42; 할수있어!

"Okey tak ni?" Noe Taehyung menghulurkan sebatang lobak merah kepadaku.

"Okey." aku menjawab berserta senyuman. Dengan tangan terketar-ketar, aku menghiris lobak merah bersama satu semangat; mahu sediakan kimbap untuk Felix dan Gray.

"Apa kata awak sediakan bahan-bahan lain, bab potong-memotong...biar saya yang ambil alih." Taehyung menyambar pisau daripada tanganku lantas meracik halus lobak merah dengan cekap sekali. Pasti lelaki itu jatuh kasihan dengan keadaan tanganku kesan daripada penyakit lupus yang aku hidapi semenjak tiga tahun lepas ketika hamil.

"Terima kasih, sayang." kepingan telur dadar nipis kugulung dengan berhati-hati. Sesekali aku menjeling Noe Felix dan Noe Gray yang sedang leka menonton siri kartun Hotus Mini Mini. Mereka diam tidak berkutik mengundang sepi suasana rumah ini.

"Beria buat kimbap ni kenapa? Mengidam?" Taehyung menyoal tiba-tiba. Usai memotong lobak, sosej daging yang direbus terlebih dahulu dipotong cermat.

Aku hampir tersedak air liur sendiri mendengarkan pertanyaan suamiku itu.

"Tak mengidam cuma kasihan dengan awak dan anak-anak, asyik makan makanan daripada luar je. Apa salahnya saya sediakan home food, air tangan sendiri." aku membalas. Dengan penyakit-penyakit auto imun yang aku hidapi, ditambah pula banyak meluangkan masa di kedai aksesori milikku dan Hee Ran...aku jarang sangat memasak. Segala lauk-pauk dibekalkan oleh ibu kandung Taehyung atau pun beli secara online.

"Tak mengapa. Saya dan anak-anak faham. Kami makan apa yang ada." Taehyung menghadiahkan aku satu kenyitan mata sebelum tersengih lebar.

"Daddy, mummy..."

Seronok bersembang, sampai tak sedar Felix dan Gray tercegat di sebelahku.

"Ya, sayang?" kepala mereka berdua kuusap penuh kasih-sayang.

"Kami nak adik." serentak Felix dan Gray memberitahu.

Kami nak adik? Apakah ini? Tiba-tiba je buat permintaan pelik.

Aku dan Taehyung saling membalas pandang.

"Ini...mesti seronok ada adik." tab berjenama buatan luar negara ditunjukkan kepadaku.

Kompilasi momen bayi comel, itu tajuk video yang terpapar pada skrin tab tersebut.

"Betul ke ni nak adik?" Taehyung menyoal bagaikan meminta kepastian daripada si kembar itu.

"Eung." Felix dan Gray mengangguk.

"Boleh kan daddy, mummy?"

"Boleh, nanti daddy dan mummy cuba ya?" Taehyung menguntum senyum sebelum mengerlingku manja.

"Apa?" sebelah keningku terjungkit.

"Jom buat IVF. Pendermanya dah sedia. ID 7788." beritahu Taehyung diiringi tawa halus.

"Si kembar berdua ni pun awak tak boleh handle, ada hati nak tambah lagi." aku mencemik. Taehyung mengurut lehernya, tersipu malu.

"Noe Felix, Noe Gray..." aku duduk mencangkung dan memegang kedua-dua tangan anak kembarku.

"Kalau nak adik, jadi abang yang baik ya. Paling penting, jangan bergaduh. Mummy tak suka." nada dalam lembut, aku memberi peringatan.

"Baik, mummy. Kami takkan nakal." jawab Felix mewakili dirinya dan Gray.

"Sayang, maknanya awak setujulah ni nak buat IVF?" Taehyung menarik lenganku seakan memaksa aku berdiri.

"Ya, Dr. Noe." aku membalas selamba.

"Terima kasih." Taehyung menjerit teruja sebelum menarikku ke dalam dakapannya.

Dakapan cukup hangat dan menenangkan.

"Kami pun nak!" jerit Felix dan Gray ceria lantas memeluk kami berdua.

"Sayang..."

