24
"Jung Jaehyun aku suruh kau untuk tengokkan Sooyun je, jangan buat benda lain." mata Sicheng mencerlung tajam kearah Jaehyun yang sedang memeluk tubuh sambil bermain dengan telefonnya.
"Ya, aku tahu." jawab Jaehyun bosan. Terlalu banyak Sicheng mengarahnya sekarang. Makin muak pula dia mendengarnya.
"Sicheng aku nak pergi praktikal dekat hospital bukan nak pergi melancong." Sooyun memeluk tubuhnya sambil memandang kearah Sicheng yang berada disebelahnya.
"Eloklah tu, Sicheng oppa berjangkit dengan Injun. Dua kali lima je dua orang ini." Jihyun yang duduk bertentangan dengannya menyampuk.
Jihyun mengeluh perlahan apabila dia memikirkan tentang Renjun yang boleh dikatakan setiap hari akan menunggu diluar bilik kelasnya semata-mata dia tidak mahu Minsoo mendekatinya LANGSUNG.
Perkataan 'Langsung' itu mesti ditekan.
"Saya pula yang kena." Renjun mencebik tidak puas hati. Betullah, siapa saja tak risau jika teman wanitanya sedang bekerja dengan lelaki yang mempunyai perasaan padanya?
"Korang berdua ni memang tiba-tiba jadi overprotective ke lepas bercinta." Hendery yang sudah lama mendiamkan diri itu mencelah.
"Kau tengok lepas kau dah bercinta nanti." Jaehyun membalas. Hendery memasamkan mukanya, dia kena balik. Dia sudah redha apabila selalu menghadap dua pasangan ini.
Siapa nak Hendery? Tengah kosong ini.
"Yangyang kata dia balik hari ini." kata Jaehyun sambil memandang telefonnya. Selama sebulan ini Yangyang memang tiada disebabkan tugasannya di dalam kawasan pendalaman. Budak journalism kan.
" Tapikan aku masih tak sangka Sicheng hyung berani kiss Sooyun noona depan-" kata-kata Renjun itu terhenti apabila Sicheng memijak kakinya daripada bawah meja. Renjun mengerang kesakitan. Bukan perlahan dia pijak, kuat!
Mereka semua tertawa melihat tindakan gementar Sicheng itu. Membahang wajahnya apabila Renjun mula membangkitkan tentang hal itu. Agaknya dia sudah gila pada masa itu.
"Yah Lee Heejin!" suara jeritan itu membuatkan mereka semua berpaling kearah suara itu.
Haechan melangkah laju bagi mengejar langkah Heejin yang sudah berada di hadapannya. Tangannya mencapai pergelangan tangan Heejin dan menariknya kasar supaya menghadapnya semula.
"Kau kenapa!" Heejin mula meninggikan suara kepada Haechan. Anak matanya mencerlung tajam kearah abang kembarnya itu. Mereka semua terdiam melihat perkara yang berlaku itu. Haechan menolak lidahnya pada pipi dann tertawa sinis.
"Heejin kau jangan melampau." kata Haechan mendatar. Raut wajahnya dingin, tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tajam matanya memandang Heejin.
Mereka terkejut. Tidak pernah dia melihat Haechan berkelakuan seperti ini.
"Haechan cukup." suara garau Jeno mencelah daripada belakang. Kakinya melangkah mendekati dua beradik itu. Jeno memegang tangan Haechan supaya melepaskan tangan Heejin.
"Kau ingat aku boleh biarkan ke?" Haechan menjawab tidak puas hati. Dia cuba mengatur nafasnya. Amarah di dadanya sedang bergelora sekarang ini.
Jeno mengeluh perlahan dan tetap memaksa Haechan untuk melepaskan pegangan pada tangan Heejin itu. Dengan pasrah, Haechan melepaskannya.
"Kau pun sama Jeno." Heejin merengus kasar sebelum melangkah pergi meninggalkan kawasan kafeteria. Haechan meraup wajahnya kasar. Dia terlalu geram. Jeno yang perasan mereka berdua sudah menajdi perhatian di dalam kafeteria itu terus menarik tangan Haechan mendekati kawan-kawannya.
