tak cukup tidur, buatkan kau mengantuk, hilang fokus dan oksigen tak masuk dalam otak. Kau pun tahu, kan?" nasihat Seokjin buatkan Yoongi melepaskan helaan berat.
"Aku tahulah, hyung.."
"Then, kenapa buat?"
"Sebab aku rindukan dialah aku buat. Korea dengan Amerika ni bukan dekat, dah setahun lebih aku tak jumpa dia face to face sebab busy. Siapa je tak rindu kalau macam tu? Lagipun aku overnight bukannya selalu, ikut masa, kalau aku penat aku bagitau dia dan dia faham." jawab Yoongi, masam muka dia jadinya. Seokjin terdiam.
"Okay, aku minta maaf"
Yoongi tidak membalas lagi. Dia capai eye mask sebelum menutup matanya, dia pejamkan mata. Lebih baik tidur.
"Hah.." Seokjin mengeluh, dia berpandangan dengan Sejin Managernya, memberikan isyarat yang hanya mereka sahaja tahu sebelum Sejin manager menggeleng- gelengkan kepala.
Dia mesti buat sesuatu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top