"Eung?"

"Semoga keluarga kita bahagia selama-lamanya. Happily ever after." Noe Taehyung berbisik manja ke telinga kananku.

*****

"Eung, happily ever after. Noktah." aku menekan butang noktah pada papan kekunci dengan kuat. Akhirnya, siap juga skrip 'Jodoh Kecemasan' yang diminta oleh Pengarah Hong.

Aku berdiri tegak, meregang tubuh ke kiri dan ke kanan setelah berjam-jam duduk di kerusi mengadap komputer riba.

"Air." seorang lelaki berambut hitam lebat menghulurkan segelas jus saderi kepadaku namun aku tidak membiarkan sahaja. Wajahnya kupandang lama.

"Seok."

"Eung?"

"Akhirnya skrip tu dah siap!" aku menjerit teruja lantas merangkul tubuh suamiku itu.

"Serius ni, sayang?" Jung Hoseok membalas rangkulanku dan aku perasan, sepasang matanya mula berair.

"Ya." aku mengangguk dan menghadiahkan kucupan sekilas ke pipi kanannya.

"Tahniah." jawabnya sepatah bersama juraian air mata. Ini yang aku lemah ni bila dapat suami cengeng.

"Terima kasih." aku tersengih buat seketika sebelum teringatkan sesuatu.

"Jeonghan dan Yeon mana?" aku menyoal memandangkan keadaan rumah ini cukup sunyi sepi.

"Jeonghan, macam biasalah... Ke studio tarian, berlatih apa tu? Tarian sotong menggeliat? Yeon pula dah tidur." Hoseok menjawab pertanyaanku.

Aku tergelak kecil. Perkataan 'tarian sotong menggeliat' yang menjadi trademarkku sudah berjangkit kepadanya.

"Seok..."

"Ya, sayang?"

"Terima kasih tau sebab beri keizinan pada saya untuk luaskan bakat yang saya ada. Sumpah tak sangka, dulu saya menulis secara online...sekarang, karya saya akan ke layar kaca pula." aku berbicara sambil menahan sebak.

"Tak perlu berterima kasih dengan saya. Ini semua hasil usaha awak dan juga pembaca-pembaca karya awak yang dah menyokong awak dari dulu hinggalah sekarang." hidungku dicuit Hoseok. Apa yang diberitahunya membuatkan tangisanku mula meletus.

Aku struggle dengan keadaan kesihatan yang sentiasa tidak mengizinkan. Selain itu aku harus menggalas tangunggjawab sebagai seorang kakak, isteri dan ibu. Dua keadaan ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus menulis dan menulis sehinggalah ianya terhenti sendiri suatu hari nanti.

"Sempena meraikan hari siapnya skrip Jodoh Kecemasan, nak makan apa-apa tak?" jari-jemari Hoseok memintal hujung rambutku.

"Apa-apa masakan, hasil air tangan awak." aku tersengih.

"Mi soba boleh?" Hoseok memberi cadangan.

"Eung!" aku mengangguk lalu menyambar gelas di tangannya. Jus saderi kuteguk hingga habis. Walaupun rasanya tidak sesedap teh boba, tetapi ia penuh dengan khasiat.

"Okey, saya ke dapur dulu ya. Awak, banyakkan berehat." pesan Hoseok sebelum beredar meninggalkanku di ruang tamu.

"Seok..."

"Ya?"

"I love you!"

"I love you too, Miran." Hoseok melaung kuat.

******

"Pemenang anugerah untuk kategori penulis skrip terbaik ialah..."

Aku memejam mata rapat apabila Bae Sira, pelakon jelita yang popular semenjak dua menjak ini membuat pengumuman.

"Penulis Yoon Miran!!!" jeritnya kuat disertai tepukan gemuruh para tetamu. Lampu sorotan dan kamera turut dihalakan kepadaku.

Aku ke yang menang?

"Dipersilakan Penulis Yoon Miran naik ke pentas untuk menerima trofi..."

