04
Kisstagram-jjk feat bangtan
[Seducer pilihan] : Jung Hoseok
Wink Seducer
A/N:
Saya publish semula karya ini. Mohon sokongan korang semua.
💌
Jae Yoo Min menarik nafas sedalam-dalamnya. Lalu, dia hembuskan perlahan-lahan. Aplikasi kisstagram itu dibeleknya sekali lagi pada hujung minggu.
Sudah beberapa hari peristiwa bertemu ketiga-tiga penggoda itu, Yoo Min didesak satu suara hati yang belum puas.
Dia didorong perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap bakal penggoda seterusnya.
Paparan nama lelaki yang digelar wink seducer itu ditenungnya penuh semangat. Jari telunjuknya dibawa ke butang enter.
----
"Mana dia penggoda wink wink ni? Takde pun bayang."ujar Yoo Min dalam nada suara berbunyi hampa.
Lima belas minit penantian tidak membuahkan hasil. Lelaki bernama Jung Hoseok itu masih tidak wujud di hadapan mata Yoo Min.
Krekk.
Bunyi tingkap dibuka seseorang memancing perhatian gadis itu untuk memandang ke arah bunyi yang terhasil.
"O-omo, awak penggoda suka kedip mata ke?"
Hoseok mengangguk kepala. Tingkap bilik Yoo Min ditolak lembut olehnya. Lelaki itu meloloskan diri masuk ke dalam bilik sederhana kecil itu.
"Hai. Aku datang khas untuk Cik Yoo Min."
Suara seraknya membuatkan Yoo Min terjerumus dalam dunia fantasi. Kelopak mata Hoseok dikedipkan hanya sekali. Tetapi, ianya mampu menutup mulut si gadis untuk kekal diam tidak berkata apa-apa.
---
"Yoo Min, kau bertuah kerana kaulah pelanggan pertama yang berjaya buatkan Hoseok jatuh suka."
Luahan hati lelaki berwajah tampan seperti si bidadara mencairkan hati aku yang sudah sedia lebur.
Tidak sempat aku bekukan, lelaki misteri ini cairkan dalam sekelip mata.
Mata kami saling bertemu. Jari-jemari Hoseok mengelus lembut bibir atasku. Satu kedipan mata diberikan olehnya sebelum bibir lelaki itu mengucup pantas bibir aku.
"Oops, tak sengaja. Maaf ye."ujarnya dengan riak wajah yang mesra senyuman semanis gula.
Lelaki itu seakan mengerti perasaan aku yang dambakan sentuhan dari bibirnya.
Tangan aku sendiri bergerak spontan ingin menarik wajah lelaki penggoda tersebut. Hoseok mendahului gerak langkahku yang masih terkial-kial.
Hoseok menolak bahuku rapat ke hujung katil.
"Ssh, babygirl duduk diam."
Hoseok mengucup jari telunjuknya. Kemudian, jari tersebut diletakkan pula di permukaan bibir aku.
Dia licik. Usikannya disalurkan menerusi pergerakan jarinya yang menyentuh bibir bawahku.
"Aku yang mulakan. Aku juga yang akan tamatkan. Sabar Yoo Min, kita baru panaskan enjin. Kena banyak bersabar, sayang."
Aku menggenggam kemas kolar baju Jung Hoseok ketika nafasnya yang menderu laju singgah di permukaan kulit wajah.
Saat hidung kami bersentuhan antara satu sama lain, aku mengakui dia lelaki yang begitu unik.
Dia telah berjaya membuatkan aku angau dalam fantasi sementara yang diciptanya.
-TBC-
A/N:
Ah, ahahhahahahahahahaha.
Rating untuk wink seducer
Di sini.
🌸
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top