15: Motif Berselfie

"Aik, sekarang dah rajin melepak dalam bilik ni? Mengigau ke?" Noe Taehyung dihampiri Kwon Mina, embryologist yang bertugas di bilik penyimpanan embrio untuk prosedur IVF.

"Saja." Taehyung menilik satu-persatu tangki penyimpanan embrio lalu mengeluarkan telefon dari poket kotnya.

"Mina, sini." diajaknya wanita itu berselfie bersama. Kwon Mina tergelak memandangkan dia sudah arif dengan motif utama rakan sejabatannya itu.

"Haa, ambil gambar banyak-banyak. Lepas tu caption kau tulis macam ni ya. Di sebalik pelitup muka, terselindung wajah embryologist yang cantik. Kalah ratu Ataraxia yang sebenar." Mina berjenaka tanpa sedikit pun kejanggalan kerana dia dan Taehyung sentiasa bekerja bersama.

"Haa, bagaimana dengan pelakon famous tu? Dah decide nak transfer embrio day 3 or day 5?" sambil menyoal, tangan Taehyung lincah menekan skrin telefon. Satu status dikemaskini di laman facebook, di mana gambar selfie bersama Kwon Mina dimuatnaik.

"Dia pilih day 5 bila aku cakap kelebihan embrio usia lima hari." Mina menjawab ringkas sebelum menapak ke arah meja kecil. Bekas pensel diselongkarnya seperti mahu mencari sesuatu.

"Ni haa, kudapan untuk kau." beberapa peket gula-gula kenyal diserahkan kepada Noe Taehyung.

"Anak akulah ni, habis disumbat gula-gula dia ke dalam pencil case aku. Katanya takut mama lapar." tambah wanita tersebut.

"Bertuah kau ada anak yang ambil berat macam tu. Anak aku Loki tu, tahu makan, minum, tidur dan berak." Taehyung tertawa kecil.

"Kucing memanglah. Nanti dapatkan anak sendiri alang-alang dah ada isteri." Mina menjeling lelaki yang berdiri di hadapannya. Seraya itu, Taehyung terbatuk-batuk.

"Aku keluar dulu ya. Apa-apa hal, cari aku." malas ubah topik perbualan, ada baiknya Taehyung membawa diri daripada terus berada di dalam bilik penyimpanan embrio tersebut.

"Apa pun, selamat pengantin baru Dr. Noe!" Mina melaung.

"Eung!" Taehyung mengangkat tangan kanan sebelum melangkah keluar meninggalkan rakannya itu.

******

"Tahu tak apa nama alat ini?" Jururawat Kim, salah seorang jururawat senior di jabatan obstetrik dan ginekologi menayangkan sesuatu kepada beberapa orang jururawat pelatih.

"Pinard horn."

"Pinard stateskop."

Masing-masing tidak kalah untuk menjawab. Manakala Noe Taehyung pula sekadar memerhati mereka bersama perasaan bangga.

"Ya, ini pinard horn atau pinard stateskop. Sebelum wujudnya alat doppler dan mesin CTG, alat inilah yang paling berjasa untuk mendengar degupan jantung janin." Jururawat Kim mula memberikan penerangan.

"Nak guna pinard horn ni, kena ada skill. Jadi hari ini saya akan ajarkan..." bicara Jururawat Kim tergendala apabila deringan telefon milik seseorang kedengaran. Tidak terlalu lantang, tidak juga perlahan.

"Dr. Noe, rasanya telefon doktor yang berbunyi." usai berkata sedemikian, kini beberapa pasang mata berkalih kepada Taehyung.

"Ah, saya ke? Tak perasan sebab leka sangat dengar penerangan Jururawat Kim." Taehyung berpura-pura tenang walhal terasa darah panas mula menyerbu seluruh wajahnya.

"Maaf ya menganggu." lelaki itu menunduk sebelum beredar pergi. Telefon yang tidak putus berbunyi segera dijawab.

"Ya, Eri?"

"Haa, apa dia? Abang tak den..."

"Kak Laliz, bang. Kak Laliz pengsan." cemas Hendery bersuara di hujung talian.

"Pengsan?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top