14; Generasi Poor Coping?

Artikel/post oleh: Nizam Zakaria


Semakin ramai remaja dan anak muda yang dirujuk ke unit kaunseling dan klinik psikiatri akibat tidak mampu mengurus tekanan hidup.

Salah satu 'common pathway' yang kita akan dapati dalam kebanyakkan kes ialah 'poor coping', iaitu kurangnya kemampuan untuk menguruskan dan mengendalikan stress.

Stress ni pengalaman yang unik pada individu kerana setiap orang alami punca stress yang berbeza dan cara mengalami stress yang berbeza. Tapi kemahiran asas mengendalikan stress dan coping skills adalah antara elemen asas yang mesti ada dalam kehidupan.

Bagaimana kita belajar cara mengendalikan stress?

1. Observation - kita tengok orang lain
2. Trial dan error - try pelbagai cara sampai jumpa yang kena dengan kita.
3. Formal education - belajar stress management secara formal

Sebahagian besar dewasa (harapnya) mampu menanggung cabaran demi cabaran dalam hidup, kerana salah satu dari tiga kaedah ini dalam membina kemahiran mengurus tekanan dalam hidup.

Namun isu bagi generasi (sebahagian) ini ialah:

- tiada masa untuk observe orang lain, sibuk observe kehidupan fantasi di media sosial atau terlalu absorb into kehidupan sendiri sehingga terlupa memerhati. Ataupun memerhati pada model yang salah. Sebab itu adakalanya kaedah maladaptive seperti kelar tangan bila stress boleh jadi trend.

- tiada trial and error sendiri - semuanya disuapkan dari kecil. Jadi resilient tidak terbentuk dengan semula jadi.

- tak berminat dengan formal education. Jika ada pun pendidikan terlalu fokus kepada academic output sehingga terabai kepentingan membina peribadi.

Ini pemerhatian random saya. Kita semua (generasi ibubapa) akan kekal nmenjadi sebahagian dari proses pembinaan generasi ini. Maka mari sama-sama ambil tanggungjawab untuk membina generasi yang kental emosinya.

Jom jadi sebahagian dari agenda positif dalam mebina generasi ini. Daripada kita bersilang tangan mengeluh semata-mata. Apa kita boleh buat? Mulakan dengan 2 simple steps ini.

1. Jadilah model yang baik untuk mereka contohi dalam menguruskan tekanan hidup kita.
2. Beri ruang mereka untuk membina resilience. Beri ruang mereka belajar untuk memperbaik keadaaan daripada kita memperbaiki keadaan bagi mereka.

Shall we?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top