+ 01
"Hey Jimin! Kenapa kau datang harini?."
Leher aku disambar kasar bersama gelak tawa mereka bertiga. Aku yang sememangnya pendek mendongak memandang empunya suara.
Mereka Jin, Yoongi dan Hoseok.
"Kenapa?"
"Yelah, kau tu baru je lagi kerja kat hospital ni. Dan aku dengar kau nak jadi doktor bedah kan? Jimin-ssi simpan je lah niat kau. Kau takkan dapat punya nak capai cita-cita kau tu. " galak mereka menggelakkan aku.
"Lain la macam kami. Kami ni senior kau. Lagi berpengalaman. So, stop it. Okay Jimin-ssi. " ujar Jin berbaur sinis.
Tangan Jin yang berada di leher aku tolak kasar. "Please, jangan ganggu aku. Aku sibuk. "
kataku dingin sebelum pergi. Baru beberapa langkah tak semena mena bahu aku dirempuh seseorang menyebabkan perempuan itu terjatuh menyembah lantai.
"Maaf. "
Aku Park Jimin. Ya, aku baru sahaja bekerja sebagai doktor biasa di hospital ini. Mereka pula doktor bedah di hospital ini. Aku tak kisah sangat tentang mereka yang suka merendahkan aku.
Tch macam budak kecil.
Aku disini hanya mahu bekerja dan capai hasrat aku sebagai doktor bedah sekiranya aku sudah lulus nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top