34: Noe Taehyung Mengamuk
Bunyi pancuran air dari kamar mandi sedikit sebanyak menganggu lenaku. Aku menggeliat kecil lalu mencapai telefon. Skrin yang bernyala kurenung lama.
Pukul 9:45 pagi?
Lena betul aku tidur sampaikan aku tak sedar sesi dialisis sudah berakhir, tiada lagi jarum dan wayar berselerakkan di tubuhku.
Fikiranku mula menerawang mengingatkan kisah semalam di mana Noe Taehyung menangis di dalam pelukanku. Aku tahu dia menyimpan satu rahsia. Aku tahu dia sedang menderita. Aku tahu, banyak lagi yang aku belum tahu tentang lelaki itu.
"Ugh." aku diserang mual tiba-tiba. Dengan tidak berfikir panjang, aku terus turun dari katil dan meluru ke bilik air.
"Awak, buka pintu ni. Saya nak muntah." pintu kaca berbalam itu kuketuk berulang-kali.
*******
"Noe Taehyung, buka pintu cepat. Saya nak muntah." tidak jadi Taehyung melumur syampu ke rambut apabila Choi Laliz berteriak dari luar. Segera tuala disambar dan dililit pada batang tubuhnya.
"Taehyung!"
"Kejap!"
Saat pintu kaca dibuka, Choi Laliz meluru masuk ke dalam bilik air dan mula muntah-muntah di sinki.
******
Kemas aku berpaut pada sinki lantas memuntahkan segala isi perut. Rasanya cukap seksa dan memeritkan.
Melalui biasan cermin, aku nampak Taehyung berdiri sekadar memerhatikanku. Tak nak tolong usap belakang aku ke apa?
"Tae..."
"Ugh." Taehyung menekup mulut tiba-tiba sebelum menghamburkan muntahnya di mangkuk tandas.
Aik, sekarang dia pula yang muntah? Ini acara muntah bergilir-gilir ke apa?
Cepat-cepat aku berkumur dan membasuh muka lalu mendapatkan lelaki itu. Belakangnya kuusap tanpa henti.
******
"Aghhhh..." aku dan Noe Taehyung melepaskan satu keluhan serentak saat bersandar pada kepala katil. Aku pandang dia, dia pandang aku sebelum tawa kami meletus.
"Maaf tau, tak pasal-pasal awak muntah sekali." aku memohon maaf kepada Taehyung memandangkan aku adalah puncanya. Siapa yang tak rasa jijik bila ada orang muntah-muntah di hadapan mata kan?
"Tak mengapa, ianya satu pengalaman." senyum terbit dari bibir pucat Noe Taehyung. Dirinya nampak lemah dan tidak bermaya.
"Boleh pergi kerja tak ni? Tak nak minta cuti?" usulku kepadanya. Aku berkira-kira mahu menyediakan sarapan untuk lelaki itu sebentar lagi.
"Boleh." sepatah Taehyung menjawab.
"Kalau macam tu, saya sediakan sarapan ya? Roti bakar dan minuman coklat, boleh?"
"Laliz..." tanganku dipegang Taehyung. Jari-jemarinya yang dingin mula menyulami jari-jemariku.
"Terima kasih untuk semalam." ucapnya ikhlas bersama pandangan redup.
"Sama-sama." aku menguntum senyum lalu turun dari katil.
******
"Awak confirm mengandung, dah ada kantungnya pun. Cuma masih terlalu awal lagi, jadi saya tak pasti baby jadi ke tak. Kita jumpa lagi dua minggu. Kalau scan atas dah clear, tak payah dah scan bawah." doktor lelaki berambut ikal memberi penjelasan. Seraya dengan itu, sepasang mata pesakitnya berkaca.
"Prosedur ni menyakitkan ke?" soal Noe Taehyung kepada wanita yang berusia 38 tahun itu. Bukan sengaja prosedur TVS (transvaginal ultrasound scanning) dibuat kepada pesakit, tetapi ada sebabnya.
