19
Dia menggeliatkan badannya, lenguh urat-uratnya. Sudah dua jam dia duduk di perpustakaan ini untuk menyiapkan assignmentnya. Akhirnya usahanya berjaya, dia sudah siap!
Kaca mata yang dipakainya dicabut. Dia mengurut pelipis dahinya dan menutup laptop. Barang-barangnya dimasukkan ke dalam beg galasnya.
Dia melangkah keluar daripada perpustakaan itu dan menuju kearah tempat parker kereta. Angin malam itu menyapa kulitnya. Sejuk.
Memandangkan sudah pukul 9 malam, memang kurang pelajar yang berada di universiti sekarang. Gelap dan suram.
Baru sahaja dia menghidupkan enjin keretanya, bunyi deringa daripada telefonnya membuatkannya terkejut. Sicheng mengurut dadanya dan menghembus nafas.
Sicheng mengambil telefonnya pada tempat duduk penumpang. Dia melihat nama yang menelefonnya.
Jung Sooyun is calling...
Sicheng terkaku. Dia meneguk air liur. Tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya. Dia memandang skrin telefon itu lama. Hatinya berdegup kencang, tidak pasti dia mahu mengangkatnya atau tidak.
Pada saat itu, kata-kata Jihyun semalam bermain di fikirannya. Sicheng mengambil nafas dalam sebelum menekan butang hijau pada telefonnya dan mendekatkan telefonnya pada telinga.
"Ini kawan Sooyun ke?"
--
Sicheng mengeluh perlahan. Susuk tubuh gadis itu dipandangnya sayu. Kakinya melangkah mendekati Sooyun yang sudah tertidur beralaskan tangan diatas meja itu.
"Sooyun..." Sicheng mengambil tempat duduk di hadapan Sooyun dan memanggil namanya. Bahu Sooyun ditepuk beberapa kali untuk mengejutkannya.
"Eo-" wajah gadis itu diangkat dan menoleh kearah Sicheng. Sooyun tertawa kecil. Wajah gadis itu sudah kemerahan akibat mabuk.
"Sicheng- kau datang hehe." Sooyun tertawa sambil memejamkan matanya. Pipinya ditekup malu. Sicheng menggeleng perlahan. Dia memang mabuk teruk sekarang.
"Sooyun jom balik." Sicheng bangun daripada duduknya dan memegang bahu Sooyun untuk menyokong badan gadis itu untuk bangun.
Tetapi Sooyun memukul tangannya, merungut kecil dan kembali meletakkan wajahnya diatas meja.
"Haih... kenapa aku ada dekat sini." Sicheng mengeluh dan memandang kearah Sooyun lama. Wajahnya diraup kasar. Dia menggeleng perlahan. Dia tidak boleh ada di sini sekarang.
Dia perlu call Jaehyun...
Telefon daripada poket seluarnya dikeluarkan. Baru sahaja nama Jaehyun hendak ditekan, Sooyun terlebih dahulu merampas telefon itu daripada pegangan Sicheng dan mencampak telefon itu.
Sicheng ternganga terkejut. Matanya membuntang memandang Sooyun dan telefonnya yang baru dicampak itu bersilih ganti.
'telefon aku...'
Mahu sahaja dia menangis di sini sekarang. Daripada jauh pun dia sudah dapat melihat telefonnya yang sudah berkecai akibat dicampak itu. Fikirannya mula menjadi kosong. Dia nak marah pada Sooyun? Tak, dia tak sampai hati mahu memarahi Sooyun dalam keadaannya begini.
Sicheng menarik nafas dalam, menenangkan hatinya yang berada di dalam kecewa dan marah pada satu masa yang sama.
"Ehe Sicheng~" Sooyun kembali mengangkat wajahnya dan ketawa berseorangan. Dia duduk menghadap lelaki itu dan dengan selamba dia menekup wajah Sicheng.
"Kau aku punya tau." Sooyun tersengih memandangnya. Sicheng terkilan. Sooyun jangan buat macam ini. Dia tak kuat.
"Ke-kenapa kau tinggalkan aku..." Sooyun merengek perlahan. Lebih terkejut dia dibuatnya apabila Sooyun mengalirkan air matanya.
"Janganlah menangis Sooyun." kata Sicheng cemas. Air mata gadis itu diseka.