Kali kedua namaku diseru. Mahu tidak mahu, aku harus mempercayainya. Dengan kaki yang lembik dan jantung berdegup laju...aku melangkah tergesa-gesa menuju ke pentas utama. Aku diekori oleh pelakon-pelakon utama drama 'Jodoh Kecemasan' dan menyerahkan beberapa jambangan bunga beraneka warna kepadaku.

"Tahniah, Penulis Yoon."

Ucapan demi ucapan aku terima. Aku hanya mampu menunduk memberi tanda hormat sebelum berdiri di hadapan mikrofon setelah menerima trofi kemenanganku.

Aku menarik nafas panjang untuk mengurangkan gugup di hati.

"Hai, Penulis Yoon Miran di sini. Se...sebenarnya saya tak jangka boleh menang anugerah ini memandangkan saya masih baru dan serba kekurangan." aku cuba mengukir senyum selama yang boleh bagi mengusir sebak yang bertandang tiba-tiba.

"Terima kasih buat team produksi drama web 'Jodoh Kecemasan', Pengarah Hong dan barisan pelakon yang berbakat kerana berjaya menjiwai watak ciptaan saya. Terima kasih juga buat mereka yang menyokong karya-karya saya sama ada karya bertulis atau karya berbentuk drama. Tanpa anda, siapalah saya." aku mendakap kemas trofi dan jambangan bunga kerana aku tidak mampu lagi untuk menahan sebak.

"Teristimewa buat keluarga terutamanya lelaki kegemaran saya, Jung Hoseok... Terima kasih untuk segala-galanya." air mata mula membasahi pipiku. Aku mengetap bibir kuat.

"Terima kasih semua, semoga Tuhan merahmati kalian." aku menunduk tiga kali lalu beredar meninggalkan pentas.

"Selayaknya Penulis Yoon Miran menang. Saya sendiri penggemar drama Jodoh Kecemasan dan dialog yang paling saya ingat...ada sayap di belakang kami. Kami nak jadi ayam ke mummy?" Bae Sira mengajuk watak Noe Felix diselangi ketawa besar. Para hadirin turut terhibur sehinggakan suasana dewan menjadi meraih.

Semakin aku dipagut sebak. Ternyata hasil usahaku mula diterima dan disedari oleh orang lain.

"Good job, Yoon Miran." di dalam hati, aku memuji diri-sendiri.

******

"Amboi, penulis skrip baru terbaik kita ni... Baru je menang anugerah, dah gigih menaip?" seloroh Jung Hoseok lalu merangkul leherku.

"Masa tengah ada mood menulis, kenalah ambil peluang." aku mengerling manja suamiku itu.

"Iyalah, tapi ingat...jangan push diri ya." Hoseok berpesan. Sempat pipi kanan dan kiriku dicubitnya lembut.

"Ya, saya akan luangkan masa dua atau tiga jam je sehari untuk menaip. Selebihnya rehat." aku tersengih. Kalau boleh aku nak Hoseok beredar dengan segera memandangkan aku segan untuk menaip apabila ada orang di sisiku.

"Cerita apa pula kali ini?" Hoseok menyoal.

"Rahsia." aku menjawab sepatah.

"Dengan suami pun nak berahsia. Aigoo." lelaki itu melepaskan satu keluhan.

"Seok..."

"Eung?"

"Buatkan air coklat, letak marshmallow sekali."

Inilah salah satu cara yang aku guna untuk mengelakkan Hoseok daripada terus menganggu kerjaku.

"Apa jua Penulis Yoon minta, saya relakan." Jung Hoseok mengenyit mata nakal lantas berlalu pergi ke dapur.

Ah, lega. Kini aku bersendirian di ruang tamu.

Jari-jemariku mula menari di atas papan kekunci.

Putera Stolas: Putera dari Neraka. Sekuel Jodoh Kecemasan. Akan menemui anda di tahun 2050.

-TAMAT-


*********
Alhamdulillah, akhirnya tamat juga Jodoh Kecemasan.

Terima kasih buat mereka yang masukkan fanfic ni di dalam library atau reading list, tidak putus memberi komen dan vote atau pun baca senyap-senyap. Jasa anda amatlah dihargai.

May Allah bless you. 😘

Apa-apa pun, thank you. I love you. 😘


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top