12
"Jihyun~" Renjun mula merengek pada Jihyun sambil menarik-narik tangan gadis itu. Jihyun langsung tidak memberi apa-apa reaksi terhadap Renjun membuatkan lelaki itu makin kuat merengek padanya.
"Yah Jihyun bagilah saya ikut!" Renjun mencebik bibirnya tidak puas hati, dia menggulingkan bola matanya. Jihyun memandang Renjun dan mengeluh.
"Injun, awak sendiri tahukan tak boleh." Jihyun melembutkan suaranya, cuba memujuk teman lelakinya itu. Tangan Renjun dipegangnya.
"Tapi dengan jelas dan terlalu jelas Minsoo tu sukakan awak!" Renjun menjawab tidak puas hati dan terus menyerabaikan rambutnya kasar.
"Masalahnya saya tak suka Minsoo." Jihyun mengeluh perlahan.
Dia perlu pergi ke makan malam jurusannya, tetapi Renjun bermati-matian menghalangnya disebabkan oleh Minsoo. Pelajar senior yang pernah meluahkan perasaannya pada Jihyun.
Haih tak sangka dia dapat melihat Huang Renjun yang dingin ini cemburu.
Jihyun memandang kearah Renjun yang sedang memeluk tubuhnya tidak puas hati dan terus berjalan ke hadapan.
"Injun tunggulah." Jihyun tertawa kecil dan memeluk lengan teman lelaki itu. Renjun ketawa mengejek pada Jihyun dan melarikan pandangan daripada gadis itu.
Matanya terhenti pada dua susuk tubuh yang sedang duduk di buaian berdekatan rumahnya. Kakinya terhenti menyebabkan Jihyun memandangnya pelik.
"Kenapa?" Jihyun bertanya. Tanpa mengatakan apa-apa, Renjun terus menunjuk kearah taman permainan itu.
"Sooyun unnie dengan Sicheng oppa?" Mereka berdua merenung kearah dua figura itu. Jihyun mengangkat kening pelik apabila mereka berdua tersenyum antara satu sama lain.
"Awak rasa Sicheng oppa akan buka hati dia semula ke?" tanya Jihyun perlahan. Tangannya dimasukkan ke dalam poket baju sejuknya. Matanya masih setia memerhatikan dua figura itu.
Renjun mengangkat bahu.
"Mungkin tidak... mungkin ya."
--
Perlahan-lahan Sicheng membuka pintu rumah, tidak mahu menganggu tidur kawan-kawannya yang lain memandangkan sudah lewat malam. Dia sempat menghantar Sooyun pulang ke rumah terlebih dahulu.
Baru sahaja kakinya menyentuh anak tangga pertama, suara garau yang menegurnya daripada belakang membuatkannya terkejut.
"Macam mana date tadi?" Sicheng berpaling kebelakang. Dia menayangkan senyuman menyampah kepada lelaki itu. Renjun tersenyum mengejek padanya dan menepuk-nepuk sofa disebelahnya, menyuruh Sicheng untuk duduk.
Sicheng mengeluh perlahan dan melangkah mendekati Renjun. Dis melabuhkan punggungnya diatas kerusi.
"Macam mana kau tahu?" Sicheng bertanya, tidak memandang kearah Renjun.
"Aku dengan Jihyun nampak korang berdua dekat taman tadi." jawab Renjun tenang. Sicheng meraup wajahnya. Jihyun pun nampak?
"Hyung nampak rapat dengan dia." Renjun bersuara, memecahkan kesunyian yang sedia ada. Sicheng berpaling kearah Renjun, menatap wajah Renjun kosong. Dia tidak pasti sama ada dia rapat atau tidak dengan Sooyun.
"Jadi aku kena jauhkan diri semulalah kan?" ucap Sicheng. Renjun mengeluh kecil mendengar kata-kata lelaki itu.
"Hyung benda tu dah lama terjadi. Diorang dah tak ada apa-apa. Jangan buat diri sendiri menderita disebabkan orang lain." Renjun menepuk-nepuk bahu Sicheng sebelum meninggalkan lelaki itu berseorangan di ruang tamu. Sicheng terdiam memikirkan kata-kata Renjun itu.