Yang lain hanya memandang mereka dengan perasaan yang tertanya-tanya. Mereka keliru dengan perkara yang baru terjadi itu. Langsung tidak tahu mengenainya.
Hendery berdehem bagi memecahkan kesunyian itu. Sicheng memandang kearah Haechan yang sedang merenung ke tempat lain itu. Dia sedang menenangkan dirinya sendiri.
"Kau okey tak Haechan?" Jihyun mencelah. Dia memegang bahu Haechan supaya lelaki itu menghadapnya. Reaksi kosong daripada Haechan itu membuatkan dia mengangguk perlahan.
Jihyun menyuruh Haechan bangun daripada duduknya dan mengikutinya ke suatu tempat. Tidak sempat Renjun mahu bertanya, kelibat mereka berdua terlebih dahulu keluar daripada kawasan kafeteria.
"Tak pernah aku tengok Haechan dan Heejin gaduh sampai macam ini." kata-kata Jaehyun itu membuatkan yang laim mengangguk setuju. Yang paling teruk pun, Haechan dimarahi Heejin kerana kerap mengusiknya.
"Jeno kau tahu apa-apa ke?" mereka semua serentak memandang kearah Jeno yang sedang memandang lantai itu. Jeno terdiam.
"Haeyoung kau kenapa?" mereka berpaling pada Haeyoung yang baru datang mendekati meja mereka. Wajahnya sudah sembap.
"Jaemin..."
--
Sicheng memandang hospital besar yang berada di hadapannya. Sudah seminggu sejak Sooyun memulakan kerjanya di hospital ini. Dia memandang beg kertas yang dipegang erat pada tangannya. Haih rajin sungguh dia memasak untuk gadis itu.
Walaupun kadang-kadang ia tidak berapa menjadi-
Tetapi dia berasa sangat gembira apabila melihat reaksi Sooyun pada masakannya.
Memandangkan pekerjaannya sudah habis, dia saja mahu melawat Sooyun di tempat kerjanya memandangkan Sooyun tidak boleh selalu pulang ke rumah sewanya. Tugas doktor ini memang membuatkan Sooyun betul-betul sibuk.
Sicheng melangkah masuk ke dalam hospital besar itu. Mengikut kata doktor yang lain, dia perlu melalui koridor ini untuk pergi ke bilik doktor praktikal.
"Sicheng?" Sicheng berpaling ke belakang apabila mendengar suara yang memanggilnya. Sicheng terkejut.
"Taeyong hyung..." Sicheng berpelukan dengan Taeyong seketika. Dia terlupa bahawa Taeyong juga bekerja di hospital ini.
"Nak cari Sooyun ke?" tanya Taeyong, dia tersenyum nakal kepada Sicheng. Sicheng hanya mengangguk dan menunduk malu.
Semasa berita Sooyun dan Sicheng tersebar diantara rakan-rakannya, mereka memang terkejut. Daripada zaman sekolah lagi Sicheng memang tidak pernah mempungai teman wanita. Lagi-lagi sifat Sicheng yang sememangnya pemalu, lebih-lebih lagi dengan perempuan.
"Biar aku tunjuk jalan. Aku pun nak jumpa Jaehyun ini." Taeyong mempelawa. Sicheng mengangguk setuju. Tidak perlulah dia menyusahkan dirinya untuk bertanya pada orang lain lagi. Sicheng mengikuti Taeyong sambil itu mereka berbual-bual kosong.
"Sini." Mereka berdua terhenti di hadapan satu bilik. Taeyong memulas tombol pintu itu dan menolak daun pintu itu. Sicheng hanya berdiri di belakang Taeyong.
Sebaik sahaja pintu dibuka, dia melihat beberapa figura lelaki dan perempuan termasuk Jaehyun dan Sooyun yang sedang bergelak-ketawa di meja.
Mereka yang menyedari kehadiran Taeyong di dalam bilik itu terus berdiri dan menyambut Taeyong memandangkan dia merupakan doktor senior.
"Doktor Lee buat apa dekat sini?" tanya salah seorang gadis daripada mereka, mereka masih tidak menyedari kehadiran Sicheng memandangkan Taeyong masih lagi berdiri di hadapan pintu.