"Tak, tak sakit pun. Cuma saya berharap kali ni baby menjadi. Dah sepuluh tahun saya dan suami menanti cahaya mata." dikerling si suami yang setia menanti di sisi.
"Puan dan suami banyak berdoa ya. Dua minggu lagi kita akan tahu hasilnya." Noe Taehyung menguntum senyum. Di dalam hati lelaki itu berdoa agar keajaiban berlaku kepada mereka berdua seperti mana keajaiban yang dialaminya sendiri; dapat isteri segera dan anak kembar tiga.
Aturan Tuhan begitu menakjubkan.
******
"Amboi, makanan banyak-banyak tu nak buat apa?" aku meletakkan baju panas merah jambu ke atas meja saat Noe Hendery melewati ruang tamu.
"Buat content, kak. Mukbang." Hendery tersengih. Choi Soobin di belakangnya pula terkulat-kulat malu.
"Tak nak ajak akak ke?" aku berseloroh.
"Kalau akak sihat, dah lama kami ajak. Tapi itulah, akak kena jaga makan kan?" Soobin menjawab bagi pihak Hendery. Dua ketul manusia ni dah macam belangkas, ke mana sahaja pasti bersama.
"Akak tahu." aku mencebik. Baru je berangan nak masuk youtube, silap haribulan boleh famous seperti Noe Hendery yang mempunyai 1.2 juta subscriber.
"Kak, ada apa-apa hal... Mesej Eri atau Soobin ya." pesan Hendery sebelum masuk ke dalam biliknya diekori Soobin.
"Ya. Makan tu elok-elok, jangan gelojoh. Nanti tercekik." aku meletakkan baju panas ke atas meja lalu bangkit daripada dudukku. Aku menala kaki ke dapur.
Di atas pantri, terdapat beberapa bungkus mi segera.
Aku menelan air liur beberapa kali, terasa kecur tiba-tiba.
"Jangan, Laliz. Kau tak boleh makan." aku mengetap bibir kemas, mula memujuk diri-sendiri.
******
Aku berjanji aku akan makan mi segera satu suap sahaja tetapi kini, sudah bersuap-suap tanpa aku sedar.
Kau memang cari nahaslah, Choi Laliz.
"Buat apa?" teguran seseorang membuatkan aku terperanjat besar. Terus aku mengangkat wajah. Berdiri Noe Taehyung berbekalkan wajah kelat.
Bila masa pula dia pulang? Aku tak dengar pun bunyi pintu rumah diakses. Ke aku yang asyik sangat makan mi segera sampai...
"Awak makan apa?" Taehyung menyoal tegas.
"Ah, ini...ini..." aku menolak takut-takut mangkuk mi segera ke tengah meja.
"Awak makan mi segera?" mangkuk itu diambil Taehyung lalu lelaki itu menghempasnya ke dalam sinki.
Aku terperanjat buat kali kedua.
"Awak nak mati ke hah?" Taehyung menjerkahku kuat.
Aku terperanjat buat kali ketiga. Jujur aku mula merasa kecil hati.
"Kalau saya tak makan pun, saya akan mati juga!" aku membentak.
"Siapa cakap kau akan mati? Siapa?"
"Budak tu! Budak tu cakap, awak nampak bayang-bayang kematian saya. Memang saya akan matilah kan?" aku berdiri.
Noe Taehyung sepertinya mati kata-kata.
"Kenapa diam?" kali ini aku mencerlung lelaki itu. Kalau menegur aku elok-elok sebab makan mi segera, tak adalah tercetusnya pergaduhan ini.
"Tak mengapalah, Dr. Noe. Lepas ni..." tidak sempat aku menyudahkan kata, tubuhku ditarik lelaki itu dan dirinya menghadiahkan satu kucupan ke bibirku.
Aku pula yang terdiam.
*********
🙊🙊🙊🙊🙈🙈🙈🙈🙈
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top