10; Mulut Berbau?

KENAPA BERPUASA MULUT BERBAU?

Oleh: Dr. Mazwin Mazlan

Berbicara mengenai mulut berbau bagi orang berpuasa, ianya tak lari daripada bercakap mengenai peranan AIR LIUR didalam mulut.

Mulut berbau adalah disebabkan penguraian sisa kotoran oleh bakteria yang akhirnya menghasilkan gas berbentuk sulfur atau komponen volatile sulfur (VSC). Dengan adanya air liur didalam mulut maka fungsi pembersihan akan terhasil.

Oleh kerana, peranan air liur ini sangatlah banyak dan diantaranya adalah fungsi pembersihan, maka semasa berpuasa kandungan air liur akan berkurangan tetapi tidaklah ketahap kering kontang. Justeru itu kekurangan air liur menyebabkan mulut akan mengeluarkan bau.

Air liur ini mempunyai mekanisma rangsangannya tersendiri. Sekiranya dalam keadaan tidur sebagai contoh, air liur masih dihasilkan walaupun didalam kuantiti yang kurang, cuma yang berbeza adalah kandungan ion yang terdapat didalamnya. Begitu juga apabila aktiviti seperti sedang mengunyah makanan, kandungan ion air liur yang dirangsang juga berbeza mengikut jenis makanan yang kita makan. Bertutur juga merangsang penghasilan air liur.

Begitulah.

Usai kalian bangun dari tidur, ada sahaja yang bertompok “air liur basi” kelihatan di pipi atau membentuk peta di bantal tidur, semestinya mulut juga akan berbau busuk. Ini terjadi kerana pada waktu tidur walaupun dalam kuantiti yang sedikit masih terdapat penghasilan air liur, ianya dikenali sebagai “resting saliva flow”. Ianya berbeza dengan penghasilan air liur sewaktu aktif yang membolehkan air liur berfungsi secara optimum. Sekiranya anda seorang yang tidur berdengkur, kebiasaannya kalian akan tidur dengan keadaan mulut ternganga sedikit. Ini dikenali sebagai “mouth breather” yang mengakibatkan mulut bertambah kering.

Berpuasa dalam satu jangka masa akan mengakibatkan keadaan yang dikenali sebagai KETOSIS. Ini terjadi akibat lemak yang terbakar untuk proses menghasilkan tenaga untuk tubuh badan.

KETOSIS tidak hanya akan berlaku semalaman. Ianya memerlukan tempoh masa yang agak lama dan kebiasaannya kalau kita sedari dihujung-hujung bulan ramadan, mulut kita akan mengeluarkan sejenis bau yang agak pelik.

Peringkat awal tubuh badan kita akan menggunakan simpanan gula dalam bentuk glukogen. Selepas masa yang lama simpanan lemak pulak akan dibakar untuk menjana tenaga.

Gula —— Acetyl-CoA
Lemak ——Acetyl-CoA —— Ketone Bodies

Lemak yang terbakar akan menghasilkan “ketone bodies”. Ketone bodies ini akan dibebaskan melalui pernafasan yang dikenali sebagai KETOSIS.

Walaupun bau KETOSIS adalah tidak normal tetapi ianya bukan bau busuk seperti mulut berbau yang disebabkan oleh bakteria. Kebiasaanya pengidap KENCING MANIS mempunyai pernafasan berbau KETOSIS.

Didalam istilah perubatan/pergigian bau KETOSIS ini dikenali sebagai “fruity smell”.

Haaa!!! Kan betul.

“Sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah SWT daripada bau KASTURI”. (HR Muslim)

Kasturi tu apa?
Buah ke?

Tiberrr.

Sekian sahaja.

Dr. Mazwin Mazlan.
Pegawai Pergigian.
Medical Mythbusters Malaysia M3
5 Ramadan 2019

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top