"Ouh yang itu..." Taeyong masuk ke dalam bilik itu, membenarkan Sicheng juga untuk masuk bersamanya. Sicheng tersenyum kecil apabila anak matanya bertentang dengan Sooyun.
Jaehyun dan Sooyun terkejut manakala yang lain hanya memandang pelik kearah Sicheng memandangkan mereka tidak mengenalinya.
"Jaehyun, kau pergi rumah aku dulu sebelum balik nanti, Doyoung nak jumpa." kata Taeyong. Jaehyun hanya mengangguk dan membuat tanda okey pada Taeyong. Serentak mereka semua memandang kearah Jaehyun.
"Aku pergi dulu." Taeyong terlebih dahulu meminta diri apabila dia mendapat mesej daripada unit kecemasan.
"Jumpa nanti hyung." Sicheng sempat berkata pada Taeyong sebelum dia keluar daripada bilik itu.
"Jap kau siapa? dan Jaehyun kau rapat dengan Doktor Lee?" salah seorang lelaki itu memandang Sicheng dan Jaehyun bersilih ganti. Sooyun memandang Sicheng semula selepas Taeyong keluar daripada bilik itu
"Sicheng!" Sooyun berlari anak kearah teman lelakinya dan terus memeluk Sicheng di hadapan lima orang yang berada di dalam bilik itu. Sicheng membalas pelukan gadis itu. Dia tersenyum kekok pada rakan-rakan sekerjanya yang lain.
"Jung Sooyun, kau jangan buat drama dalam ini. Kau buat macam tak jumpa teman lelaki kau sebulan." Jaehyun tertawa kecil, mengabaikan soalan kawannya itu.
"Apa kau cakap Jaehyun- teman lelaki kau ke ni Sooyun- Kau ada teman lelaki?" lelaki itu memandang Sooyun yang masih memeluk Sicheng itu tidak percaya. Sooyun melepaskan pelukannya dan memandang kawan lelakinya itu.
"Dia teman lelaki aku, Dong Sicheng." kata Sooyun sambil tersenyum lebar. Raut wajah lelaki itu pudar.
"Jaehyun dengan Sicheng kawan Doktor Lee." kata Sooyun lagi, menjawab persoalan lelaki tadi bagi pihak Jaehyun.
"Minhyuk aku rasa kita kena pergilah." salah seorang perempuan disitu bersuara dan menarik tangan lelaki bernama Minhyuk itu keluar daripada bilik itu.
Sooyun menarik tangan Sicheng untuk duduk bersama dengan mereka. Sicheng menunduk bawah. Dia terlalu malu dan kekok untuk memandang kawan-kawan Sooyun sekarang.
"Hai! Aku Byul. Yang tarik Minhyuk keluar tadi tu nama dia Eunjung. Dia Hyunwoo." Sicheng hanya mendengar penjelasan Byul itu dan tersenyum setiap kali Byul memperkenalkan orang lain padanya.
"Aku rasa Minhyuk tengah patah hati sebab tu Eunjung tarik dia keluar." Hyunwoo bersuara. Mereka semua memandang kearah Hyunwoo pelik.
"Dia suka dekat Sooyun kan. Mestilah dia broken- aduh!" Hyunwoo mengaduh kesakitan apabila Jaehyun tiba-tiba menyiku perutnya. Raut wajah Sicheng terus berubah. Senyumannya pudar.
"Sooyun, kau bawa Sicheng pergi taman belakang hospital tu, biar aku ganti shift kau kejap lagi." Byul menyuruh Sooyun bangun daripada duduknya dan menolak Sicheng dan Sooyun keluar daripada bilik.
Selepas Byul menutup pintu bilik itu, serentak dia dan Jaehyun memandang Hyunwoo tajam.
"Ap-apa!"
--
"Kau rapat dengan Minhyuk ke?" soal Sicheng. Wajahnya hanya mendatar, langsung tidak memandang kearah Sooyun.
Sooyun yang baru sahaja mahu menyuapkan sesudu bulgogi ke dalam mulutnya terhenti. Dia memandang wajah Sicheng yang sudah ketat itu.
