JIKACHU💛16


♚♚♚

ⓔ ⓝ ⓙ ⓞ ⓨ  ⓨ ⓞ ⓤ ⓡ  ⓡ ⓔ ⓐ ⓓ ⓘ ⓝ ⓖ

♚♚♚

∅ Lagu say yes say yes by punch and loco

-------------------------
Seminggu kemudian
-------------------------

Dongdaemun Market di Seoul menjadi tempat persinggahan aku dan taehyung untuk mencuci mata di malam hari . Kata taehyung sahaja mahu mengambil udara segar .

" Tae , kita nak buat apa lama - lama dekat sini ? Kau bukannya nak beli apa - apa pun . Belanja aku makan pun tak nak . Kedekut ! " Aku mencebik tidak puas hati . Dekat 2 jam jugalah aku dengan taehyung dekat sini , dari tadi asyik jalan je naik lenguh kaki aku .

" Sabarlah , kejap lagi kita baliklah . Aku nak tengok gucci jap . "

" Dari tadi cakap nak tengok gucci , dari tadi jugalah aku perasan kau dok usya awek je bukannya nak tengok gucci , kedai gucci depan mata kau buat - buat tak nampak , pastu pusing lagi , cari lagi ! " Keluh aku lalu mencebik tidak puas hati .

" Kau bebel lagi dik , balik ni kau jalan kaki sendiri . " Ugut taehyung sambil tersenyum sumbing .

" Kurang diajar betul , kau main ugut - ugut aku pula ! " Marah aku tidak puas hati lalu mencubit perutnya . Padan muka , puas hati aku !

" Eish sakitlah taetan , dah lah aku nak pergi toilet kejap ! Kau nak jalan jangan pergi jauh sangat , nanti aku call . " Taehyung terus beransur pergi ke tandas awam dan hilang dari pandangan aku .

" Yang taetan tu hengkau ! " Bisik aku masih lagi tidak puas hati .

Tiba- tiba sedang aku sibuk berjalan di dalam kesibukkan Dongdaemun Market , ada seorang perempuan tua dalam lingkungan umur 50- an menghulurkan sekeping kertas kecil kepada aku dengan senyuman .

Aku ambil tanpa segan silu lalu membalas senyumannya . Mungkin dia ingin mempromosikan barangan yang terdapat di kedainya kepada aku , mungkin .

Aku baca setiap perinci tulisan yang ada pada kertas kecil itu . Ni bukan nak bagi promosi ni . Berkerut - kerut dahi aku membaca , mata aku yang sediakala besar , seperti biasa akan aku besarkan .

" Aku tak pernah lupa setiap detik yang kita dah lalui dekat dunia jikachu mahupun realiti . Boleh kita cipta kenangan baru bersama lagi sekali ? "

-Chim-

Aikk ! Lain macem je kertas ni , siap ada nama jimin lagi . Chim !

" Nah akak , tadi ada abang bagi kat adik suruh bagi dekat akak . " Kata seorang budak kecil perempuan mungkin baru sekolah rendah lalu menghulurkan sekeping kertas kecil lagi .

" Gumawo . " Aku sambut hulurannya sambil tersenyum manis . Budak perempuan kecil itu terus berlalu pergi sambil membalas senyuman aku . Comel .

" Aku tak pernah lupa siapa kau pada aku , Yeen . Pada hari pertama , aku bangun dari koma , sakit hati tu tuhan je yang tahu bila lihat kau menangis suruh aku bangun cepat . Hati aku sakit , yeen . Boleh tak yeen tolong pulihkan hati chim balik ? "

-Chim-

Datang pula , seorang lelaki tua lingkungan umur 50- an menghulurkan sekeping kertas lagi kepada aku . Aku sambut hulurannya lalu mengucapkan terima kasih sambil menunduk 45 ° padanya .

" Chim dengar yeen cakap ' Saranghae , Park Jimin ' waktu chim tengah nangis dekat jikachu hari tu . Janganlah rasa malu , chim happy sangat bila dengar yeen cakap macam tu , maksudnya selama ni chim tak bertepuk sebelah tanganlah . Hehe <3 "

-Chim-

Tergelak kecil aku seorang diri membaca kertas kecil itu . Tanpa aku sedari , aku sudah berada di tengah - tengah Dongdaemun Market dikelilingi ramai orang yang lalu - lalang di sekeliling aku .

Aku hendak mula melangkah ke hadapan tapi ada sesuatu yang menghalang , terasa seperti tertarik , jangan nak menipu ehh rasa ni semua student sekolah yang pakai kasut bertali pernah merasa . Tali kasut aku tercabut guys !

