23
flashback.
"Sooyun tolong saya hantarkan fail-fail ini ke dalam kereta saya boleh?" Mrs. Park meminta pertolongan Sooyun. Dengan senang hati, gadis itu menerimanya. Dia mengenggam fail-fail itu dan dipeluknya erat sambil membetulkan beg tangannya.
Kakinya melangkah ke luar makmal, menuju ke tempat parker kereta Mrs.Park. Langit yang sudah bertukar warna biru kejinggaan itu dipandangnya. Hampir malam.
Dia terpaksa duduk di universiti lebih lama untuk menyiapkan eksperimen di makmal. Ahli kumpulannya yang lain semestinya sudah pulang. Sengaja dia menjadi orang terakhir yang keluar daripada makmal.
Kunci kereta Honda ditekan dan dia membuka pintu belakang kereta itu. Setelah dia selesai meletakkan fail-fail itu, dia mengunci pintu kereta itu semula.
Sooyun menggeliatkan badannya. Terasa sungguh letih hari ini. Seharian jadualnya padat dengan kelas. Tidak disangka hidup sebagai pelajar universiti tahun pertama sangat memenatkan, belum lagi di tahun terakhir.
Makin terkejut harinya apabila dia melihat Jaehyun berada di kelas yang sama dan jurusan yang sama dengannya. Mereka memang tidak bermusuh tetapi dia tidak menyangka dia akan berjumpa dengan Jaehyun lagi.
Pada pengakhiran hubungan mereka tidaklah terlalu baik. Masing-masing sibuk dengan belajar dan hal sendiri. Jaehyun merupakan ketua pelajar dan membuatkan lelaki itu makin sibuk.
Tanpa sedar, kedua-duanya sudah tawar hati dan tidak lagi mempunyai perasaan antara satu sama lain.
Sooyun melangkah kearah makmal semula untuk memberikan kunci kereta kepada Mrs. Park semula. Tetapi dia terhenti di pertengahan jalan apabila dia terlanggar dengan seorang lelaki.
Perlanggaran mereka cukup kuat sehingga membuatkan Sooyun jatuh ke belakang memandangkan lelaki itu sedang berlari semasa melanggarnya.
"Haish." Suara garau itu merengus geram. Sooyun mendengus kesakitan perlahan. Sudahlah dia jatuh diatas jalan tar, tetapi lelaki itu langsung tidak menunjukkan niat untuk membantunya. Sooyun mengangkat wajah untuk memandang lelaki itu.
Tersentak bahunya apabila lelaki itu sedang mencerlung tajam kearahnya. Lelaki itu yang melanggarnya jadi kenapa dia yang nak marah?
Sooyun mengomel geram di dalam hati. Kalau boleh dia nak saja sepak kaki lelaki ini.
Sooyun membangunkan dirinya sendiri daripada jalan tar itu dan membersihkan kotoran pada bajunya.
"Apa kau nak?" soal Sooyun mendatar, langsung tidak ingin memandang wajah lelaki itu. Kedengaran lelaki itu tertawa sinis.
"Aku pun tak tahu kenapa aku buang masa dekat sini." Lelaki itu menjelingnya tajam dan ingin berlalu pergi.
"Tak suruh kau buang masa dekat sini pun dan kenapa tak minta maaf?" Sooyun menyoal berani. Dia memegang pergelangan tangan lelaki itu supaya menghadapnya semula.
Sempat Sooyun melirikkan matanya pada kad nama yang tergantung pada lehernya. Dia pelajar universiti ini juga. Shin Hyojung.
"Aku? Nak minta maaf pada kau?" sekali lagi Hyojung tertawa sinis. Sooyun masih cuba mengawal raut wajahnya untuk berlagak tenang walaupun dia sedang ketakutan sekarang.
"Kurang ajar." perlahan Sooyun mengumam sambil tertawa kecil. Hyojung mula memandang Sooyun dengan pandangan tidak percaya.
"Kau memang-"
"Hyojung!" Hampir sahaja tangan Hyojung mahu diangkat untuk menampar Sooyun, suara jeritan daripada belakang itu membuatkan tindakannya terhenti. Sooyun sudah memejamkan matanya apabila melihat tindakan Hyojung tadi.
Hyojung memandang kearah lelaki yang sedang berjalan mendekatinya.