"Tak, aku tak rapat dengan dia." Sooyun menjawab tenang, padahal dia sedang menahan tawa apabila melihat raut wajah Sicheng itu. Sengaja dia menjawab seperti itu padahal dia dan Minhyuk ditugaskan pada waktu yang sama, jadi semestinya dia sudah biasa dengan lelaki itu.
Sicheng meletakkan pengepitnya dan memandang wajah Sooyun kosong. Tidak tahan melihat Sicheng, Sooyun terus melepaskan tawa besar. Dia tertangkap.
"Aw Sicheng cemburu~" Dengan selamba Sooyun mencubit pipi lelaki itu. Sicheng mencebik bibir apabila Sooyun mula mengusiknya. Dia tidak lagi memandang Sooyun.
"Dia sama shift dengan aku, jadi semestinya kitorang selalu bersama kan." kali ini Sooyun berkata jujur. Kesian pula dia melihat Sicheng yang sudah memasamkan wajahnya. Sicheng mendiamkan diri.
"Dong Sicheng tetap favourite aku." kata Sooyun sambil tersenyum lebar menatap wajah Sicheng. Wajah Sicheng terus membahang mendengar kata-kata Sooyun itu. Sooyun memang bahaya, secara tiba-tiba memang mulutnya bertukar manis.
Sicheng terus melarikan pandangannya dan berdehem. Telinganya juga merah padam menahan malu.
"Bercakaplah dengan aku." Sooyun merungut tidak puas hati apabila Sicheng masih lagi mendiamkan diri. Tetapi masih sama, Sicheng masih tidak bersuara.
Sooyun dengan geram terus bangun daripada duduknya dan meletakkan semula pengepitnya diatas bangku itu. Sicheng memandang pelik kearah Sooyun. Kemudian, Sooyun menarik tangan Sicheng untuk berdiri juga.
Apabila Sicheng sudah berdiri di hadapannya, tangannya terus melingkari pada leher lelaki itu. Anak matanya memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu Senyuman lebar tidak lekang daripada bibirnya.
"I Love You Jung Sooyun." ucap Sicheng tiba-tiba. Sooyun tertawa kecil, ucapan itu membuatkan Sooyun tersenyum gembira. Tangannya juga melingkari erat pinggang gadis itu.
"Sicheng kali ini bukan dare kan?" Sooyun memandangnya tajam, mengusik Sicheng. Dia kembali teringat tentang luahan perasaan lelaki itu semasa hari festival. Pada masa itu, dia nak bertentang mata dengan Sooyun pun tidak berani.
Sicheng tertawa mendengar kata-kata Sooyun itu. Tangannya mencuit perut gadis itu membuatkan gadis itu melepaskan pelukannya daripada leher Sicheng tadi dan tergelak.
"Janganlah!" Sooyun merungut, matanya dijegilkan kepada Sicheng yang sudah tergelak kecil melihat gadis itu memarahinya. Jung Sooyun marah nampak lebih comel.
"Okey, okey aku tak buat dah." Kakinya melangkah mendekati Sooyun semula sebelum memeluk pinggang gadis itu sekali lagi. Tiba-tiba Sicheng mencium pipi gadis itu sekilas membuatkan Sooyun terkejut.
"Aw Jung Sooyun malu~" Sicheng meniru semula intonasi Sooyun tadi. Lelaki itu tertawa melihat wajah Sooyun yang sudah berona kemerahan. Sicheng kembali menarik gadis itu masuk ke dalam pelukannya dan merehatkan kepalanya pada bahu Sooyun.
Sooyun tersenyum kecil. Dia mengusap lembut rambut coklat milik lelaki itu. Kepalanya direhatkan pada dada bidangnya.
"I Love You too Dong Sicheng."
The End.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
1871 + !
habis shsshshshsh! aku ingatkan tak lepas nak buat ending sebab aku dah stuck dekat awal awal chapter 😂
btw mekasih yang selalu vote ngan comment !!
jumpa dalam fanfic jaemin atau jeno nanti 🤣 tapi macam banyak spoiler cerita jeno 👀 kalau rajin aku publish harini dan cuba siapkan sebelum buka sekolah nanti ;)
『 I Love You | Dong Sicheng 』
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top