Nak tak nak memang aku kena tunduk dan ikat semula tali kasut aku tengah - tengah Dongdaemun Market . Mulut aku tidak berhenti memaki hamun membebel semua ada dekat tali kasut ni dalam diam . Gila weyh tengah - tengah Market ikat tali kasut confirm kena langgar weyh !

Nak jadikan cerita cliche,  tiba - tiba datang seorang manusia berkaki dua pakai kasut snickers hitam bertali berhenti betul - betul di hadapan aku . Dihulurnya sekeping kertas kecil lagi kepada aku .

Hish , dia ni nak kata buta tak ! Mana aku tahu dia tak buta ? Aku agak je , aku tak tengok pun lagi muka dia , fokus sangat nak ikat tali kasut ni .

Dalam keadaan aku masih marah - marah pun , aku masih sambut huluran kertas kecil itu dengan lembut , takut dia betul - betul buta , nanti aku kena kecam oleh netizen dekat situ . Tali kasut yang perlu diikat aku biarkan seketika . Aku buka kertas tu dan baca .

" Look up ! "

-Chim-

Aku pandang ke atas , tepat pada mukanya . Mata aku nak nangis . Taehyung mana kau ?! Sempat lagi dia senyum eyesmile dia . Tolong jangan bagi aku cair tengah - tengah market ni woi ! Nanti tak ada siapa nak bekukan aku balik !

" J-Jimin " Tergagap aku menuturkan namanya . Lidah aku kelu , muka aku mula memerah menahan tangisan , mata mula berair teringatkan peristiwa minggu lepas yang dia langsung tak ingat tentang aku .

Jimin terus mengambil posisi duduk seperti mencangkung lalu ditongkatkan satu lututnya mencecah lantai , menghadap aku yang masih lagi kaku .

" Hey meh chim tolong ikatkan . " Tangan aku yang dari tadi memegang tali kasut mula bertukar ke tangannya pula yang memegang tali kasut aku . Ala ala gaya dalam drama descendants of the sun .

" Awak marah chim lagi ke ? " Soalnya lembut seperti bisikkan yang aku masih boleh dengari . Aku terdiam . Jujur aku katakan , aku langsung tak marah dia . Tapi hati aku sakit , kecewa bila dia kata dekat aku yang dia langsung tak ingat aku .

" Chim minta maaf . " Ucapnya lagi tanpa memandang langsung ke arah anak mataku sebaliknya fokus mengikat tali kasut aku yang masih lagi terbuka .

" Chim tahu chim banyak buat salah dekat yeen , selalu sakitkan hati yeen , kecewakan yeen , buat yeen menangis . Maafkan chim sebab tak dapat jadi lelaki yang terbaik buat yeen . " Kata - kata dia sedikit sebanyak memang buat hati aku tersentuh . Aku nak nanes ! Huwarghh , mana taetan ni ?!

" Yeen maafkan chim . " Dalam keadaan rasa nak nangis ni , aku rasa tiga perkataan ni boleh buat dia rasa lega dan berhenti menyalahkan diri dia mungkin itu jawapannya.

" Bangunlah , chim dah siap ikat . " Aku bangun dari dudukkan lalu mengucapkan terima kasih padanya .

Jimin langsung tidak bergerak dan memberikan tanda - tanda mahu bangun . Diseluk poket seluarnya lalu dikeluarkan satu kotak kecil berwarna merah .

" Kalau pertemuan kita di dunia jikachu menjadi satu kebetulan , mungkin di dunia realiti ini pertemuan kita menjadi satu impian buat chim . Kalau chim lamar yeen di sini waktu ini , will you be mine , Sayang ? "

" Ermm y-yes i do . "















To be continue...

Muehehehehehe 1 more chapter then finish ! Nana dah pub 2 chapter hari ni so tinggal 1 chapter final . Btw hyeeeeee awak ! Hah ye awak yang tengah baca tu hyeeee ! 😄❤️

Target nana nak habis book ni before next year tercapai wuishh !😂💕

Nana harap korang suka chapter ni and seperti biasa harap tak hambar lah ya 😅💜

1 lagi chapter tu nana akan update sama ada esok atau minggu depan ehh , jangan lari lagi readers jikachu sekalian ! Aku tahu korang tak sabar nak keluarkan book ni dari library korang HAHAHAHAHA jkjkjk 😂💕

Bye borahae mwahhh 😘💜

Tags ;

Paricaaaaa | syabunny | aisyfifi | chimday_ | -pubgmin | penadlahtae






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top