"Kau buat apa dekat sini Sicheng." kata Hyojung seperti terkejut dengan kehadiran Sicheng secara tiba-tiba itu. Tangannya terus diturunkan dan dia mengelak daripada terus memandang Sicheng.
"Aku nak jumpa dengan Sooyun. Mrs. Park dah tunggu dia dekat makmal." Sicheng tersenyum pendek sekilas dan terus mencapai pergelangan tangan Sooyun. Menariknya pergi daripada situ.
Sooyun kembali membuka kelopak matanya. Nafas lega dilepaskan. Hanya tuhan yang tahu betapa takutnya dia tadi apabila Hyojung mahu menamparnya.
Sooyun mula sedar dengan keadaan yang sedang berlaku. Matanya merenung lama belakang badan Sicheng yang sedang menariknya. Sooyun hanya mendiamkan diri.
Sooyun memandang wajah Sicheng daripada tepi. Dia cuba mengingati wajah lelaki ini, wajah lelaki ini seakan dia kenal saja.
Dong Sicheng, kawan baik kepada Jung Jaehyun.
Mulut Sooyun ternganga apabila dia sudah mula mengingati Sicheng. Sebelah tangannya, menutup mulutnya terkejut.
Lelaki yang pernah menyukainya semasa di sekolah menengah. Dia teringat kembali semasa dia duduk di perpustakaan untuk belajar, pasti Sicheng juga akan ada disitu. Dia sedar, Sicheng sering memerhatikannya dalam diam.
Pada waktu itu jugalah, rahsia Sicheng terbongkar. Haechan pastilah mengetahui tentang perasaan Sicheng padanya dan dia terdengar perbualan Haechan bersama Jeno tentang perkara itu semasa dia dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Jeno. Lebih terkejut, apabila Jaehyun juga tahu akan hal ini.
Sooyun tersedar semula daripada lamunannya apabila Sicheng memberhentikan langkahnya. Sooyun mengelipkan matanya beberapa kali sebelum tersedar mereka sudah berada di hadapan makmal.
Sooyun tersenyum kecil dan menunduk sedikit sebelum berlalu masuk ke dalam makmal. Entah kenapa mulutnya langsung tidak berbunyi padahal dia mahu mengucapkan terima kasih pada lelaki itu.
Sooyun memberikan kunci kereta Honda itu semula kepada Mrs. Park. Sooyun mengambil beg galasnya dan berjalan ke luar makmal.
Badannya mengundur kebelakang apabila dia melihat Sicheng yang sedang menyandarkan badannya di luar makmal sambil bermain dengan telefonnya.
Sooyun mengurut dada, hampir saja dia mahu menjerit tadi. Sicheng yang perasan akan kehadiran Sooyun itu terus mencapai tangan gadis itu.
Sooyun hanya mendiamkan diri, langsung tidak menolak tangan Sicheng yang menarik tangannya itu. Biasanya dia paling tidak menyukai apabila orang yang tidak dikenali menyentuhnya secara tiba-tiba, tetapi pada kali ini dia hanya terkaku.
Matanya memerhati Sicheng yang sedang menyapu ubat sapu pada tapak tangannya. Tangannya mungkin tergeser semasa jatuh tadi, dia tidak sedar pun. Tanpa sedar, Sooyun hanya merenung wajah kacak lelaki itu tanpa berkelip. Seolah dia dipukau.
"Aku teman kau sampai kereta." Sicheng memecahkan kesunyian diantara mereka. Sooyun tersedar daripada lamunannya dan mengangguk laju. Dia melihat lula pada tapak tangannya yang sudah ditampal dengan plaster.
Mereka berjalan beriringan ke tempat parker kereta, tetapi tiada sesiapa yang membuka suara. Mulut Sooyun juga seakan-akan digam. Tidak pernah dia menjadi sediam ini.
"Aku balik dulu." sekali lagi Sicheng bersuara. Mereka berdua sudah berada di hadapan kereta Sooyun. Sooyun hanya mengangguk dan tersenyum padanya. Sooyun masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin.
Sooyun kembali memandang Sicheng yang sedang berjalan kearah kereta miliknya yang berada tidak jauh daripadanya.
"Terima kasih."
chapter ni flashback masa sooyun mula suka pada sicheng shshshs
btw 1 chapters left!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top