"Jangan tinggalkan aku!" Namun silap, makin kuat Sooyun merengek di dalam kedai itu. Sicheng tersentak dibuatnya. Dengan segera dia bangun dan meminta maaf kepada pelanggan yang lain.
Sicheng meletakkan tangan Sooyun pada sekeliling bahunya dan membantu gadis itu untuk bangun.
Dia meletakkan tangannya pada pinggang Sooyun untuk menyokong tubuhnya untuk berdiri. Dia membawa Sooyun keluar daripada kedai itu.
Belum sempat Sicheng mahu membawanya masuk ke dalam kereta, Sooyun terlebih dahulu menolak Sicheng membuatkan pegangannya dilepaskan.
"Kenapa semua orang tinggalkan aku. Kenapa... kenapa!" Sooyun jatuh terduduk. Makin banyak air mata yang jatuh pada pipinya. Sicheng mengeluh perlahan dan memandang gadis itu sayu.
Sicheng mendekati Sooyun dan duduk melutut. Dia mengangkat dagu Sooyun supaya anak mata Sooyun memandang wajahnya.
"Aku tak tinggalkan kau." Sicheng membawa gadis itu ke dalam pelukannya. Sooyun meletakkan wajahnya di bahu Sicheng dan mula teresak-esak menangis, makin erat dia memeluk Sicheng. Sicheng mengusap rambut panjangnya lembut
--
"Sicheng dekat sini." Yihyun membuka pintu bilik Sooyun. Minyoung dan Haesoo memandang Sicheng yang sedang menggendong Sooyun yang sudah tertidur itu dengan risau.
Sicheng meletakkan tubuh Sooyun diatas katil dan dia duduk dibirau katil sambil melepaskan keluhan. Dia menyelimutkan tubuh Sooyun terlebih dahulu sebelum keluar daripada biliknya.
"Maaf Sicheng sebab dia dah susahkan kau, dan terima kasih bawa dia balik." ucap Minyoung risau. Haesoo sudah berada di dalam bilik Sooyun untuk menjaganya.
"Boleh aku nak bercakap dengan kau sekejap?" soal Yihyun yang baru keluar daripada bilik Sooyun. Sicheng mengangguk. Minyoung masuk ke dalam bilik Sooyun, memberi mereka berdua ruang untuk bercakap.
"Aku tahu apa yang jadi di antara korang bertiga." kata Yihyun. Sicheng memandangnya pelik.
"Pembedahan ayah Sooyun gagal dan dia tak dapat diselamatkan." Sicheng tersentak mendengar kata-kata Yihyun itu. Dia tidak sangka. Jadi sebab itukah Sooyun tidak menghadirkan diri selama seminggu?
"Kau nampak apa?" Yihyun bertanya. Sicheng meneguk liur. Pasti dia bertanya tentang kejadian itu.
"Aku nampak dia dengan Jaehyun berpeluk." jawab Sicheng. Buat kali pertama, dia menyuarakan hal ini.
"Aku yakin masa tu Sooyun baru dapat berita tentang hal tu dan Jaehyun peluk Sooyun untuk tenangkan dia." sambung Yihyun. Kata-katanya sangat masuk akal.
'Semuanya akan okey Sooyun...'
Ya, suara Jaehyun yang didengarinya sangat masuk akal. Haih dia memang bodoh. Buat kesimpulan sendiri. Tak nak mendengar penjelasan orang lain tanpa tahu keadaan sebenar. Kau bodoh Sicheng...
"Kau tahu tak Sooyun dah lama sukakan kau." kata-kata Yihyun itu membuatkan Sicheng memandangnya tidak percaya. Sooyun sukakan dirinya?
"Dah tiga tahun Sicheng, dia sukakan kau."
"Jaehyun memang bekas teman lelaki Sooyun, tapi dia memang dah tak ada perasaan pada Jaehyun lepas mereka putus. Kau lebih tahu kenapa diorang putus Sicheng." Sicheng terdiam.
Dia tahu punca yang menyebabkan Sooyun dan Jaehyun putus. Mereka berdua sudah tawar hati diantara satu sama lain dan mereka membuat keputusan untuk memutuskan hubungan itu dengan cara baik. Disebabkan itu mereka masih berkawan seperti biasa.
"Macam mana kau tahu dia sukakan aku...?"
"Aku terdengar perbualan diantara dia, Haechan dan Jaehyun."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top