07

Sooyun menahan pergelangan Jaehyun. Matanya memerhati kawasan sekelilingnya sebelum menarik tangan Jaehyun meninggalkan kawasan itu. Jaehyun pula hanya membiarkan tindakan itu, dia mengekori langkah Sooyun.

Sampai sahaja di hadapan satu bilik khas untuk kelab persatuan, kakinya berhenti melangkah. Bilik kelab yang masih kosong kerana tidak digunakan. Sooyun memulas tombol pintu itu dan menarik Jaehyun masuk ke dalam bilik itu.

"Jung Sooyun, janganlah nampak terdesak sangat." Jaehyun berkata rimas. Pergelangan tangan yang dipegang oleh Sooyun tadi dilihat.

"Aku takut dia tahu." kata Sooyun gelisah. Jari-jemarinya bermain di antara satu sama lain. Jaehyun yang faham akan kata-kata Sooyun itu hanya mendiamkan diri.

"Kita tunggu dia datang dulu." Jaehyun menyambung tenang. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi kelabu itu dan bermain dengan telefonnya. Manakala Sooyun sudah tidak duduk diam, dia risau.

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian mereka berdua.

"Hai-" belum sempat lelaki itu ingin menegur mereka berdua, Sooyun terlebih dahulu menarik tangannya untuk masuk ke dalam bilik itu dengan lebih cepat.

"Sooyun noona, bertenang." kata lelaki itu, dia tergelak kecil melihat gadis itu dalam kegelisahan.

"Haechan, nampak noona boleh bertenang ke sekarang?" soal Sooyun sarkastik. Hatinya tidak berhenti berdegup kencang. Haechan menarik tangan Sooyun untuk duduk disebelahnya.

"Haechan, aku terbagi tahu dekat Sicheng yang kau bagi nombor dia dekat aku." kata Sooyun risau. Dia memandang Haechan yang sudah mati kata itu.

"Sicheng tak akan pelik ke kalau dia nampak kita rapat sangat haritu."  Sooyun berkata gelisah. Dia memandang Haechan dan Jaehyun bersilih ganti. Perbualannya bersama Sicheng semalam kembali bermain di dalam fikirannya.

"Sooyun." Sicheng bersuara perlahan. Sooyun terus memandang kearah lelaki yang berada disebelahnya itu. Jarang sekali Sicheng mahu memulakan perbualannya terlebih dahulu.

"Kau dengan Haechan memang rapat ke?" Sooyun tersentak dengan soalan yang dilontarkan oleh Sicheng. Sedaya upaya dia mengawal riak wajahnya supaya kekal tenang.

Sooyun mengangkat bahu sebelum berkata .

"Tak- mungkin sebab dia sama course dengan aku. Kadang-kadang kitorang selalu berborak juga..."

"Jap- noona ke yang mesej dia masa kitorang dalam game tu?" Haechan menunjukkan kearah Sooyun. Manakala Sooyun memandangnya pelik.

"Kau ingat noona tahu ke?" Sooyun menggulingkan bola matanya. Dia bukannya berada dekat dengan Sicheng semasa dia menghantar mesej padanya.

"Jadi apa perkembangan?" soal Haechan, menukar topik tadi. Serta-merta Sooyun tersenyum lebar. Jaehyun tersenyum kecil melihat wajah Sooyun yang sudah tersenyum gembirs itu.

"Dia dah mula bercakap sikit dengan aku." jelas Sooyun teruja. Haechan dan Jaehyun mengangguk.

"Panjang lagi perjalanan kau. Sicheng bukan mudah nak buka hati dia balik." Jaehyun bersuara. Matanya tidak memandang kearah mereka berdua, dia hanya fokus terhadap telefonnya.

Kata-kata Jaehyun itu membuatkan Sooyun mencebik bibir. Tidak kira apa yang berlaku rancangan yang dilakukannya dengan bantuan Haechan dan Jaehyun mesti berjaya juga.

--

"Sicheng!" Badan Sicheng terdorong kebelakang akibat terkejut. Wajah gadis yang menyergahnya tadi dipandang. Dia mengurut dada dan menarik nafas dalam.

"Eo Sooyun kenapa?" soal Sicheng selepas dia sudah menenangkan dirinya tadi. Sooyun membiarkan soalan itu tidak dibalas dan meneruskan melihat perkara yang dilakukan oleh lelaki itu tadi.

Beberapa kertas nota.

"Kau ada kelas ke nanti?" tanya Sooyun. Matanya masih tidak lari memerhati nota yang dicatat oleh Sicheng itu manakala Sicheng sudah meletakkan pennya dan berpaling kearah Sooyun. Sicheng menggeleng.

"Kelas aku yang terakhir baru habis tadi." jawab Sicheng. Ayat yang panjang dikeluarkan olehnya pada kali ini.

"Jadi boleh tak kau ambil aku dekat rumah nanti? Haesoo guna kereta aku hari ini." minta Sooyun sambil tersengih. Sicheng teragak-agak mengangguk

"Jangan lupa petang nanti." kata Sooyun dan tersenyum kecil sebelum meninggalkan lelaki itu berseorangan semula. Dia sengaja mendekati Sicheng untuk memberi peringatan kepada lelaki itu tentang pertemuan mereka pada petang nanti.

Anak matanya mengekori susuk tubuh Sooyun yang makin jauh daripada pandangannya. Sesekali dia mengeluh perlahan. Dia tidak boleh meneruskan ini lagi.

"Aku kena letakkan batas antara kau dengan aku Sooyun..."

aku layan drama sampai lupa nak update ;-;

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top