33: Air Mata Seorang Lelaki

"Dah pulang?" aku terjaga dari lenaku sebaik pintu bilik ditolak seseorang. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur, aku mengamati susuk tubuh melangkah longlai ke meja riasan.

"Maaf sebab lambat pulang. Ada hal kecemasan tadi." mendatar Noe Taehyung memberitahuku.

Aku rasa ada sesuatu yang tidak kena pada lelaki itu memandangkan hujung kemejanya terpalit dengan lumpur.

"Awak okey tak ni? Ada apa-apa yang berlaku ke?" aku cuba turun dari katil namun Taehyung memberi isyarat dengan jari telunjuknya, seakan melarang aku mendekatinya.

"Saya okey. Saya nak mandi lepas tu kita akan mulakan dialisis pertama awak." kuntuman senyum paksa memekar di bibir Taehyung.

"Iyalah." aku mengangguk akur sebelum melirik ke arah lelaki itu yang mula melangkah masuk ke dalam kamar mandi.

"Eo?" kini sepasang mataku tertancap pada sesuatu yang berada di atas lantai.

Beberapa helai bulu pelepah berwarna hitam.

"Bukan ke itu..." aku mati kata-kata. Bagai memainkan DVD, aku mula terbayangkan wajah Lee Felix dan bicaranya yang tidak masuk akal.

"Dengar sini, isteri kepada Syaitan Raven..."

"Aku gila? Hah! Suami kau lagi gila, bangsa pemakan bangkai."

Syaitan Raven?  Pemakan bangkai?

Aku segera menyambar telefon pintarku yang berada di hujung meja. Aku mengakses enjin carian Naver dengan menaip kata kunci, 'Syaitan Raven'

Butang cari kutekan.

Syaitan Raven, antara mitos dan realiti. Si pemakan bangkai, bersayap dan bermata hitam pekat. Menurut pengkaji mitos, Syaitan Raven masih wujud dan berkeliaran di bumi walaupun puak/bangsa mereka semakin pupus. Ada yang mengatakan Syaitan Raven memilih manusia untuk dijadikan pasangan hidup demi kepentingan peribadi; menjaga salasilah keturunan, menyamar sebagai manusia agar tidak diketahui musuh/orang ramai.

Syaitan Raven mempunyai kelebihan iaitu dapat melihat bayang-bayang kematian setiap benda yang bernyawa di atas muka bumi ini.

Aku membaca setiap perenggan artikel tersebut tanpa melangkaunya.

"Maknanya budak tu tak merapu dan Noe Taehyung bukan drag queen tetapi..."

"Tetapi apa?"

"Makkkk!" aku menjerit dek terperanjat besar hinggakan telefon di tanganku jatuh ke lantai.

Aku buat-buat tak nampak apabila Taehyung menguis-nguis bulu-bulu pelepah tersebut dan menyoroknya di bawah alas kaki.

"Ke...kejap je mandi?" aku mencapai kembali telefon pintar milikku dan mengenggamnya kemas.

"Bersihkan mana yang patut, itu yang kejap je. Tambah pula awak dah terlewat menjalani dialisis." suis lampu ditekan. Kini bilik yang dihuniku dan Taehyung terang-benderang.

Noe Taehyung menapak ke arah mesin hemodialisis nocturnal. Bakul berisi peralatan seperti jarum dan wayar diambilnya dan diletakkan ke atas katil.

Aku mula perasan sesuatu. Paha lelaki itu nampak lebam-lebam teruk.

"Kenapa paha tu?" saja aku menyoal untuk menghilangkan gugup di hati.

"Sebenarnya..." Taehyung duduk di birai katil. Jarum tajam dikeluarkan dari plastik dengan berhati-hati.

"Semasa nak ke tempat parkir kereta, saya terjatuh. Kesnya jalan tar licin disebabkan hujan." terang lelaki itu sebelum menarik sedikit kolar bajuku. Kini bahu kananku terdedah tanpa sebarang alas.

Belum sempat Taehyung menarik hujung wayar CVC catherer yang terjuntai di dadaku, aku terlebih dahulu memegang tangannya.

"Rawat lebam awak tu dulu sebelum rawat saya." aku memberanikan diri menatap sepasang mata teduh milik lelaki itu. Wajahnya nampak keruh sekali berserta bibir pucat dan merekah.

"Tak apa, rawatan awak yang perlu diutama..."

"Ohot! Degil." aku memotong bicara Taehyung dan menampar lembut lengan kirinya.

"Kalau tak nak rawat sendiri, bawakan kotak bantuan kecemasan. Biar saya tolong sapukan ubat." kali ini aku sengaja menguntum senyum agar lelaki itu termakan pujukku.

"Iyalah. Tak boleh nak cakap apa kalau Puan Besar dah bersuara." Noe Taehyung melepaskan satu keluhan.

"Puan Besar?" aku menjengil.

******

"Sakit tak?" aku menyapu perlahan gel berubat ke paha Taehyung menggunakan putik kapas.

"Sikit." kerutan terbentuk pada dahinya. Tiba-tiba pula aku jatuh kasihan walaupun sekarang aku sedang berperang dengan persoalan menyesakkan minda.

Noe Taehyung sebenarnya Syaitan Raven? Mustahil, tetapi boleh jadi juga.

"Taehyung, saya sebenarnya..."

"Saya penat untuk teruskan hidup." Taehyung menunduk. Rintik air matanya jatuh menimpa lenganku.

"Saya terlalu penat, Laliz." beritahu lelaki itu di dalam sendu lalu merangkul tubuhku.

"Boleh bunuh saya sekarang tak?" di bahuku, di dalam pelukanku... Tangisan Noe Taehyung terhambur. Aku kaget.

"Syhhh, semuanya akan baik-baik saja. Semuanya akan baik-baik saja." ayat itu kuulang banyak kali. Aku mengeratkan lagi pelukan dan belakang lelaki itu kuusap penuh simpati.

******

"Pantang ada masa terluang, merayap je kau haa." sindir Hwang Seonjin sebaik melewati ruang tamu. Lee Felix sekadar tersengih lalu mengusik beberapa ekor tikus putih di dalam sangkar kaca tidak berpenutup.

"Biasalah dia tu. Pantang terlepas pandang, terus hilang entah ke mana. Dibuatnya kena kejar dispatch, tak ke haru?" Lee Yunho, atau nama pentasnya Unknown mencelah.

"Dari jadi trainee sampailah kita debut, rasanya tak pernah lagi aku tertangkap merayau di luar." Felix menangkap seekor tikus putih lalu diletakkan ke telapak tangannya.

"Bercakap besar." Yunho menggelengkan kepala. Usai mengeringkan rambut, jejaka itu mengekori Seonjin masuk ke dalam bilik.

Kini tinggal Lee Felix berseorangan di ruang tamu ditemani tikus-tikus putih kesayangannya.

"Aih, comel betul." seekor tikus diangkat tinggi dan dalam sekelip mata ianya hilang, ditelan hidup-hidup.

Lee Felix menyeringai lantas merebahkan tubuhnya ke lantai. Siling putih dipandang kosong.

**********
😂😂😂😂😂😂😂😂😂





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top