14

Jeon For Sale | JJK

----
Bab 14
----
A/N:

Cover baru dibuat khas dari Youngbeast19
(Boleh singgah cover shop dia, cantik ♥)

----

Aku memetik suis lampu. Nafas aku hela perlahan sambil mataku menjeling kelibat Jungkook yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah.

Serta-merta, segala kenangan lama bersama Jeon Jungkook kembali segar dalam ingatan.

Detik pertemuan kali pertama bersama 001 JJK muncul semula di ingatan.

"Rindukan 001 JJK ke? Aku di sini. Di belakang kau."

Pelukan erat diberikan oleh Jungkook. Aku hanya terdiam memerhati ruang rumah yang begitu sunyi tanpa seorang manusia pun.

"Rindu. Macam nak gila."ujarku tanpa segan silu. Malas hendak menipu perasaan, aku jujur melontarkan kata-kata kepadanya.

---

"Ikut aku boleh?"soal Jungkook. Tangannya meraih lenganku agar turut serta langkahnya ke destinasi berikutnya.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik yang dulu pernah dihuni olehnya.

Jungkook berpaling ke arahku. Satu renungan penuh kasih dihantar olehnya.

"Aku rindukan Cik Joo Yeon. Sangat sangat."

-----

Pergerakan aku tersekat kerana lengan Jungkook melingkari pinggangku. Nafas Jungkook jelas terasa di leherku.

Nampaknya lelaki comel ini masih nyenyak tidur dari semalam.

Aku memusingkan badan untuk menghadap Jungkook. Lantas, aku menyembamkan kepala di dadanya.

Denyutan jantungnya yang laju membuatkan aku hanyut. Telapak tangan aku letak di dadanya.

"Jungkook, tidur lagi ke?"

Jungkook membalas soalanku dengan pelukan yang semakin erat.

"Penat layan Cik Joo Yeon semalam. Jungkook letih. Nak topup tenaga jap. Rindu dah ke?"

Pipi aku terus membahang. Aku angkat tangan dan penumbuk kecil aku terus mendarat di dada Jungkook.

Terkekek-kekek lelaki itu ketawa. Jungkook melekatkan bibir di telinga aku.

"Ini yang terasa nak letgo diri secara percuma aje dekat kau. Aku dah makin..sayang."

Aku tersenyum mendengar kata-kata Jungkook. Aku genggam erat tangannya.

Aku sedar akan sesuatu. Kebahagiaan ini tidak akan kekal lama.

Janjiku untuk bersama Jungkook hanya untuk satu malam.

Kami akan berpisah selepas ini.

------

Jungkook keluar dari bilik mandi. Badannya yang basah dengan air mandian dilap perlahan.

Terus matanya mencari susuk tubuh Joo Yeon. Biliknya kosong tanpa kelibat manusia.

Bayang si Joo Yeon pun sudah tiada.

"J-joo Yeon, kau dah pergi ke?"

Katil sudah siap dikemas. Cadar berganti baru. Langsir tingkap seperti diselak oleh seseorang.

Jungkook mengetap bibir. Matanya mula bergenang dengan air mata.

Sekeping kertas kecil yang dilekat di cermin meja solek menarik perhatian Jungkook.

Matanya meneliti isi kandungan dalam kertas tersebut. Lutut Jungkook terasa begitu lemah.

Melurut jatuh dia ke atas lantai. Kertas kecil pemberian Joo Yeon ditekapkan ke bibir.

"Begini rasa sakit perpisahan kita. T-terima kasih Kang Joo Yeon. 001 JJK will miss you."

Jungkook tersenyum sedih. Dia pejam kelopak mata serapat yang boleh.

Berharap semua yang baru terjadi hanya sekadar mimpi.

Walaupun realitinya Joo Yeon sudah menitipkan salam perpisahan.

🍟
A/N:

Wuhuuuu.

Kan dah kata akak buat kambek banyak chapter.

Maaf jika bisa bikin korang meroyan.

Hahahahahaha.

Ampun.

Bab akhir akan menyusul tengah malam ini. ♥


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top