+ 07

"Sepatutnya janji date pukul 4 tapi awak datang awal sangat- "

"Saya datang awal sebab kat rumah saya tak ada orang. Bosan. Maaf susahkan awak, Jimin. "

Aku mengangguk perlahan. Tapi kenapa dia kata rumah dia tak ada orang? Sedangkan Taehyung kata sepupu dia Younra duduk rumah parents dia bersama Taehyung.

"Akh! "

Tiba tiba kepala aku terasa menyegat. Sakit. Ia seperti mencucuk kepala aku.

"Awak kenapa? " tubuh aku yang hampir tumbang. Kedua bahu aku dia pegang.

"Akh! K-kepala saya s-sakit."

Tubuh aku jatuh atas sofa. Pandangan aku sekejap menjadi kabur. Suara wanita itu pula hanya bergema dalam koklea telinga aku.

"Awak okay? "

Tubuh wanita itu aku tahan dari dia yang mahu datang mendekat. Kepala aku usah dikata tersangat sakit. Handphone di atas meja aku capai tetapi ditepis wanita itu.

Dia berbisik sesuatu sebelum pandangan aku mula gelap.

"Just sleep. Park Jimin. "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top