15
Sicheng menangkap figura Sooyun yang sedang bersandar dibawah pokok sambil bermain dengan telefonnya. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.
Sicheng mengeluarkan telefon miliknya daripada dalam poket dan menghalakan kearah gadis yang berpakaian casual itu.
klik!
Dia tersenyum melihat hasil gambar yang baru ditangkapnya. Cantik. Dia menyimpan kembali telefonnya dan mendekati Sooyun.
"Sooyun." panggil Sicheng. Segera gadis itu menoleh kearah Sicheng dan mendekatinya.
"Macam mana perjumpaan semalam?" tanya Sooyun. Mereka berdua berjalan kearah tempat parker kereta. Sicheng menoleh kearah Sooyun dan mengangkat kening.
"Kau tahu?" Sooyun mengangguk, menjawab persoalan Sicheng itu. Tidak perlu ditanya, pasti Haechan yang memberitahu Sooyun. Mereka berdua itu kelihatan sangat rapat tiba-tiba padahal semasa di sekolah menengah dahulu tidak pernah dia melihat Haechan dan Sooyun berbual.
Boleh dikatakan dia hanya pernah melihat Jeno dan Jaehyun sahaja yang berbual dengan Sooyun. Jeno rapat dengannya disebabkan kakaknya berkawan rapat dengan Sooyun.
Sicheng membuka kunci keretanya dan masuk ke dalam perut kereta diikuti dengan Sooyun. Sicheng menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar daripada kawasan universiti.
Kelihatan sudah biasa, Sooyun mencapai bekas biru yang berada di bawah tempat duduknya dan mengambil beberapa coklat sebelum menyimpannya kembali di bawah kerusi.
Sicheng juga hanya membiarkannya, dia sengaja menyimpan semua coklat di dalam bekas itu untuk Sooyun memandang dia tahu gadis itu sangat menyukai coklat.
"Nak pergi mana?" soal Sicheng. Matanya tidak lari memandang ke hadapan.
"Em...sungai han." jawab Sooyun. Tangannya menghulurkan coklat kepada Sicheng yang sedang fokus memanda. Dia mengambil huluran Sooyun itu.
Sicheng tidak membantah. Dia hanya mengikuti tempat yang gadis itu ingin pergi. Jika Sooyun ingin pergi ke sungai han, pasti ada perkara yang mahu diceritakan padanya memandangkan Sooyun pernah berkata padanya, hanya tempat itu yang tenang baginya.
Mereka berdua berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki itu sambil berbual kosong.
Sooyun sedar akan perubahan Sicheng yang makin banyak berbual dengannya dan sudah tidak terlalu malu dengannya. Berbanding dengan pertemuan mereka semasa hari festival itu, Sicheng sangat berlainan.
Rancangannya seolah-olah sedikit sebanyak hampir berjaya. Rancangannya untuk membuka hati Sicheng semula untuknya. Dia tahu sangat yang Sicheng pernah menaruh hati untuknya semasa di sekolah menengah.
Tetapi dia hanya boleh mengabaikan hal itu disebabkan hatinya sudah terpaut pada lelaki lain sewaktu itu.
Dan dia tidak sangka, dia akan pergi ke universiti yang sama dengan Sicheng. Tetapi keadaan sudah terbalik. Sicheng sudah tidak lagi memerhatikannya daripada jauh. Lelaki itu sudah membuang perasaannya terhadap Sooyun.
Sekarang Sooyun yang memerhatikannya daripada jauh untuk tiga tahun.
--
"Nah." Sicheng menghulurkan sebotol air mineral kepada Sooyun. Sooyun mengambil air mineral itu daripada huluran Sicheng. Lelaki itu melabuhkan punggungnya disebelah Sooyun.
"Ceritalah." kata Sicheng. Badannya berpaling menghadap Sooyun. Sooyun tersengih kearah Sicheng. Sicheng seperti tahu-tahu sahaja apa yang dia mahu lakukan sekarang.
"Kau kenal kan Ki Eunbi?" Sicheng mengangguk. Padahal dia langsung tidak mengenali tentang siapa yang ditanyakan oleh Sooyun itu. Dia hanya mengiyakannya.
"Kau tahu tak hari ini kumpulan dia yang kena buat perbentangan dan aku minta untuk tukar memandangkan esok salah seorang kumpulan aku mungkin tak ada, dan kau tahu tak dia cakap apa?" Sooyun merengus tidak puas hati. Dia menumbuk-numbuk bangku yang sedang didudukinya.
Sicheng yang perasan akan tindakan gadis itu, dia meletakkan tapak tangannya dibawah tempat Sooyun menumbuk bangku itu supaya tangannya tidak kesakitan. Sicheng mengangguk, menyuruh Sooyun lembali bercerita.
"Dia tak bagi! Dia kata yang kumpulan dia pun tak ada masa esok!" Sooyun melepaskan rasa tidak puas hatinya. Apabila dia mengingati semula kejadian pagi tadi itu, terus dia berasa geram. Nasib baik dia bukan seorang yang panas baran.
"Tapi betul juga apa yang Eunbi kata tu." Sicheng membalas sambil mengangguk-ngangguk. Sooyun terus berpaling kearah Sicheng dan memandangnya tajam.
"Mungkin salah seorang kumpulan dia ada benda lain nak dibuat esok." Sicheng menoleh kearah Sooyun. Terkejut dia dibuatnya apabila menyedari Sooyun sedang mencerlung tajam kearahnya
"Yah Dong Sicheng! Kenapa kau backup dia!" Sooyun menjerit tidak puas hati. Dia memukul bahu Sicheng. Sicheng mengaduh kesakitan. Dia memasang wajah tidak bersalah kepada gadis itu.
"Tapi bukan betul ke-" kata-katanya terhenti apabila Sooyun terus bangun daripada duduknya dan meninggalkan Sicheng dibelakang dengan perasan geram.
Kenapa dia tidak bersetuju dengannya? Dia tahu dia juga salah dan hal ini tidak terlalu besar. Tapi dia cuma terlalu geram dan mahu seseorang menyokongnya. Ya perempuan selalu betul.
"Jung Sooyun!" Sicheng menjerit memanggil namanya daripada belakang. Kakinya laju berlari bagi melangkah mendekati Sooyun yang sudah berada jauh di hadapannya.
"Ya kau betul, kenapa Eunbi tak bagi je kau buat perbentangan tu hari ini kan." kata Sicheng cemas. Sicheng mencapai lengan Sooyun untuk memujuk gadis itu semula.
"Aku dah sokong kau, janganlah merajuk..." Sicheng mengoncangkan lengannya tetapi Sooyun mengalihkan pandangannya daripada Sicheng.
Dalam diam gadis itu tersenyum kecil melihat Sicheng yang gigih memujuknya. Rasanya dia perlu jual mahal lagi, dia mahu melihat bagaimana lagi cara Sicheng memujuknya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top