21: Perkhabaran Mendukacitakan
"Tanyalah doc tu."
"Awaklah tanya, apa pula saya."
"Awaklah, saya segan ni."
"Ya, ada apa-apa nak tanya lagi ke?" Noe Taehyung tahu ada sesuatu yang ingin ditanyakan oleh pasangan muda yang duduk di hadapannya.
"Err... Sebenarnya doc. Ahh, malu pula nak tanya." si lelaki berusia 22 tahun menggaru belakang lehernya.
"Jangan malu bertanya, nanti sampai bila-bila pun tak tahu. Apa dia?" Taehyung setia menanti bicara seterusnya daripada lelaki itu.
"Isteri saya kan sedang hamil sekarang, jadi boleh ke kami together-gether?" akhirnya pertanyaan dilontarkan jua. Si isteri berusia 21 tahun tersipu malu.
"Ah, together-gether yang itu ya?" Taehyung tersengih.
"Ya!"
"Boleh, tak ada masalah dan selamat. Asalkan ibu tak mengalami placenta preavia atau bocor air ketuban. Selagi tak ada masalah tu, no hal. Cuma..."
"Cuma apa doc?" pasangan itu menyoal serentak.
"Buat dalam posisi biasa sudahlah yang dirasakan selesa dan tidak memberi tekanan pada abdomen isteri. Tak perlu buat posisi pelik-pelik." Noe Taehyung tersenyum lebar. Ini kali ke berapa entah dia ditanya soalan yang sama semenjak berkhidmat di hospital ini.
"Ah, begitu." si lelaki tertunduk malu buat seketika sebelum menjeling manja isterinya.
"Ada apa-apa lagi yang nak ditanya?" tidak sanggup melihat kemesraan mereka berdua, Taehyung mencelah.
"Tak ada, doc."
"Kalau tak ada, ambil slip ni dan bawa ke farmasi ya untuk dapatkan ubat-ubatan. Kita jumpa lagi di temujanji seterusnya." Taehyung menghulurkan kad merah jambu dan sekeping kertas kepada pasangan itu.
"Terima kasih, doc." ucap mereka bersama sebelum melangkah keluar dari bilik konsultasi berpegangan tangan.
"Ceh." Taehyung tergelak kecil sebelum bersandar pada kerusi untuk melepaskan kepenatan. Saat mata dipejam, perbualan di antara dirinya dan Dr. Jang bermain di ingatan.
******
Imbas kembali
"Memang aku dah tahu tentang kau dan Laliz. Tapi aku buat diam je sebab aku takut kau melenting dan aku tak sangka... Aku boleh terjebak dengan prank Pegawai Yang." Jang Wooyoung menyisip sedikit latte hangat sebelum menggigit roti berintikan krim mentega.
"Yang Jeongin tu memang gila. Kalau aku tahu aku akan menang pakaian terbaik masa annual dinner tu... Aku memang takkan pergi. Tak pasal-pasal aku dan dia bermusuh selama dua tahun. Sekarang, dia perdajal aku dengan prank yang tak kelakar langsung." Noe Taehyung turut menyisip minumannya. Roti pemberian Wooyoung sekadar dipandang sepi.
"Taehyung."
"Apa dia?"
"Sebenarnya aku ada perkara penting nak bagitahu kau tentang Laliz." usai menghabiskan sepotong roti, Wooyoung kembali kepada niat asalnya bertemu Taehyung.
"Teruskan." Taehyung berpeluk-tubuh dan menanti bicara seterusnya.
"Lepas berbincang dengan Dr. Kim, pakar rheumatology... Laliz kena buat dua pilihan sama ada mahu meneruskan kandungannya atau gugurkan sahaja."
"Kenapa?" Taehyung bungkam seraya itu debaran bertamu di dadanya.
"Dr. Kim baru mengesahkan Laliz menghidap lupus nefritis. Sel lupus dah start attack buah pinggang dia." jawab Wooyoung sebelum meraih tangan kiri Taehyung.
Noe Taehyung terdiam. Wajah Jang Wooyoung direnung lama.
**********
Okey ke tu?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top