21
"Aku sukakan kau Dong Sicheng."
Jaehyun terkejut. Membuntang mata Jaehyun mendengar luahan tiba-tiba Sooyun itu. Dia tidak menyangka Sooyun akan terus meluahkan perasaannya pada Sicheng.
Tetapi Sicheng tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia hanya merenung ke dalam anak mata gadis itu lama. Sooyun mengigit bibirnya resah apabila melihat raut wajah Sicheng. Dia menunduk memandang lantai.
Perlahan-lahan hujung bibirnya terangkat apabila dia melihat reaksi Sooyun yang malu dan kecewa pada masa yang sama itu.
Tangannya diangkat dan diletakkan diatas kepala gadis itu. Sicheng mula mengusap lembut rambut gadis itu membuatkan Sooyun mendadak mengangkat wajahnya. Dia terkejut. Sicheng sedang tersenyum padanya kan?
"Aku tahu." kata Sicheng dengan senyuman nakal yang terukir pada bibirnya. Sooyun tersentak. Sicheng tahu? Makin merah pipinya membahang akibat malu!
Jaehyun yang berada di belakang itu tersenyum kecil melihat Sicheng dan Sooyun. Dia melepaskan nafas lega. Dalam diam, dia mula melangkah pergi meninggalkan pasangan itu. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga pula.
"Macam mana kau tahu- tak mungkin kau tahu. Siapa bagi tahu- tak bagi aku jelaskan dulu pada kau, semua yang kau nampak minggu lepas-" kata-katanya terhenti apabila dia dapat merasakan sesuatu yang lembut melanggar bibirnya sekilas.
Sooyun terkaku dengan kedudukannya. Matanya berkelip-kelip tidak percaya. Dia bagaikan mayat hidup sekarang! Perlahan-lahan Sooyun berpaling kebelakang, membelakangkan Sicheng
Wajahnya menunduk lantai sambil kepalanya digaru.
Dia tidak bermimpi? Apa yang baru berlaku ini? Betul ke apa yang dia rasa tadi? Lelaki itu memang Dong Sicheng kan? Wah semua ini memang gila!
"Aku dah tahu semuanya Sooyun. Maafkan aku." Sicheng meletakkan tangannya diatas bahu Sooyun, menarik bahu gadis itu supaya menghadapnya semula.
Sooyun hanya terdiam. Dia sangat malu mahu bertentang mata dengan Sicheng sekarang. Pipinya makin berona kemerahan!
"Maafkan aku tak dengar penjelasan kau dulu." kata Sicheng lagi, dia memandang gadis itu sayu. Sooyun hanya mengangguk tanpa memandangnya. Dia tidak mahu Sicheng meminta maaf lagi padanya.
Meremang bulu romanya apabila Sicheng menarik tubuhnya masuk ke dalam pelukannya. Dia melingkarkan tangannya pada pinggang Sooyun erat. Sooyun terkaku. Tidak tahu apa yang patut dilakukan.
Sicheng merehatkan dagunya diatas bahu gadis itu. Perlahan-lahan dia mengeluh.
"Maaf tak ada dengan kau masa kau dapat berita tentang kematian ayah kau." Sicheng berkata perlahan. Automatik fikirannya mula teringat tentang ayah kesayangannya yang sudah tiada di muka bumi ini lagi.
Tubir matanya mula mengenang dengan air mata. Wajah ayahnya yang muncul dalam ingatannya membuatkan dia berasa sebak. Dia tidak dapat bersama dengannya pada saat-saat akhir hidupnya.
Makin sebak dia dibuatnya apabila Sicheng mengusap rambut panjangnya lembut. Dia teringat tentang pelukan yang sentiasa diberikan oleh ayahnya setiap kali dia pulang ke rumah. Laju air matanya mula tumpah menuruni pipinya.
Sooyun tersedu-sedan melepaskan tangisannya di dalam pelukan Sicheng. Lelaki itu juga hanya senyap, membiarkan Sooyun melepaskan perasaannya.
Pasti ada beberapa orang pelajar yang tinggal di dalam kuliah daripada jurusan Sooyun tadi ternampak mereka berdua sedang berpelukan dan Sooyun yang sedang menangis sekarang kerana dia baru sahaja habis daripada kelas.
Daripada jauh, Sicheng dapat menangkap figura Jihyun yang sedang tersenyum kepadanya. Dia menunjukkan tanda okey pada Sicheng.
Sicheng membalas senyuman gadis muda itu. Pasti dia maksudkan tentang nasihat Jihyun padanya hari itu. Renjun yang baru datang disebelah Jihyun itu juga turut tersenyum kecil.
Setelah beberapa minit, tangisannya terhenti. Sicheng melepaskan pelukannya dan memandang wajah Sooyun yang sudah comot dengan air mata. Jarinya mula mengusap sisa air mata pada pipi gadis itu.
"Dah okey?" soal Sicheng lembut. Sooyun menggeleng sambil mencebik bibir. Sicheng tertawa kecil. Comel.
Sicheng memerhati ke dalam bilik kuliah. Kosong. Tangannya menarik tangan Sooyun untuk masuk ke dalam bilik yang sudah kosong itu. Jika mereka duduk di luar, makin ramai yang melihat kearah mereka.
Sicheng menyuruh Sooyun untuk duduk disebelahnya. Dia duduk menghadap gadis itu dan menghulurkan tisu kepadanya untuk mengelap sisa air mata.
"Kenapa kau buat macam tu?" Sooyun bersuara, terselit nada tidak puas hati. Sicheng memandangnya pelik. Apa yang dia buat?
Sooyun mencebik bibir. Dia menunjukkan kearah bibirnya. Sicheng tertawa, Sooyun sedang bercakap tentang itu rupanya.
"Sebab aku suka kau?" jawapan Sicheng itu membuatkan Sooyun terdiam. Sooyun terus meletakkan wajahnya diatas meja beralaskan tangannya. Dia nak sorok wajahnya sekarang juga! Sejak bila Dong Sicheng jadi berani ini!
"Janganlah..." Sooyun merungut tidak puas hati. Sicheng seperti mempermainkan hatinya sekarang. Dia tak kuat nak menghadap Sicheng selepas apa yang dia lakulan ini.
"Aku sukakan kau lah Jung Sooyun." kata Sicheng lembut, pada kali ini dia kedengaran lebih serius dan ikhlas.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top