17
"Mana Sicheng?" Jaehyun mendekati Renjun dan Jeno yang berada di ruang tamu itu. Matanya meliar kearah sekeliling rumah. Biliknya juga tiada kelibat Sicheng.
"Hyung pergi rumah Dejun." celah Hendery yang baru menuruni tangga itu. Dia melabuhkan punggung disebelah Jeno.
Mendengar jawapan daripada Hendery itu membuatkan Jaehyun mengeluh kasar. Wajahnya diraup. Fikirannya buntu.
"Hyung gaduh dengan Sicheng ke?" tanya Renjun. Mereka bertiga memandang kearah Jaehyun yang masih berdiri itu.
Jaehyun tidak menjawab persoalan Renjun itu dan terus melangkah keluar daripada rumah. Dia perlu menyelesaikan hal ini secepat mungkin.
Tujuannya sekarang ialah rumah Dejun.
--
"Eh Sicheng hyung? Kenapa datang sini?" soal Mark yang baru memasuki rumah. Dia memandang kearah Sicheng yang sedang menonton televisyen bersama Shotaro dan Jungwoo.
"Aku tak boleh datang sini ke?" jawab Sicheng, tidak memandang kearah Mark. Mark mengangkat bahu dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya yang dikongsi bersama Lucas.
Terkejut juga mereka dibuatnya apabila Sicheng datang ke rumah mereka bersama beg bajunya dan mahu tidur di rumah mereka untuk beberapa hari.
Mereka hanya setuju dan membenarkan Sicheng. Itu tidak menjadi masalah kepada mereka tetapi masalah kepada Sicheng.
Bukannya Sicheng tidak tahu, rumah sewa mereka lebih jauh sedikit daripada universitinya.
Jungwoo mahu bertanya pada Sicheng, tetapi dia menahannya. Pasti Sicheng mempunyai masalah jika dia sanggup datang ke sini. Padahal sebelum ini, Sicheng mahu keluar daripada biliknya pun dia tidak mahu.
"Jungwoo aku nak tidur dulu." pinta Sicheng. Jungwoo mengangguk. Sicheng melangkah masuk ke dalam bilik Jungwoo memandangkan Jungwoo tiada rakan sebilik dan hanya menggunakan bilik itu seorang diri.
Sekali lagi dia melihat kearah telefonnya apabila dia mendengar bunyi deringan daripada telefonnya. Dia membiarkannya seketika sehingga tiada lagi bunyi deringan.
7 missed call from Jung Sooyun
14 missed call from Jaehyun
10 message from Jaehyun
13 message from Jung Sooyun
Telefonnya dimatikan, langsung tiada niat untuk membuka mesej dan menjawab panggilan yang diterimanya. Dia meletakkan telefonnya diatas meja sebelum mencampak tubuhnya diatas katil kosong itu.
Siling bilik itu ditenungnya. Kejadian Jaehyun yang sedang berpelukan dengan Sooyun itu kembali bermain di fikirannya.
"Haih." Sicheng meraup wajahnya kasar, dia tidak mahu kejadian itu kembali bermain di fikirannya. Kalau boleh dia mahu memadam ingatannya pada hari ini. Semuanya terlalu sakit baginya.
Jung Sooyun memang sudah berjaya membuka hatinya semula untuk mencintai gadis itu. Tetapi harapannya hancur. Dia tidak patut berharap pada Sooyun. Dengan segala layanan dan tingkah laku Sooyun terhadapnya membuatkannya berasa istimewa.
Tanpa dirinya sedar, perlahan-lahan air mata yang sudah mengenang pada tubir matanya mulai jatuh. Sipi-sipi rengekan daripada tangisannya mula kedengaran.
'Aku bencikan kau Jung Sooyun'
--
tok! tok!
Shotaro membuka pintu rumah. Terkejut dia dibuatnya apabila dia melihat Jaehyun yang sedang berdiri di hadapan rumah mereka.
"Sicheng ada?" Jaehyun bertanya. Shotaro mengangguk dan membenarkan Jaehyun untuk masuk ke dalam rumah. Jaehyun memasuki rumah itu dan anak matanya meliar mencari figura Sicheng.
"Hyung cari Sicheng ke?" Jaehyun menoleh kearah suara itu. Jungwoo datang mendekatinya dan menariknya masuk ke dalam bilik Dejun dan Shotaro memandangkan bilik itu sedang kosong sekarang.
"Sicheng hyung menangis." kata Jungwoo. Dia baru sahaja mahu masuk ke dalam biliknya tetapi niatnya terhenti apabila dia mendengar bunyi tangisan di dalam bilik itu. Pada masa yang sama juga, Jaehyun datang.
Jaehyun terdiam mendengar kata-kata Jungwoo. Dia terkejut. Sicheng memang jarang menangis. Susah mahu melihatnya menangis di hadapan mereka.
"Biar aku jumpa dengan dia." kata Jaehyun dan memegang bahu Jungwoo sebelum memulas pintu untuk keluar daripada bilik.
Jaehyun mendekati bilik Jungwoo dan membuka pintu biliknya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk. Sicheng sedang terbaring di atas katil itu sambil berselubung dengan selimut.
Jaehyun mendekati katil Sicheng itu dan duduk dibirai katil. Dia merenung kearah Sicheng, walaupun wajahnya tidak kelihatan.
"Kau tidur ke?" soal Jaehyun. Namun tiada jawapan daripada lelaki itu. Jaehyun terdiam. Perasaan bersalahnya mula menguasai dirinya. Semuanya hanya salah faham, tetapi mulutnya terlalu berat untuk menjelaskannya sekarang.
"Aku harap kau dengar penjelasan aku nanti..." kata Jaehyun sebelum dia bangun daripada birai katil itu dan meninggalkan bilik itu, membiarkan Sicheng berseorangan.
"Hyung macam mana?" Mark bertanya. Jaehyun menoleh kearah Mark, Jungwoo dan Shotaro yang sedang melihat kearahnya. Jaehyun hanya tersenyum nipis sebelum meminta diri untuk pergi terlebih dahulu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top