Dia sedang menyeksa dirinya sendiri ke jika dia menjauhkan diri daripada gadis itu sementara hatinya masih tetap ingin menatap wajah itu ?
--
"Cepat hyung." Jaemin menolong Sicheng mengangkat beberapa barangnya daripada dalam bilik memandangkan dia sudah lambat.
Dia terpaksa menumpang Sicheng memandangkan hanya dia dan Hendery yang mempunyai kelas pada tengah hari ini. Keretanya pula masih sedang dibaiki.
Sicheng meletakkan barang-barangnya pada tempat duduk belakang dan masuk ke tempat duduk pemandu, menunggu Hendery yang masih tidak keluar daripada rumah.
Belum sempat Jaemin ingin menjerit nama lelaki itu, kelibat Hendery terlebih dahulu muncul dengan senyuman di bibirnya. Sempat Jaemin mengomeli lelaki itu kerana dia hampir terlambat.
Setibanya di dalam kawasan universiti, mereka bertiga keluar daripada perut kereta.
"Hai noona." Jaemin dan Hendery yang keluar daripada kereta terlebih dahulu menegur gadis yang sedang duduk di pondok berdekatan. Sicheng menoleh kearah gadis yang ditegur oleh mereka berdua.
"Kau buat apa..."
"Tunggu kau." dengan tenang Sooyun menjawab sebelum dia bangun daripada duduknya dan berjalan mendekati Sicheng. Dia menelek jam tangannya sekilas sebelum memandang kearah Hendery dan Jaemin.
"Hendery kelas start 30 minit lagi kan? Jadi aku ambil Sicheng daripada kau untuk 30 minit." Sooyun tersenyum kecil padanya sebelum menariknya pergi meninggalkan kawasan itu. Matanya menurun kearah pegangan tangan Sooyun pada tangannya
Sicheng masih terpinga-pinga dengan apa yang terjadi, kakinya serentak melangkah bersama gadis itu meninggalkan kawasan parker kereta.
Jaemin dan Hendery memandang antara satu sama lain dan tersenyum mengejek.
"Bukan kelas kau dah habis setengah jam yang lalu ke?" soal Sicheng. Sooyun menarik tangan Sicheng sehingga mereka berdua memasuki kawasan kafeteria dan memaksanya duduk. Sooyun mengangguk, tidak berminat dengan soalan Sicheng itu.
"Aku tunggu kau." jawab Sooyun ringkas. Sicheng terdiam, dia meneguk air liurnya. Secepat mungkin, Sicheng melarikan pandangannya daripada Sooyun. Dia mengusap tengkuknya.
"Nah." Sooyun menolak plastik yang berada di atas meja itu kearah Sicheng. Sicheng kembali memandangnya dengan pelik. Dia membuka plastik itu.
Ternganga dia dibuatnya apabila dia melihat pelbagai coklat yang ada di dalamnya. Bersilih ganti Sicheng memandang Sooyun dan coklat itu.
"Terima kasih sebab dah dengan cerita aku." Sooyun tersenyum kecil dan menundukkan pandangannya.
"Kau patut bagi dekat kawan kau bukan aku..." Sicheng berkata perlahan, tidak memandang Sooyun.
"Aku tak bagitahu kawan aku."
"Kenapa?"
"Aku tak boleh nak bagitahu diorang. Aku tak boleh nak bersuara. Aku takut menganggu diorang..." Sooyun mengeluh perlahan sebelum dia melarikan pandangannya daripada Sicheng.
"Okey aku ambil." Sicheng mengukirkan senyuman dan mengambil plastik itu untuk melegakan Sooyun.
"Aku pergi dulu, kelas aku dah nak mula." Sooyun melihat Sicheng bangun daripada duduknya sebelum meninggalkannya berseorangan. Sempat Sicheng memberikan senyuman padanya.
aku rasa kena update 2 chapter sehari, aku nak habiskan cepat ;-;
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top