18: Bukan Satu, Bukan Dua

Rintik-rintik hujan mula membasahi bumi di kala tengah malam membuatkan aku merasa tenang sebelum jatuh kasihan pada susuk tubuh yang sedang merengkok di atas sofa.

"Kasihan adik akak." aku menyambar selimut milikku lalu menghampiri remaja berusia 18 tahun itu. Tubuhnya kuselimutkan dengan berhati-hati. Jaket nipis miliknya pula aku ambil lalu aku sarungkan ke tubuhku. Aku melangkah keluar dari wad persendirian yang dihuniku hampir sehari suntuk. Sepanjang berjalan melalui koridor, silih berganti aku bertembung dengan jururawat, doktor dan pesakit hospital ini. Ada yang tidak lokek menghadiahkanku satu senyuman. Aku turut membalas senyuman tersebut.

Kini aku berdiri di hadapan rumah hijau Hospital Swasta Ataraxia. Rumah hijau tersebut tidaklah terlalu besar tetapi padat dengan bunga-bungaan dan tumbuhan renek.

Aku duduk di salah satu bangku kosong berdekatan beberapa rumpun pohon lavender. Bau semerbak bunga itu sedikit sebanyak mengusir keresahan yang aku alami sekarang ini. Aku mengeluarkan telefon dari kocek jubah hospital lalu mengakses aplikasi locked diary.

Rutin harian yang tak pernah aku lupakan;  membaca entri yang sedia ada sebelum menaip entri baru.

Entri 35
Dr. Jang tanya apa ciri-ciri penderma sperma yang aku mahukan?

Aku mahu penderma yang mempunyai IQ 120 ke atas, sihat tubuh badan tanpa sebarang penyakit auto imun/kronik, polyglot, seorang yang bersahsiah tinggi.

Maka, selepas perbincangan Dr. Jang dan genealogist... Mereka mencadangkan aku guna sperma daripada #donor7788 untuk proses IUI nanti.

Ah, nombor 7 dan 8. Dua nombor yang aku paling tidak suka.

Entri 59
Empat kali buat IUI, kesemuanya gagal. Kali kelima, Dr. Jang dapat kesan ada endometriosis dan adenomyosis yang menyebabkan toxic environment di dalam uterus. Ingatkan manusia je bertoksik seperti kawan lama aku yang suka menyindir aku ni tak laku, membawa malang lepas tu beria matchkan aku dengan lelaki sembarangan. Phui untuk kau, Han Ga Eun!

Entri 60
Dr. Jang sarankan aku buat pembedahan untuk buang endometriosis. Kali ini aku terpaksa keluarkan sedikit wang pampasan kemalangan ibu dan ayah yang kuterima daripada syarikat insurans.

Maafkan akak, Soobin. Akak gunakan sedikit wang ini untuk akak.

Entri 61
Di pertengahan musim bunga, aku selamat menjalani pembedahan c-section. Tetapi sayang, kedua-dua belah tiub fallopian terpaksa Dr. Jang buang kerana rosak teruk disebabkan endometriosis. Sedihnya Tuhan sahaja yang tahu.

Aku dah tak boleh hamil secara natural. Tapi tak mengapa, Choi Laliz. Kau masih ada pilihan.

Entri 62
Lepas pembedahan, aku harus ambil suntikan decapeptyl selama enam bulan berturut-turut untuk hentikan period.

Aku tak tahan. Suntikan ni buat aku rasa panas walaupun berada di dalam bilik berpenghawa dingin.

Entri 63
Pejam celik, pejam celik. Enam bulan berlalu dan hari ini... Aku period. Aku menghubungi Dr. Jang untuk proceed prosedur IVF.

Maka bermulalah episod sendu sekali lagi. Aku tidak kisah makan clomid 10mg. Apa yang aku kisahkan, suntikan menupor 225. Kena suntik sendiri di bahagian perut setiap hari.

Aku minta Soobin tolong injectkan sebab aku sendiri rasa seriau dengan jarum tajam. Soobin tak banyak songeh, menurut sahaja. Aku rasa bersalah padanya kerana dia tidak tahu apa tujuan suntikan itu kerana aku memberi alasan ianya suntikan untuk menghalang sel endometriosis muncul lagi.

Selain menupor, ovidrel dan pregnyl pun kena suntik sendiri. Sakit teramat. Kini aku tahu, betapa mencabarnya untuk wanita itu mahu menjadi seorang ibu.

Entri 64
Syukur pada Tuhan, ovum bertindak balas dengan baik. Lepas buat TVS beberapa kali, doktor bagi tarikh untuk buat ovum pick up (OPU) atau oocytes. Aku nervous, entah bagaimana cara dan rasa bila ovum dikeluarkan daripada ovari? Sakit? Tak sakit?

Entri 65
Nasib baik. Masa prosedur OPU, aku di bawah ubat pelali. Tapi sepanjang OPU, aku terjaga dua kali dan aku dapat rasa folikel disedut. Sakitnya Tuhan saja yang tahu.

Syukur pada Tuhan, dapat kumpul 15 oocytes. Ovum yang dikeluarkan terus disenyawakan dengan sperma #donor7788. Ya, masih dengan penderma yang sama.

Beberapa hari kemudian, Dr. Jang telefon. Katanya dapat lima embrio selepas proses persenyawaan dan embrio tersebut akan dibekukan. Kasihan anak ibu, sejuk ya?

Sebulan aku rest, bulan seterusnya kena jalani pemindahan embrio pula. Aku gembira tetapi pada masa yang sama, masih tidak yakin dengan diri-sendiri. Jika berjaya hamil, mampukah aku jadi ibu yang baik di atas segala kekurangan ini?

Entri 66
Sebelum prosedur pemindahan embrio, Dr. Jang bagi aku tengok rupa embrio tu. Kata beliau lagi, ini adalah embrio gred 5AAA, gred paling baik.

Embrio yang beku dipindahkan ke uterusku dengan ultrasound guided, dan syukur pada Tuhan... Ianya berjalan lancar.

Entri 67
Lepas 14 hari pemindahan embbrio, hari ni buat pemeriksaan darah BHCG. BHCG semasa 15dp5dt (15 days post 5 day trasnfer) aku adalah 315.

Dr. Jang kata big fat positive. Maknanya, aku sedang hamil sekarang!

Tak, aku rasa tak percaya.

Entri 68
Tak, sekarang aku berada di antara mahu percaya atau tidak. Kata Dr. Jang... Satu embrio, terbelah menjadi tiga. Aku tidak faham. Doktor itu tersenyum meleret sambil menunjukkan jarinya pada monitor.

Satu, dua, tiga. Dia membilang. Tiga bayi katanya.

Apa? Tiga bayi? Maknanya aku sekarang hamilkan kembar tiga?

*********
Nak jadi seorang ibu/ayah itu tidak mudah. Adakala kita tidak tahu pengorbanan sebenar yang mereka telah lalui untuk melahirkan/membesarkan kita.

Hargailah mereka selagi mereka masih ada di hadapan mata. 😭

By the way, terima kasih buat korang yang bagi komen di part-part sebelumnya. Sepatah komen pun buat saya bersemangat untuk menulis, dan saya tidak henti tersenyum.

Okey, bagaimana perasaan sepanjang baca fanfic ni dari part 1 sampai 18? Okey? Suka?




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top