6: Sumpahan Memakan Diri
Noe Taehyung meletakkan sangkar kosong bersama satu keluhan. Kaki ditala ke arah dapur. Jelas kelihatan beberapa paket kecil sos tomato yang diperolehi secara percuma ketika membeli ayam goreng lunyai dikerjakan Loki.
Loki oh Loki. Ingatkan sakit sampai berdarah, rupanya kesan sos tomato. Tak pasal-pasal Taehyung memandu kenderaan sambil menangis dan menggeletar menuju ke klinik haiwan 24 jam. Pengakhirannya, Loki didenda menginap di klinik tersebut sehingga betul-betul insaf.
Tawa kecil Taehyung kedengaran mengenangkan kenakalan Loki dan kebodohannya tatkala tangan mengutip satu-persatu paket sos tomato lantas dibuangnya ke dalam tong sampah. Sekarang masa untuk mengemop lantai walhal jam sudah menginjak ke pukul dua pagi.
Nasiblah kau, Dr. Noe. Tidur lambat, mesti bangun pun lambat. Nak bergantung harap pada alarm yang sudah di set up, sangat tidak membantu kerana lelaki itu tidur mati.
Bersiap-sedialah tadah telinga mendengar bebelan pengarah hospital.
••••••
Aku tak tahulah ini kali keberapa aku menjejakkan kaki ke Hospital Swasta Ataraxia, dah tak boleh nak bilang. Sampai satu tahap, aku rasa tak nak dapatkan rawatan berkala. Iyalah, duit dah banyak habis... Tapi tak pernah nak sihat.
"Choi Laliz!" namaku dipanggil oleh seorang jururawat lelaki berwajah kacak persis selebriti. Han Jisung, itu namanya. Bagaimana aku tahu? Sebab dia bekas kekasih aku semasa di sekolah tinggi dulu.
Kelakar kan? Kita rasa dunia ini besar tapi pergi ke sana ke sini... Tup tup jumpa orang yang kita kenal. Jadi pepatah 'dunia itu kecil' sangatlah valid untuk digunakan.
"Bagaimana? Okey?" Jisung menyapaku apabila aku mendekatinya.
"Okey tak okey." aku membalas acuh tidak acuh. Pandanganku tertumpu pada jari manis lelaki itu, tersemat sebentuk cincin perak. Sekarang aku dipagut cemburu.
Aku ingat lagi pada hari dia memutuskan hubungan kami berdua. Dengan lantangnya aku bersumpah, "Kau tengoklah! Tiada siapa mahukan kau nanti! Kau akan membujang sampai ke tua!"
Vice versa. Sumpahan itu terkena pada batang hidungku. Kini aku berusia 30 tahun, masih membujang dan hanya ditemani penyakit fibromyalgia, endometriosis, dan myalgicencephalomyelitis.
"Saya nak bagitahu, Dr. Noh dah berpindah ke hospital lain. Jadi, kes awak akan dihandle oleh doktor baru. Eh tak baru sangat pun, dia pernah bekerja di sini dulu sebelum sambung pengajian di luar negara dan dia perempuan. Pasti awak lagi selesa nanti." terang Jisung. Aku sekadar mengangguk menerima sahaja.
"Laliz."
"Apa dia?"
"Kau marah lagi pada aku?" langkah Han Jisung terhenti. Wajahku ditatapnya.
"Tak." aku menjawab sepatah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top