02
Kisstagram-jjk feat bangtan
[Seducer Pilihan] : Park Jimin
Sexy Seducer.
------
Semoga bergembira dengan pilihan kali ini.
💌
Chae Yoo Min terjaga dari mimpi yang indah apabila bunyi deringan loceng dari telefon pintar berbunyi nyaring.
"Sekejap je dapat jumpa innocent seducer? Mimpi je kut!"ujar gadis itu sambil wajahnya difokuskan kepada telefon miliknya.
Aplikasi kisstagram itu ditenung oleh Yoo Min bersama perasaan aneh. Dia bersumpah mimpi tersebut seakan benar. Ciuman pertamanya dicuri oleh lelaki berwajah inesen bernama Kim Taehyung.
"Aku akan buktikan semua ini hanya mimpi. Okay, aku pilih sexy seducer. Tuhan, katakan ini semua angan-angan sahaja!"
Butang enter ditekan pada seducer tersebut. Oh, nampaknya Yoo Min tidak berfikir panjang sebelum dia meneruskan tindakan gilanya itu.
---
Pandangan mata aku berubah gelap. Keadaan sunyi sepi menyebabkan mulut aku terkunci rapat. Keadaan yang berubah sepantas kilat ini menimbulkan bibit seram kepada aku.
"Chae Yoo Min, babe."
Jap, ada orang panggil aku babe siot. Suara yang melatari ayat ujaran tersebut membuatkan aku terpegun.
Adakah dia, lelaki yang bergelar sexy seducer?
Bunyi irama lagu berentak perlahan itu menjadi muzik latar suasana di sekitar. Mata aku memerhati sekeliling ruang yang begitu asing bagiku.
"Bilik t-tarian?"
Bilik tarian tersebut dihiasi lampu-lampu yang berkelipan. Seorang lelaki sedang ralit menggerakkan tubuh badannya di hadapan cermin.
Pergerakannya tetap tidak terusik walaupun mata aku berterusan memberi renungan tajam kepadanya.
"Sexy seducer, am i right?"
Lelaki itu menghentikan segala gerak tarinya. Kakinya bergerak menuju ke arah tubuhku yang berdiri kaku.
"Ya, aku Park Jimin. Babe, sudah bersedia?"
Setiap langkah disertai dengan pergerakan jari-jemari yang sedang sibuk menanggalkan butang baju kemeja putih yang dipakainya.
Jimin menyelak helaian rambut yang menutupi separuh wajahku. Wajah kacaknya tetap jelas kelihatan. Lampu-lampu malap langsung tidak menjejaskan keseksian yang dimiliki lelaki penggoda ini.
"Kiss?"soalnya ringkas tetapi penuh makna tersirat.
Keputusan pantas aku beri kepadanya. Akan aku buktikan semua ini hanyalah mimpi dan tiada kesan di alam realiti.
"Y-ya, Mr Park."
Bahuku dipegang kemas oleh kedua-dua tangan Jimin. Lelaki berketinggian 5 kaki 7 inci dengan pakej mata menggoda.
"Let me be your lead, then."bisik Jimin.
Tubuhku digerakkan mengikut alunan rentak lagu tersebut. Bibirnya mula bergerak meninggalkan sentuhan di bahuku.
Lama kami berkeadaan sedemikian sehingga Park Jimin meletakkan telapak tangan kecilnya di kedua-dua belah pipi comelku.
"Yoo Min, chagiya (sayang)."
Dahi, hidung serta pipiku menjadi mangsa sasaran bibir edisi terhad lelaki itu.
"Yoo Min?"
Berulang kali namaku disebut seperti satu mantera wajib bagi bibirnya. Jimin tersenyum sumbing.
"Ah, Yoo Min."
Seram betul aku hadap lelaki penggoda ini. Gelagatnya berkali ganda lagi aneh daripada Kim Taehyung.
"Yoo Min, lapar."
Sejurus sahaja perkataan 'lapar' dilafaz olehnya, Jimin menekup bibir Yoo Min. Bibirnya mendarat di belakang telapak tangannya sendiri.
"Yoo Min, let me cherish you with more love."
Telapak tangan dialih. Jimin tidak memberi peluang gadis itu untuk memberi balasan jawapan.
Saat lagu romantik itu berkumandang, Jimin merasmikan ciuman pertama antara mereka berdua.
"Babe."keluhnya perlahan.
Jari-jemariku mendarat dengan tidak sengaja di atas bahu Jimin yang sudah terdedah.
-TBC-
A/N:
Bagaimana perasaan korang?
Inilah penangan sexy seducer.
Omg.......😂
Rating untuk Sexy Seducer
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top